Sunday, April 12, 2015

Review dUCkscarves by Vivy Yusof

Assalammualaikum,

Biasa kita dengar demam denggi dek sebab si belang nyamuk aedes, selsema burung, kencing tikus nyewww oh segala wabak penyakit merbahaya dicetuskan oleh binatang. Semua tu harus di cengah nyah kau terus.

Tapi ada satu penyakit yang tak ada antibiotik atau doctor pun yang boleh nyahkan virusnya.  Haaaa, pernah dengar demam itik? Quack! Quack! Demam ni "di-viruskan" oleh successful blogger & business women, Vivy Yusof bila mana dia launch label tudung sendiri, dUCK . Salah seorang "pesakit kronik" virus ni ialah ME!

Mungkin ada yang pernah baca entry dUCk scarves by Vivy Yusof yang Vna tulis tak berapa lama dulu. Cerita macam mana boleh ter-berjangkit semua. Masa tuh baru ada berapa helai sangat tapi tak tau malu nak jugak buat review. Haipppp, tup tup entry tu yang antara top post yang orang baca okey!

So memandangkan entry tu mendapat sambutan, cheq pun buat keputusan untuk update latest review pasal duck scarves ni. Sebab duck scarves dah release few material baru untuk premium basic collection. Ramai yang nak tahu material mana yang best, yang mana senang bentuk, yang mana rugi kalau beli, yang first time nak try tapi tak familiar dengan material-material yang digunakan. Ok, kita help awak okey!

Oh, nilah current dUCk Scarves yang cheq ada. Alhamdulillah.  


Dari kiri ke kanan: Satin Silk in Lychee, Jersey Knit in Pink Guava, Blurred Lines in Mint, Peachskin in Black Orchid, Georgette in Grape Vine, Cotton Bamboo in Sweet Turqoise and Mixed Crepe in Hazelnut Latte.

Satin Silk: Material of course lembut sebab sutera, shinny sikit sebab satin, licin memerlukan jarum peniti atleast 2 depends on your style, tapi senang bentuk, jatuh flowy cantik dan boleh di gayakan banyak style sebab material lembut. Cuma penjagaan memang extra care sikit sebab silk. Kalau boleh berhati-hati supaya tak kotor. If possible hantar dry clean. Kalau Vna, Vna guna pencuci khas untuk silk dan basuh asing-asing. Sesuai untuk gaya casual dan formal. 

Jersey Knit: Eh bukan-bukan macam baju pemain bola tuh. Dia seakan-akan lycra, tapi yang ni berat sikit. So, sangat lah hijab-friendly di mana tak payah pin pun boleh bergaya dengan confident sebab material dia berat so dia memang stick macam mana gaya kita style kan macam tulah jugak dia stay molek. Kainnya strechable tapi limited style untuk digayakan sebab kain ni kurang sesuai untuk belit-belit terlalu beria. Just nice untuk casual look gitu. Untuk para mummy sangat highly recommended! Anak tarik tudung pun tak perlu lagi hyeppp hyeeepp jegil mata. Hehe.

Blurred Lines: Merupakan koleksi kedua limited edition di keluarkan oleh duck scarves. Material yang digunakan ialah synthetic fibre. Coraknya pulak di inspirasikan dari Musse du Louvre Paris. Didatangkan dalam 4 warna. Koleksi ni ialah the most LIMITED EDITION among semua LE yang dUCk release dan menjadi buruan/hunting oleh ramai duckies sebab kuantiti dia tak banyak di produce compare dengan LE yang lain.

Mixed Crepe: Material lembut, senang bentuk, sesuai untuk gaya casual dan formal jugak. Kain langsung tak licin so tak perlu risau nanti senget/suka gerak-gerak but still kena guna pin dan jarum peniti. 

Peachskin: Haa, yang ni paling rare orang tak biasa dengar. Except hang kerja dekat textile company or fashion designer of course tahu. Ok, material peachskin ni sangat light (nipis), senang terbang-terbang sebab sangat ringan. Kain dia rasa macam baldu, sangat sesuai untuk sesiapa yang nak start berhijab, nak practice berhijab sebab dia nipis, tak panas, tak jarang walau pun nipis dan sikit strechable. Kalau pergi tempat berangin contohnya tepi pantai ke haaaa memang senang melayang-layang lah. 

Georgette: Koleksi yang paling laris sekali sebab kain dia best. Agak licin, memerlukan jarum peniti untuk make it stay, tapi dia jatuh cantik bila kita lilit/style kan. Tak panas, tak jarang. Kain ala-ala chiffon, tapi chiffon nipis sikit dan jarang. Sesuai untuk casual dan formal, banyak style boleh di gayakan dengan material ni. Cuma Georgette ni senang melekat "water stain" dan susah nak hilangkan water stain tu once dah ada kat tudung. So basuh elok-elok ye!

Cotton Bamboo: Ok, rasanya semua orang tahu kot kain cotton macam mana. Tapi cotton kan banyak jenis. Masa mula-mula duck scarves release material ni, Vna ambik masa jugak nak beli tak nak, nak beli tak nak. Sebab risau keras kejung. Lepas tu baca few review comment dekat IG cakap kain keras lah, tak best lah. Tapi dah beberapa kali try duck scarves, material semua ok, so tekad try lah satu. Ok, my honest review kain dia tak la terlalu keras kejung. Tapi cepat kedut sebab cotton kan. Tapi, tapi satu benda kena tau kain dia amatlah sesuai dengan cuaca Malaysia sebab dia kain dia sejuk. Sesuai untuk casual look. Bonus untuk orang berkaca mata Cotton Bamboo ni sangat sesuai sebab dia tak menampakan macam terkembang tudung bila kita pakai masa pakai spek. Faham kan maksudnya?

So that's all my personal review about duck scarves material up until April 2015. Nanti kalau ada material baru pastu terbeli, nanti ada review lain menyusul. Hopefully membantulah hampa-hampa nak decided nak beli material yang mana. Tapi kalau banyak duit try semua, seriously tak mengecewakan. But for me my MOST FAVOURITE would be Satin Silk and secondly Georgette. 2 material ni seriously best. Hampa suka yang mana?

Last entry still duck stairs, sekarang slowly nak build duck tower. Ada yang dah sampai 90 okey! Kayanyaaa alahai. 

Much Love, Vna Erman.

9 comments :

Meen Zara said...

aww~ tq sis, kindly shared kan all those material by duckscarves for new buyer mcm sy nie. tq tq tq

aliqaliqa said...

thanks for the review! baru nak bei my first duck

Vna Erman said...

Most welcome girls! :)

aimi syazana said...

sangat helpful post ini. thank you

faza said...

Salam if u nak letgo BL tu letme know....or swapped with other Limited Edition Duckscarves...
WA-0135189115

Unknown said...

Baru tau...tq for sharing 😅

rosmiza raihan said...

Thanks for the info 😉

JJ Putra said...

👍.. Good info VNa. Now i know what material to choose next

mizzura said...

aww...tq...tak pernah pakai jersey/peachskin/bamboo/mixed crepe/chiffon... start dn LE...poreber LE. now baru jinak2 nak beli PB... .. and yes SS mmg best.. tp MSS pon best jgk..georgette my 3rd... tp tgh pk2.. patut ke idak try yang above2 tu..