Friday, March 30, 2012

girls.

Assalammualaikum,


vna agree :)
korang?

much love,vna erman :)


Saturday, March 24, 2012

Friday with IKEA.

Assalammualaikum,

semlm lepas habis discussion subject MIS terus ajak girlfriends berjalan. Ya ampun serious lah tak tahu nak buat apa dilanda penyakit kebosanan yg kronik. Di tambah lagi dgn memory card hp yg suddenly rosak menambahkan sakit hati.huh!

ddk dkt Puncak Alam ni tersangatlah payah nak decide nak pergi mana. Sebab kene pk mase, cost minyak & tol, jalan jam & etc. Last-last Dayah come out dgn idea nak pergi mkn meatballs dkt IKEA. selama ni asyik dgr org ckp sedap,sedap jer so nak try lah ;)

nak di jadikan cerita ktorg discover jalan baru. short cut nak pergi KL. tapi ktorg nk pergi Damansara. Dah pulak sesat tersekat-sekat dkt jalan jam yg ampun dkt kolumpo tuh hah. pusing punya pusing last-last jumpe lebuhraya sprint nak pergi Damansara. akhirnya sampai jugak ktorg kat Damansara. Dayah yg monyok mogok sengap sorg2 dkt blkg sebab kene marah dgn Aniz akhirnya tersenyum lebau bila pergi Damansara. sukeee letewww si Dayah. tak habis-habis dgn Damansara die.

masuk IKEA attack FC terus tolong sebab perut dah menjerit-jerit TOLONG!TOLONG!SAYA LAPAR!
menu pilihan vna & aniz ialah meatballs sepuluh ketul lah whereas Dayah choose nak makan chicken chop.


Bismillah.
sodap,sodap.boleh tahan. ntah nape ngade2 arituh nak makan meatball sedangkan realiti tak suke daging.
mengade kan?
then 1st time jugak makan dgn jam. tak tahu lah kalau tuh style org putih makan kan.
gua orang melayu so jakun-jakun sikit lah. tapi sedap!
dah masuk meatball ke 3 terus macam ni:

jap lagi Aniz cakap ko makan!ko makan! sumbatlah lagi........


gua surrender kekeyangan lah babe.
berehat sebentar dgn bagi sokongan pasukan sorak pada Aniz.

go baby go baby!
akhirnya gua hanya mampu makan 8biji meatballs & paling maximum lah tuh.
tak mampu masuk lagi sebab dah full house sampai ke keronkong.
& apa lagi kasi sumbat sama Dayahhhhhhhhhhhhh!
hoyeeeeehhhhhhh! Inilah juaranya.........
Caption: Akulah Diva si Dayah. kau mampu?
ahaks!

lepas makan pusing-pusing IKEA dptlah meja utk dijadikan writting table nak online, buat homework/assignment segala. rm29.90 jer. tq kpd sales IKEA.
bersemangat gua lepas ni nak study.ahaks!

much love,vna erman :)


Friday, March 23, 2012

mengira & gila di Puncak Alam.

Assalammualaikum,

sem ni walaupun ada 5 subject jer compare last semester ktorg terpaksa ambik sampai 9 subject tapi tapi sem ni lagi killer kot sebab ade 2 subject melibatkan pengiraan. MATHEMATICS GENGZ!
ya ampun!

muke pagi-pagi masih bertenaga sementara tunggu lecturer mai.
tapi bila jumpe jer numbers & tekan-tekan calculator muke terus jadi macam ni......
gua memang tak boleh blah dgn numbers segala.
someone please help me!
tunjuk ajar ku sifu.........................

much love,vna erman :)

Saturday, March 17, 2012

Saturday with 7 Petala Cinta.

Assalammualaikum,

Assalammualaikum Cinta,
Waalaikumussalam Rindu......

Pernah dgr tak? Pernah dgr tak? Haaaa, itulah antara dialog filem terbaru dkt wayang 7 Petala Cinta.....
memandangkan this weekend vna balik Taiping, so vna pon pergilah tgk wyg dgn adik vna. ktorg berdua jer.
abg vna beria lah semlm ajak g tgk wyg jap g pagi tadi ktorg dh siap2 die x mau p pulak. nampak benor gabra adik-adik die nak ketuk tiket wyg kan. hehe ;)
tak, actually die nak ajak tgk bunohan tp kat cinema ni tak ditygkan plak. teringin gak nak tgk. sape dkt sini dah pergi tgk? kasi cerita sikit best ke x. kalau best next time nak g tgk Bunohan plak.

berbalik kepada filem 7 Petala Cinta, yes cerita ni best. tapi ada jugak something yg mcm bagi cacat sikit cerita ni. pada vna jalan cerita die biasa-biasa ja. I mean, die bukanlah idea yg fresh sangat. Tapi yg kelainannya maybe drpd mainan dialog. ayat-ayat/dialog dalam filem ni sgt sweet & meruntun kalbu tau. Dari segi pelakon-pelakon vna rase mimik muke diorang mcm x feel sangat lah. Die mcam tak nampak natural except Diana Amir. Yes, Diana Amir okey dlm cerita ni. suke lah tgk die manis-manis bertudung.
Photo credit to :MiG.On9

part paling terharu bila Fizo Omar balik semula Malaysia after semua org ingat dia dah mati, dia bawak hadiah Al-Quraan tulisan tangan dia sendiri yg supposely jadi hadiah wedding die dgn Saidatul Nafisah (name watak heroin, name sebenar die Shima Anuar) tapi last-last jadi hadiah die pada Aeril Zafril dgn si heroin tuh.
totally touched.

Okey la spend rm9.00 utk movie ni. takde boring. vna bagi 4/5.

Diantara 7 Petala Langit & 7 Petala Bumi terdpt 7 Petala Cinta.............

much love,vna erman :)


Friday, March 16, 2012

last weekend.

Assalammualaikum,

Hello readers! Ya ampun rindunye dkt blog sendiri. Line dkt Puncak Alam sgt menyecewakan acap kali nak update entry baru. tssk :(
smlm vna selamat sampai Taiping. kampung kte ;)

entry ni nak sambung al-kisah kehidupan dekat Puncak Alam. mungkin ada yg dah tahu, mungkin ada yg xtahu. vna memang kaki berjalan. name pon kaki functionnya mestilah untuk berjalan kan kan. so bila tercampak hidup kat Puncak Alam ni terasa macam LOST WORLD!
pusing kanan hutan, pusing kiri hutan, pandang depan hutan, pandang belakang.Eh, jangan pandang belakang lah.
nak-nak pulak last week tiba-tiba lecturer cancel class hari Khamis menjadikan ktorg sesangat free takde class sampailah hari Ahad. nak balik Taiping tak reti lagi nak naik2 bas segala dkt Klang Sentral tuh.
jawabnya duduklah umah. bila duduk umah awal-awal semester takde assignment/project segala ni asyik bangun, masak & makan, kenyang baca magazine jap g berdengkur. itulah jer lah.

ahhhhh, tekadlah nak keluar dari Puncak Alam. maka terlepaslah ktorg sampai ke Damansara. mula-mula pergi One Utama. Masuk MPH habiskan baucer. kaut novel, kaut magazine, kaut stationary. Masuk Padini plak. Oh kat Padini takleh main kaut-kaut. silap hari bulan lemas ke laut kang! Dptlah sepsg kasut idaman hati yg dah lame aim akhirnya kat OU ade saiz.

lepas kat OU bawak diri ke The Curve plak. hajat hati nak beli tudung Aidijuma by Datin Norjuma yg cantik tuh. dptlah kaut 2 helai kat situ. naik atas jalan-jalan lagi jap g lalu depan kedai DnA Boutique. korg tau tuh kedai sape? kedai Dynas Mokhtar. kebetulan time tuh dia ada kat situ. Ya ampun cantiknya dia. seriously tak tipu.

kulit die sangat-sangat flawless with light make up. memang cantik sangat skin complextion die.
vna siap cakap "Dynas, awak cantik sangat". Jap g die cakap "Alamak!"
die sangat tinggi. Time tuh vna pakai boots wedges pon tak mampu kelihatan lampai. di sisi Dynas membuatkan terasa cemetotnya Nur Erviena niyh!
walaupon tgh pregnant Dynas masih mampu pakai high heels okey? Gua yang pakai wedges pon leguh tulang riuk die steady ja. salute lah! 

before gerak balik ke Puncak Alam ktorg singgah jap office akak si Dayah sebab Dayah nak pass brg dkt akak die.fyi, akak die kerja dkt BMW. okey,okey vna pon teruja sambil nyanyi lagu teruja!teruja bajet Ella.
ececewah masuk BMW showroom bajet dalam bank ada jutaan RM gitu tau.
padahal.......
mula-mula segan-segan kucing gitu. takmau la Dayah! takmaulah Dayah! jap g.......

caption:
1. gua 1st time masuk kereta BMW weyh. tak kisahlah nak pgl orang kpg ke ape kan!5series tuh.

2. bajet nak bawak lah padahal dlm showroom jer pon. kereta biasa pon tak berani bawak ade hati nak bwk BMW kan vna? ada Dayah interframe kat situ. Nyebuk btol.

3.membayangkan diri sendiri bwk BMW meluncur laju di lebuhraya. ahahak.bg penampaq kat diri sendiri.

4. candid picture by Dayah. Muke sangat tak boleh blah dgr penerangan dari akak Dayah pasal kereta BMW yg vna dok try2 ni. excited sebab kereta ni boleh terima instruction by suara. Uish best ni. kan ke senang. Kita ckp "BERHENTI" die pon berhenti. "JALAN" die pon bergerak lah. nak-nak satu lah kalau macam gini ;)

itulah kegiatan last week nak bg hilang rasa boring dkt Puncak Alam tuh.
nak pergi KL pon kene keluar awal2 pagi sebab tak mau balik lewat-lewat nanti jalan sunyi takutttttt.
anyone here Puncak Alam student? boleh suggestkan tempat makan/restaurant best dkt area Puncak tuh?
or tempat lepak-lepak santai nak bagi hilang bosan kalau ade yg korg tau la.
atleast vna & friends boleh spend time there takyah terlepas2 jauh pergi sampai area KL tuh. sangat byk costnya bila pergi KL. leave your recomendations okey?

much love,vna erman :)

Tuesday, March 06, 2012

Assalammualaikum Puncak Alam.

Assalammualaikum,


Rumah baru, kampus baru.
Alhamdulillah, bermulalah semester 4.
so far everything run smoothly. cume kat sini banyaknya serangga.
memang main tepuk amai-amai dgn semut.




Assalamualaikum,
kami orang baru kat Puncak Alam.

walaupon kami senior tapi kami ibarat junior di Puncak Alam
tak tahu, tak tahu, tak tahu pape.
nak beli tong gas pon xtau kat mana.
jap g nampak abg bwk tong gas nak hntr kat rumah orang
tekan minyak terus kejar dari blkg.
ye,ye kami tahu kelakar tapi nak hidup terpakse lah
;)

hari ni hari kedua
satu kelas semata-mata
bangun pagi-pagi buta
8.30pagi sampai 10.30 sahaja
balik rumah boleh penjam mata semula
:)

pemandangan dari tingkat 12 kampus puncak alam.



yang atas sekali tuh yg bumbung warna oren kolej kediaman.
nampak tak bumbung2 putih dkt lereng2 bukit tuh?
itulah Batu Caves no.2
tangga nak ke kolej kediaman.
tabahnya mereka yg terpakse mendaki tuh.

malangnya pergi class sia-sia semata-mata sebab lecturer pon takde.

my dear readers,
selamat kembali ke kampus masing2.
good luck & take care okey?

much love,vna erman :)


Thursday, March 01, 2012

wall photo.

Assalamualaikum,

Lately ni jarang ada cerita nak share dkt blog kan. Hope korang tak marah naa takde entry baru.
Insyaallah hari Isnin bermulalah semester4. Perjalanan yang masih panjang.
semoge dipermudahkan.Amin :)

anyway just nak share this pictures. Vna terjumpe dkt news feed dkt FB.
I think this is intresting & should be share & spread!
maaflah vna tak ingat sape owner gambar ni tapi mohon izin & mintak halal okey?

hayati & perbaiki diri.
have a nice day!
take care :)

much love,vna erman :)