Friday, December 07, 2012

Zalikha Birthday's Suprise!

Assalammualaikum,

Hello December :)
wink wink!

Pejam celik gosok gigi mandi siap pergi class dengar lecturer membebel bla bla eh eh eh dah masuk bulan 12  sudahhhhh. Oh man FINAL EXAM! Bakal menjelma di kampus berhampiran anda. stay tuned!

Besides kisah final exam di bulan December ni  ada benda lain jugak happen dalam bulan ni. Well, seperti tajuk yang korang baca kat atas, I guess my dear readers dah mampu agak definitely ada someone birthday kan kan kan kan...& yes, u'r right :)

5 December yang lepas birthday bff Vna since sekolah rendah lagi. Rasanya dah banyak kot entry-entry pasal si Zalik dalam blog Vna & tak payah ahhh Vna nak kena introduce banyak-banyak kali. Pada yang tak tahu  korang boleh check it out entry-entry Vna zaman kuno-kuno dulu  kalau ada masa eh :)

Nak dijadikan cerita masa arituh Vna punya class cancel sebab lecturer ada conference. Dah lah memang arituh class ada satu ja, kalau cancel maka merdeka! merdeka! merdeka! dpt off day free-free gitu jer. since takde class ingatkan nak buat discussion pasal video untuk assignment. due date lagi 2 minggu tapi habuk pon tak siap apa lagi. *adik-adik jgn tiru aksi ini di rumah ye*
tunggu punya tunggu punya tunggu tup-tup one of group member tak boleh nak join sebab dia ada consultation dengan lecturer. so memang free ahh arituh. lepas tuh kebetulan lagi petang tuh memang dah plan awal-awal masuk schedule nak pergi Shah Alam cari Nasi Kerabu dekat pasar malam sek7 sebab Puncak Alam takde org jual nasi kerabu. Vna & Aniz memang gila teringinnnn nak makan so tekad jer ahh turun Shah Alam.

Dah alang-alang nak pergi Shah Alam terus zassssssssssss dapat idea nak buat surprise dekat Zalik. Dengan bantuan kawan yang rapat dkt Zalik dekat fac, cik Ayu cantik (ikhlas pujian & tak tipu punya) buat plan nak terjah Zalik. Nama pon plan mengejut so tak sempat nak cari hadiah beria bagai. Plan cuma nak bawak cupcakes comelsss-comelsss ikat dengan ballon pastu taraaaaaaaaaaa Happy Birthday gitu jer. Cam tak best kan? tapi tu jer mampu fikir. tssk. so pas Asar dengan bantuan bestiesku, Aniz ktorg pon gerak ahh pergi Shah Alam. sepanjang perjalanan Ayu keep text update. Dia pesan banyak-banyak kali cepat takut tak sempat sebab kelas diorang start pukul 6ptg. 

Dengan jalan sesak dekat Meru tuhhh haaa alhamdulillah withins 40mins ktorg sampai sek7. Before datang Shah Alam dah google siap-siap bakery shop mana ada jual cupcakes & kat sek7 ada. Nak dijadikan cerita pusing punya pusing punya pusing gerammmmm gila TAK JUMPA KEDAI! Last-last masuk Secret Recipe. Ayu keep message kat mana kat mana. Memandangkan budget nak beli cupcakes tak serupa seperti harga sebijik kek besauuuuu di Secret Recipe so Vna hanya mampu bagi kek yang kecik jer. tssk. 

Done! misi nak kejutkan zalik bermula............

Masuk-masuk kampus Shah Alam seperti semua sedia maklum bapakkkkk gila jams strawberry!
Dah lah memang kampus tuh hari-hari biasa memang dah jams strawberry di tambah pulak dengan convocation day bertambah-tambah jadi double jams starwberry. grrr!
Dah dapat parking pulun pulak kena naik tangga Batu Caves nak pergi fac Mass Comm. Oh man ketaq habis lutut habaq hang. Sampai-sampai Ayu dah sedia menanti rasanya dah sekian lama kot. Dia guide Vna & Aniz nak pergi ke class diorang. Mula-mula ingatkan nak surprise dekat cafe fac diorang jer alih-alih dah ktorg sampai lambat diorang dah masuk class nak tak nak kene jugak pergi class diorg. Jenuh cakap dengan Ayu yang Vna sumpah gila segan nak mampuih dengan classmate diorg. Tapi Ayu dah tolong Vna awal-awal  inform classmates Zalik yang lain yang Vna nak dtg buat surprise. Tapi still malu jugakkk. yelah dah la orang asing pastu nak buat havoc dalam class diorg plus bawak kek dah ahhh kecik co'et.
whuarghhhh demi nak surprisekan Zalik ku gagahi jua. huhu.Nasiblah baik lecturer diorang tak masuk lagi masa tuh so senang sikit. That's why lah Ayu keep text Vna suruh cepat & cepat sebab kalau lambat sikit sah-sah lecturer diorang dah masuk.

Dengan langkah kaki yang mengeletar ku gagahi masuk class Zalik dengan seribu perasan malu tak terhingga.
Once Vna masuk classmate Zalik yang lain terus tolong nyanyikan "Happy Birthday to youuuuu...."
Vna mula-mula tak nampak tau manalah si Zalik ni kan. Jap gi Vna dengar dia jerit "ERVIENA........!!!!"
terus Vna rasa sebak. #eh macam aku yang kene surprisekan# 
Jap gi si Zalik pon pakat sebak jugak. Dia dok nagis sebab terharu. 
YES, MISSION ACCOMPLISHED :)

Mujurlah classmate Zalik superb sporting tolong snapkan gambar. Vna memang lupa habis nak ambik gambar padahal dalam kereta memang dah teringat. Vna mintak si Zalik emailkan semua gambar tapi dia tak hantaq-hantaq lagi. so hanya mampu publish gambar yang di tagged di FB jer dulu.
overall hari kejadian. see zalik sebak. tssk.


Vna, ada jugak Aniz di situ with Zalik & her superb sporting classmates. well Ayu yang sebelah Zalik tuh (yg tinggi & silang tangan). serious kalau tanpa bantuan Ayu memang semua plan ni tak menjadi. walaupon Vna dah cakap thank you dekat Ayu arituh tapi takpelah nak cakap jugak lagi thank you, thank you, thank you so so so so much. semoga Allah membalas segala kebaikan ko. hugs!
tak lupa jugak kepada bestiesku, Aniz si vivalova sebab wiling nak bawakkan Vna pergi fac si Zalik ni. orang penting jugak dalam plan ni. kalau dia tak tolong memang tak akan menjadi.

& to my dear Zalikha Zamri, ya ampun ni jer yang kami mampu buat. kalau zaman sekolah-sekolah dulu semangat nan waja buat hand made birthday card lah, kasi hadiah segala tapi for your 22nd birthday hanya mampu kasi surprise segini dengan cake & ballons ja. tssk. May Allah bless you with bright & successful future. harap-harap kita dpt grad sama-sama nanti. hope friendships ni keep strong and last forever sampai syurga. amin.
tak lupa jugak classmate Zalik atas cooperation korang! billions of thank you.

Last but not least,


Alhamdulillah :)

kepada sesiapa yang lahir dalam bulan December happy birthday too.
take care everyone!
have a blissful weekend.

much love, vna erman :)

2 comments :

cik mun said...

wah..seronoknye wat suprise..

Vna Erman said...

best2. tp make sure plan betul2 :)