Sunday, July 22, 2012

Mom's Birthday :)

Assalammualaikum,

Semalam birthday Mak Vna. Memandangkan semalan 1st Ramadhan so x celebrate keluar makan dkt luar mcm selalu. Mak sukaaaa sangat coffee dkt Old Town tapi nikan bulan puasa so mcm tak sesuai pulak nak lepak-lepak king gitu dkt kopitiam. Plus, abang Vna pon xdpt balik 1st puasa sebab dia tgh practical so memang takde celebrate meriah2 lah.

So Vna plan nak buat something lain. Hello,itu kan Mak kte so on the special date ginilah kte nak bagi dia EXTRA happy kan :)
Kebetulan, lampu dekat dapur kene tukar. So Mak suruhlah Abah tukarkan lampu baru. Vna pon masa tuh ibarat org mengantuk disorong bantal terus cakap nak ikut Abah cari bulb tuh. Yang Abah ni boleh pulak nak banyak2 soal awat nak ikutlah, Abah nak p beli bulb lampu, nak p dekat lah, ena nak beli apa lah.....etc!
Aduuuuyai Abah. Org nak buat surprise dkt Mak lah. Vna siap-siap pakai tudung muke sememeh terus keluar. Masuk kereta baru cakap dekat Abah plan sebenarnya.

Mak Vna loves red roses. Seriously. so Vna rasa for birthday present this year ktorg bagi red roses jer lah.
even simple but that was Mak's favorite.
Vna pon pusinglah Taiping dgn Abah g cari red roses.
Misi berjaya :)
Then text dekat Erleen tanya updates Mak tgh buat apa. Adik cakap Mak rehat jap nak tidur. Yess, plan semakin mudah nak angkut bunga tuh bawak masuk rumah.
Sampai jer rumah, menderu masuk bilik sendiri nak sorok bunga tuh takut Mak nampak.
& susun strategi mcm mane nak bagi bunga tuh dekat Mak.

So, what we did Mak Vna ade pesan dkt adik Vna suruh kejutkan dia jam sekian-sekian. So bila dah jam sekian adik Vna pon pergilah kejutkan Mak. Then die keluar balik sambil lirik-lirik mata nak tgk mata dah betul-betul bangun.
Once Mak bangun jer nak turun dari katil, ktorg bertiga Abah, Vna & Erleen masuk bilik nyanyi Allah selamatkan kamu.......bunga plak ktorg suruh Abah yang pegang & kasi dekat Mak supaya scene lebih romatik.Auwww gitu!
Yeayyyy Mak kita happy :) :) :)

Walaupun hanya bunga rose jer tapi sepanjang hari semalam Mak keep tengok bunga dia tuh. Jap dia letak kat sini jap dia letak kat situ, nak keluar umah nak pergi berbuka dekat rumah Tok dia ubah lagi.
One whole day muka Mak happy sebab dpt red roses.
see how much Mak loves red roses?
even we did a simple celebration but Mak loves it.
Alhamdulillah :)


Vna hari-hari selepas solat doakan kesejahteraan orang tua Vna sebab pada Vna diorang ialah oxygen Vna untuk Vna terus hidup dekat dunia ni.
Terima kasih Ya Allah sebab panjangkan umur Mak Vna.
semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dkt Mak, keberkatan hidup di dunia & kesejahteraan di akhirat sana. Amin :)

till then, take care readers!
much love,vna erman :)

6 comments :

Rin Saharina said...

Happy belated birthday mak Vna :)

nuurjana said...

wahh, nk jgak bunga..cantik..:)

nuurjana said...

http://nuurjana.blogspot.com/2012/07/ahad-yang-tenang.html

Lynn Damya said...

alolor~ sweetnye bg mummy red roses, mesti lah happy dia..hehe..it's my first time here :)..anyway, selamat berpuasa ye.. :)

Unknown said...

hpy bday to mum :)

Vna Erman said...

thanks korang ;)