Friday, March 27, 2015

Ainie Anas Wedding x Bridesmaids

Assalammualaikum,

Pengantin dah pergi ber-honeymoon entry pasal wedding dia baru nak terhengeh di publish. Yelah, mula-mula transfer gambar dari camera. Lepas tuh bukan transfer gambar yang masa wedding, gambar yang ootd lah, gambar pergi Terengganu baru nilah eh segala mak neka gambar dalam camera tulah. Lepaih tu jenis yang tak suka gambar sepah-sepah dalam computer, kena transfer masuk dalam folder masing-masing, rename folder bubuh tarikh semua. Senang ingat bila dan pergi mana. Lagi satu peragai tak suka gambar satu tertonggeng kanan, satu terbalik atas bawah eh tak suka tak suka lah, bukan Vna Erman kalau peragai lagu tuh, so rotate beratus-ratus gambar semua dah settle then baru start entry. Dah start entry yang buat ambik masa nak pilih gambar. Selambak alam. Nak kena tapis yang mana perlu untuk letak kat blog. Yang mana nampak kronologi semua. Dah settle bab tuh, ok sekarang kita boleh start dah cerita pasal wedding girlfriend since sekolah sampai lah la niiii.....

Sepatutnya lepas bertunang tahun lepas, Ainie plan nak kahwin bulan 5 tahun ni. Tapi tiba-tiba Ainie macam tak nak bertangguh-tangguh lama-lama so majlis di awalkan ke Mac 2015. Pilih punya pilih tarikh, cari tempat apa semua maka Ainie announce lah 20. Mac. 2015 untuk majlis pernikahan, manakala 21. Mac 2015 untuk majlis resepsi. Maka kawan-kawan Convent sekalian rancak lah merancang pasal baju sedondon semua. Zalik dengan Pu bertanggungjawab untuk misi mencari kain dekat Jakel, Mas dengan Pu cari tudung & me kebetulan jalan-jalan dekat Mr D.I.Y jumpa flower headband so set settle bab bridesmaids. Walaupun banyak benda ada yang nak macam ni, ada yang nak macam tuh tapi endingnya semua puas hati.

FINALLY,
20.MAC.2015

Setelah habis pening pasal baju, pelamin, gaduh dengan bridal house lah apa, konflik-konflik darah manis zaman bertunang (I know everything, thank you Whatsapp sebab get me connected with bride-to-be) 20 Mac pun menjelmakan diri. Sebab dah duduk pun Taiping, maka Iols sampai awal dekat rumah Ainie immediately after Zohor. Motifnya ialah nak duduk tengok MUA make-up kan Ainie sambil-sambil menghabiskan masa Ainie yang masih berstatus Cik ketika itewww. Hahaha. Masa tuh kita orang bertiga, Ainie, Me & bestfriend Ainie zaman dia stay Kajang dulu, Pipah yang loqlaq nak mampuih merangkap pengapit rasmi Ainie untuk kedua-dua majlis. Hai Pipah! Nice to meet you :)

Masa Ainie tengah make-up, Iols dok peraghti apa benda MUA tuh buat sambil berisyarat terkumat-kamit dengan Ainie dok sibuk tanya ok tak? Lawak tak? Paaaadia masa tuh foundation dok tebal lagi kat muka macam mana nak tau final result lagi. Tapi sebagai kawan yang tak nak kawannnya bertukar menjadi bridezilla maka ku okey kan saja. Bukan saja sebagai penenang nervous Ainie, masa tuh jugak kita orang berdua Me & Pipah jugak merangkap setiausaha tak berbayar jawab semua phone call orang yang sibuk cari Ainie. Yang mana photographer sesat cari rumah lah, yang mana Anas sibuk call bising bantal untuk nikah takdak lah, yang kawan-kawan Ainie yang lain saja-saja call nak wish congrats/say sorry tak dapat mai. Yang paling win sekali, last-last Pipah yang pretending jadi Ainie petang tuh sebab akak MUA tak bagi Ainie bercakap banyak satgi elok-elok jadi patung teruihhhh jadi badut kepala donga.

Selepas di magickan oleh MUA, Ainie yang sememangnya muka lawa iras Fara Fauzana bertukar jadi bidadari turun dari langit ke tujuh yang get ready nak di ijabkabulkan dengan dewa hati. Bahahahahahaha. Bahasa cinta untuk hang Ainie. (Mesti hang tengah dok gelak, padiaaaa Vin ni?) I know babe I know your reaction. Haruslah di snapkan gambar ala-ala orang sekarang cakap behind the scene gitewww then zapppp buat live update dekat groups bridesmaids. Terimalah gambar wajah bidadari tidak bersayap turun dari langit ke tujuh tuntuk tatapan semua...





Serious lawanyaaaaa kawan aku sorang ni weyh. Kena sangat make-up yang akak MUA buatkan. Very natural dan sesuai sangat untuk majlis pernikahan dekat masjid. Lepas tuh okey je baju nikah si Ainie ni weyhh eeeeeihhh rasa nak bagi penumbuk sebijik nasib baik hang nak jadik pengantin hari tu. Yelah, mana tak nak nya beria tau si Ainie ni whatsapp habaq betapa menyesalnya beli baju ni sebab tak vogue, simple sangat lah tak lawa lah. CANTIK WEYH CANTIK! Less is more! Hyeppp nasib baik dengar cakap.

Dah siap semua, maka kitaorang pun gerak ke masjid berdekatan rumah Ainie. Kebetulan dah berhari-hari cuaca hangat nak mampuih, tup-tup petang tu hujan. Hujan rahmat orang kata sebab Ainie nak kahwin. Nah,satu gambar sebelum Ainie bertukar jadi Puan Nurainie Saidin. 


Masa ni Anas tengah dengar tok kadi bagi briefing pasal kehidupan rumah tangga. Time ni kawan-kawan kita orang yang lain dah sampai pun, Pu, Mas, Eleen & Mizah. 


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah dengan sekali lafaz selamat Ainie bertukar status kepada Puan Nuraine a.k.a Mrs Anas. Wehuuuuuuuuuu! Masa tuh dah sebak dah. Over macam aku yang kahwin, tapi mantain cool semua. Lepas dah selamat nikah, upacara membatalkan air sembahyang dengan sesi menyerahkan mas kahwin dengan pakaikan gelang perkahwinan.



Lepas dah selesai semua, Ainie dengan Anas bersalam-salaman dengan semua family members dan kawan-kawan. Paling sebak masa Ainie datang salam dengan peluk Mak dia. WOIIII SYAHDU WEYH! Tadi masa upacara nikah boleh cool lagi tapi tidak untuk kali ni. Iols memang sensitif bab-bab family ni. Nanti kalau time sendiri kahwin, memang nak pesan dekat MUA nak make up kan dengan hard-core waterproof make-up sebab tau akan melalak-lalak nak mampus! 


1 Puan vs 5 Cik


First of the gang yang off market!

Dah halal. phewittt!

Apalah maknanya 2015 tanpa selfie sebijik.

Wefie satu!
Meet Pipah yang kita dok mention awal-awal entry tadi, Puan Ainie & Me :)

Next,
OOTD!



Happy Ainie, Happy Me!

KEESOKKAN HARINYA,
21. MAC 2015



Pulapen Taiping, we are ready for Ainie Wedding Reception! 

Masa hari Sabtu, agak kekalutan daripada pagi-pagi lagi. Dengan nak pergi ambik tudung kat rumah Pu, nak cari fresh flower lah itu lah inilah. Tot tet tot tet tetiba dah pukul 12 langsung nak kena gerak pergi dewan dah. Sampai-sampai terus kita orang makan dulu sebab nanti kan nak "bertugas". Dah habis makan, tengah-tengah nak kekonon touch up make up tudiaaa Ainie sampai dah. Terus macam terpingga-pinga macam tak tau nak buat cemana. Dengan tetiba pakcik kompang tu main sound-sound kita orang sebab dia nak budak-budak kompang dia yang duduk depan, last-last pengantin dah naik pelamin kitaorang terkial-kial naik kemudian. Haihhh merapu padiaaanya! Itu pun lepas Ainie sound-sound herot-herot mulut tengah dia dok bersanding tuhhh suruh kita orang naik stage sekali. Sebabnyaaaaa dia malu nak pi duduk kat atas tuh. Mereng betul pengantin sorang ni.

Masa Ainie tengah makan beradap, kita orang pun keluar dari dewan pergi buat outdoor photoshoot untuk bridemaids. 

Kami lah Barney & Friends :) 

Meet my adorable friends, next to me : Pu, Mizah, Eleen, Mas, Pikah & Jal.

Masa ni punyalah hangat nak mampuih, tak payah cakap macam paip bomba meletup punya berpeluh. Tapi nak bergambar punya pasal.


Last sebelum pakat-pakat nak gerak pi makan cendol, terimalah 
Ainie Anas x Bridesmaids




special thank you untuk bestfriend, Jal sebab tolong ambik dari rumah dan hantar balik hari tuh. 

Last but not least,
Untuk Ainie dan Anas, 

Selamat Pengantin Baru, 
Selamat menjaga antara satu sama lain.
Kami doakan hampa berdua sentiasa bersefahaman (takmo gaduh2 macam zaman bercinta woiii dah jadi laki bini dah pun), dan sepakat dalam sekecik-kecik perkara sampai sebesar-besar dugaan.
Semoga cepat jadi mummy daddy, kami rasa hampa bakal dapat kembar since both side berbaka kembar. Semoga selamat melahirkan kembar 9 orang Ainie. bahahahaha!

Ainie, seriously kami tak percaya hang dah jadi bini orang weyyyy!
Tak percaya tak percaya percaya!
Bukan baru semalam ke kita main tutup-tutup mata pergi Institut Oii?
*lap ayaq mata*

Till Jannah okey korang!

Much Love,
Vna Erman.

1 comment :

Unknown said...

As salam.. Awk ade lg x simpan kad kawin kawan ayg yg wat kat Pulapen tu? Sy nk tgk cth la especially peta lokasi tu? Sbb sy nk tgk cntoh utk kad kawin sy nnti... :(