Assalammualaikum,
Ingat tak entry penyesalan tak berkesudahan bila tak beli Sofina 3? Jenis peragai yang kalau dah sekali tengok nak, lepaihh tu pura-pura kata tak nak la membazir lah apa memang tak dapat singkirkan dalam diri, memang last-last akan beli jugak. I guess my besties dah masak sangat peragaiku sedemikian rupa. Hewhew!
Sebenarnya memang takde duit pun, like really tahap menangis tap tap tengok account bank sendiri, tapi macam mana nak buat bodoh je bila Fashion Valet & Sometime announce ada restock Sofina 3 selepas ramai orang merayu terkulai layu mintak di produce kan lagi. Hello Vivy, what have you done to us mehh?
Kali ni memang tekad habis-habisan yang nak jugak beli Sofina 3 biar apa pun terjadi. So subscribe newsletter dekat FV, in case diorang buat macam arituh lagi, members dapat privilledge beli dulu kan. As usual, pagi Sofina 3 nak keluar, harus stand by depan lappy like we are besties, and mouse dengan refresh button like hubs and wifey! Pukul 11, pukul 11, pukul 11 haihhh la lambatnya! Jantung dup dap dup dap macam nak tunggu result SPM, tapi lebih gemuruh rasanya. Kedengaran over tapi hakikatnya macam tuh.
Dah tiba-tiba buat lawak sangat, tinggal lagi 10 minutes nak launch, perut memulas-mulas tahap yang macam kena jugak pergi jamban. Woiiii saat genting kot hang saja lah kan nak buat peragai. Nak tak nak kena langsaikan jugak lah. No worries, tak sembelit lancar jer, dapat sabun cebok semua phewww sempat duduk hadap lappy! Just nice, tekan refresh button 2-3 kali taraaa muncul kesemua Sofina 3 dekat website FV. Cepat-cepat pilih warna yang nak (kalau kaya memang rembat semua) add to cart, checkout, payment, settle and yeaaaayyyy! Alhamdulillah ada rezeki nak memiliki Sofina 3. Warna apa yang menjadi pilihan hati?
Taraaaaa....
Ikutkan nak warna purple atau taupe, tapi last Sofina 2.1 series dah beli purple, then taupe pulak warna nya cantik tapi risau nanti nampak tua pulak. Then, one day before launch decide pilih merah lah sebab takdak bag merah lagi.
Beza antara Sofina 2.1 dengan Sofina 3 obviously dari saiznya. Sofina 3 lebih besar dari Sofina 2.1, then bahagian handle dengan interchangeable straps warna hitam, material Sofina 3 lebih keras dari 2.1 tapi high quality material, studs and zip di upgrade quality dan cantik sangat. Conclusionnya, tak menyesal langsung beli dan tersangat berbaloi. Dengar cerita Vivy dengan Sometimes tengah discuss nak buat pre-order? Haaa, baik hampa start menabung lekaihhh, kalau rasa macam dah terjatuh cinta once diorang bukak pre-order terus zappp order, bayar dan tunggu sebulan dua nanti sampai lah Sofina 3 depan mata. Hew hew.
Much Love, Vna Erman :)
1 comment :
heeee .. dah beli dahhh ... baru bace entry yang nak beli sekali dah beli .. warna pujaan hati kite purple .. tengah tunggu sampai jek ni .. yeahhh .....
Post a Comment