Friday, July 26, 2013

Aku Ada Kawan (6 July 2013)

Assalammualaikum,

If you ask me sepanjang zaman jadi students waktu bila paling best? Definitely Vna akan proudly nya cakap time PRELAW!
 Belajar benda yang kita suka, buat kerja gila-gila, berjalan sakan round kedah+penang, jumpa kawan ngeng sekepala. well, I do miss all the moments :( If korang memang baca blog Vna yang lepas-lepas sure korang tau how much I enjoy my prelaw life. Dalam class usually Vna akan duduk dengan girlfriends Vna sekalian, Aniz, Fatin lepas tuh mamat-mamat yang bernama Qayum, Apak, Ari, Suri, & Y yang selalunya mesti akan berada dekat depan barisan ktorg. Lepas tuh masa study dekat Kedah dulu ktorg memang jalan kaki from kolej kediaman nak pi class,so Vna memang akan bawak payung tak kira waktu panas or hujan. Kat Kedah cuaca superb panas macam nak terbakar kulit so memang hari-hari Vna bawak payung yang bapak besaq punya boleh share beramai-ramai :)

Lepas tuh memang dalam class payungku menjadi mainan si Abdul Qayyum Rahman. Dia suka nak curi payung Vna buat bahan mainan dalam class. well everyone knows betapa ngengnya kepala otak si Qayyum ni. Tambahan plak, Vna ada habit dalam class suka nak bukak kasut lepas tuh bersila atas kerusi. Tak cukup payung, si qayum ni suka nak curi kasut Vna bawak lari. tak taulah pasaiii pa traits nakal banyak sangat dalam diri si qayum ni haaa. how time flies, after habis prelaw sambung degree ada yang terlepas ke Shah Alam ada yang terlepas ke Melaka. keep update with social network jer & Thank you Facebook! 

Since dah nak habis degree Vna & Aniz plan nak ajak Qayyum & future "orang rumah" dia datang Shah Alam lepak. Before this ktorg dah pernah turun Melaka kot tapi Qayum ni "berlagak" tak boleh jumpa sebab dia kan orang penting faculty lah katanya tak dapat nak join atas tuntutan tanggungjawab katanyaaa!
so ktorg mintak dia tebus balik kesalahan dia suruh dia datang lepak Shah Alam bawak sekali future "orang rumah" dia introduce dekat ktorg. ewahhh macam mintak restu gitewww bunyinya. Siap main 
UGUT-UGUT kat FB cakap kalau dia tak datang sini jumpa ktorg consider putus sahabat. gila serious!

so plan punya plan alhamdulillah 6 July 2013 ktorg decide nak meet up. masa tuh time gap exam. walaupon Vna & Aniz merupakan students semester akhir pengurusan pelancongan ktorg tak tau nak bawak mana couple ni pergi lepak sebab kebetulan arituh KL jam yang extravangaza (sebelum pergi jumpa diorang ktorg g KL jap ada mende, later next entry story ;) ) the endnya lepak kat IKEA jer lah. sepanjang perjalanan dalam kereta allahuakhbar tak larat nak gelak macam nak rabak mulut. Qayum still the old Qayum yang ktorg kenal zaman prelaw yang cakap tak berapa nak betul berbelit-belit yang keep calling me "VENA" instead of Vna. Ili pon keep jadi mangsa soklan-soklan daripada ktorg contohnya :
"Ili, macam manalah ko boleh syok kat qayum tak berapa betoiii ni weyh?"
Ili pon cakap tak tau macam mana. the endnya ktorg menganjing qayum pakai minyak dagu sebab qayum gila ketara punya kurus compare zamam prelaw. LOL!
:)


Introduce to you future "orang rumah" qayum yang terkena "minyak dagu". hahahaha!
Ili Nabilah Melaka maliiiiiii....

Dekat IKEA apa jer boleh buat selain makan meatballs dia yang superb sedap tuh sambil bersembang-sembang. Tapi sekeping gambar pon ktorg tak snap waktu lepak dekat IKEA. Waktu kat IKEA tuh cerita ahh macam-macam menda, yang terkini yang tak tersangka yang teraniaya. :)
LOL! 
Masa tengah beratur nak pergi beli makanan, Aniz chop meja so yang perginya Vna, Qayum dgn Ili. Masa tengah beratur sembang lagi. Kata lama tak jumpa. Jap lagi Qayum pon ceritalah dia "aku ada kawan" yang kerja dekat putrajaya kalau Vna tak silap ahh. dia cakap after grad kalau-kalau Vna nak join kerja dalam scope belia since vna minat tulis blog so dia boleh tolong recommendkan dekat kawan dia ni. oh ok thank you qayum. 

Dipendekkan cerita, ktorg call classmate yang lain time prelaw si Dee & Apak ajak lepak plak dekat Pakli sek7. WHAT BACK TO BACK MAKAN?  Nak buat macam mana dekat kedai makan jer senang nak sembang huhahuha kot. Takkan nak pergi  shopping mall plak macam tak sesuai jer. plus ktorg nak bagi diorang dua ni rasa betapa bestnya makanan dekat Pakli :) Masa otw dari IKEA ke Pakli, si Qayum cerita pulak dekat Aniz "aku ada kawan" yang kerja dekat Air Asia. so kalau Aniz interested nak join airline dia boleh tolong.okeyhh dah dua kali qayyum cakap "Aku Ada Kawan" untuk hari ni. 

Sampai-sampai dekat Pakli, Dee dah setia menanti ktorg dekat car park almost sejam kot. sorry Dee salahkan heavy traffic dekat Damansara tuh. Dee bergabung dengan  Qayum gila tak meletup kecoh dekat meja Pakli. memang sepanjang kat Pakli non-stop gelak, non-stop flashback, non-stop menganjing, non-stop reveal secret peragai qayum zaman prelaw dekat ili. kejap lagi qayum cerita lagi dia ada kawan bla bla bla bla. the endnya ktorg keep menganjing si qayum "AKU ADA KAWAN" Yelah sikit-sikit dia ada kawan kat sini ahh, ada kawan kerja itulah inilah. Ye qayum ktorg tau ko kan famous among orang-orang penting kan. LOL!
memang happening sangat. topicnya hari tuh memang pekena qayum habis-habisan. kesian kau qayum tapi baguihh ahh selalu kau jaaaa pekena orang kan. here some photos waktu ktorg dekat Pakli.

A picture speaks a thousands words.....





Qayum tapau ayam tak habis dekat IKEA bagi dekat Dee. Dee stand by nak ngap tuh!



Apak datang lambat sikit daripada ktorg. Bila Apak sampai semua macam tak percaya what happen to Apak? Apak dah gemuk kot. Apak pulak kena nganjing mengejar Dee dalam diam. Kejap lagi sembang-sembang dengan Apak Qayum cerita lagiiiiiiii "aku ada kawan" . Ye qayum yeeee ktorg tau ko ada ramaiiiiiiiii kawan. :)
the endnya short meet up harituh ktorg namakan "Aku Ada Kawan" semua gara-gara Qayum nak cerita dia ada kawan sini sana.  even kejap jer lepak-lepak sama-sama tapi memang best cheq cakap kat hampa.

Short meet up is always worth especially with you guys!


Apak dah dapat kerja WOW! dia paling advance among semua, 
Dee tengah belajar berjinak-jinak dengan syariah,
Qayum nak kerja dengan bakal mentua dengar katanya pastu kawin,
Aniz nak fly oversea,
Vna? tak tau. Gila tak berwawasan.

this is the greatest moment.

To Abdul Qayum & Ili Nabilah thank you korang datang jauh-jauh dari Melaka selepas kena ugut jumpa ktorg. Seriously best sangat-sangat dapat spend time dengan korang. Ili best dapat kenal ko secara depan-depan since selama ni cuma tegur menegur dekat fb jer. Aku doakan korang cepat-cepat kawen sebab nampak sangat dengan ketaranya Qayum tak sabaq-sabaq. Semoga di kurniakan babies comel-comel yang harap-harapnya tak cakap macam cara Qayum cakap. Hehehehe. Semoga ada kerjaya yang membina untuk support future family korang nanti. Yang paling paling penting nak kahwin nanti jangan lupa jemput okeyh!
p/s: Ili, dah ada anak nanti please ajar anak-anak korang pronounce Aunt VNA okeyh bukan Aunt VENA tau. silap sebut takde duit raya :)

To Dee & Apak thank you korang sebab datang join dekat Pakli. All the best in the future too. Kahwin jemput. Ada jodoh kita jumpa lepak lagi naaaaa ;)

last but not least,
AKU ADA KAWAN
dan
kawan-kawan aku adalah mereka.
thank you Allah for this gift.

much love, vna erman :)

2 comments :

Abd Qayum said...

VENAAA....WEYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Abd Qayum said...

:D...n vena still kalutttt cam dulu...sapa nak kenal ngan vena tu...silakan..die free VENA WEIYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY...!!!!!!!!!!!!