Monday, December 18, 2017

Jumpa Umar

15 OGOS 2015


2 TAHUN 4 BULAN KEMUDIAN,
...............................................................................................

Assalammualaikum,

Setelah beberapa kali plan musnah gara-gara hal peribadi, kegawatan ekonomi di zaman GST, jarak di antara utara dan selatan, juga faktor masa dan kerja yang menyebabkan tidak berkesempatan AKHIRNYA jumpa jugak dengan Puan Hasfaniza phewwwwwwww!

Seperti biasa kalau setiap trip haruslah di temani my forever travel buddy, Dyra! Selagi Abu belum sunting hang secara sah siap sedia jelah terima whatsapp k.vna ajak ke mana-mana. Hahahaha.

Kita orang decided untuk jumpa Aniz dekat Midvalley KL. Masa tengah tunggu Aniz sampai kita orang order makanan dulu sebab kebuluran nak mampos. Tapi next post lah cerita pasal makan-makan. Stay tuned! By the time nak start makan Aniz pun sampai terusssss kita orang berpelukan pastu terus termelalak sobs sobs sambil terkebil-kebil di perhatikan oleh Umar. Gamaknya Umar kata drama apakah sedang berlintas langsung ni? LOL. Maafkan hati tisu Aunt Vna mu!

REUNITED!
Di bawah pokok Krismas, favourite port zaman study dedulu! Pakai baju meriah, tenyeh makeup, sarung wedges done untuk pose bawah pokok. LOL!
 WEYH RINDU NAK BUAT CAMTU LAGI! 
#dahkertu

DANNNNNNNNNN........
Ni lah kali pertama jumpa dengan Umar, baby boy Aniz. Umar, satu hari nanti bila Umar dah pandai baca dan terjumpa entry Aunt Vna ni I just want you to know yang Aunt Vna memang nak datang jumpa Umar seawal kelahiranmu tapi banyak kekangan yang Aunt tak boleh nak elakkan. So sorry sayang! 

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Buat julung-julung kalinya penampilan pertama Umar dekat blog Aunt Vna :)


Sumpah tak tipu Umar budak yang sangat-sangat teramat sangat menyenangkan. Dia tak meragam langsung sepanjang kami jalan-jalan dan borak-borak. Ada satu masa tuh tengah bergosip mak jemah dengan Aniz ya ampun dia ambik tangan dia tutup telinga boleh? 
OMG HANG MEMANG NAK KENA PENYET UMARRRR!
Aniz cerita memang senang sangat jaga dia sejak dari lahir lagi. Rahmat Allah betul lah dapat anak macam ni
 KENAPA KO BERANAK SEKETUL JER?
Dari awal aku dah pesan supaya beranak kembar so seorang boleh pass aku herghhhh degil hang ni. 


Umar sekarang dalam fasa "baru dapat kaki". Asal lepas dari stroller atau dukungan siap sedialah anda untuk jadi atlet berkejaran dengan dia. Dia kalau bagi makan memang lambat habis. Bak kata mummy dia "kau kalau makan 8 tahun..........."sah dia ambik traits mummy dia LOL. Kalau nak umpan dia makan sediakan lah air ais berperisa sedap nanti dia buat lah muka haaaaaa lega aku camtu.#gigitpipi 


Selama ni tengok Umar melalui gambar-gambar yang Aniz share dekat Whatsapp or gambar yang Aniz upload dekat IG tapi bila dah jumpa real depan mata memang Umar sebijik macam Daniel adik bongsu Aniz Hahahaha. Mata dengan hidung memang sah sebijik macam mummy dia. Tapi bila tengok depan-depan ada jugak irasnya dengan Dzul. 


MATA INSERT GULI.

ATAU PAKAI LENS KOREA NI? HAHAHA.


Aniz:
"Haaaaaaaaa dari sana sampai ke hujung sanaaaaa semua mummy dengan Aunty Vna merayap dulu"

Umar:
Haaaaa serious Mummyyyy?



Anak bujang  vs Isteri/Mummy vs masih Anak dara..
LOL!

Aniz's Family :)

Sekejap sangat jumpa arituh. Biasalah semua orang ada komitmen masing-masing sobs sobs. Tak sama bercerita dalam whatsapp dengan bercerita depan mata. Tapi ok lah Allah dah izinkan untuk berjumpa pun syukur alhamdulillah

Umar,
You are such a goooddddddd boy masya Allah.
Membesarlah menjadi orang yang menyenangkan semua orang di sekeliling,
Wallahi Aunt Vna love you so so so much! 
Semoga Umar sentiasa terpelihara dari melakukan sebarang cela, sihat tubuh badan dan sentiasa berjaya dalam apa jua Umar lakukan baik di dunia dan di akhirat kelak.
Semoga ada rezeki untuk kita jumpa lagi. 


Till next meeting babe. Much much loveeeeeee.

Much Love,
Aunt Vna Erman ;)

P/S: TERIMA KASIH DYRA,
Sebab temankan,
 Pickup kak Vna dari KL Sentral drive bawak ke MidValley. 
Gambar sesama nan hado sebab orang tuh sakan jelajah Sephora. Eh opsss!

Monday, December 11, 2017

27

Honestly I'm scared of where life is taking me.
But I'll just pretend that I'm okay and keep on going
Allah is the best planner.
Keep moving
.......................................................................................................................

Assalammualaikum,

Alhamdulillah genap 27 tahun harini. 


Thank you bestie, Hasfaniza untuk hadiah ni! Like it love it. Tunggu rumah siap boleh deco bilik. 

Terima kasih semua yang wish dan mendoakan yang baik-baik. Semoga Allah angkat dan kabulkan setiap satu doa kalian.  

27 sudah. Syukur! 

Much Love, Vna Erman

Monday, December 04, 2017

Review Dida Cosmetics : Iconic Eyeshadow Palette

Assalammualaikum,

Bertemu lagi kita di blog sendu ku ini. Moh kita teruskan review untuk latest product dalam makeup box Vna Erman iaitu Iconic Eyeshadow Palette dari local products, Dida for Women 

Say hello to my new darlings, Iconic Eyeshadow Palette!


Lama dah aim untuk try produk DIDA ni tapi hold on dan hold on lagi sebab takut tak best dan membazir. Tapi follow jugak brand ni dekat Instagram sebab suka tengok produk-produk diorang. Pada Vna concept diorang boleh di kategorikan sebagai minimalist. DIDA start off dengan produce lip cream. Warna-warna yang diorang produce memang sesuai untuk semua skin tones dan sangat-sangat kena dengan jiwaku yang sangat mengemari nudes colours but why LIP CREAM WHYYYYYYYY!!! Vna masih lagi dikategori old school person, prefer any lips products mesti berbentuk lipstick yang jenis pusing-pusing. Tak suka lip cream product sebab tak pandai nak apply end up nampak comot. Tapi nak buat macam mana sekarang ramai yang produce lips cream instead off lipstick. 

DIDA kemudian mengembangkan lagi produk cosmetics mereka kepada eye product dengan memperkenalkan eyeliner dan eyeshadow palette.

                                                                         Photo from DIDA Instagram

Photo from DIDA Instagram


Lemah gemalai rasa bila dapat tahu DIDA produce eyeshadow palette. Bank account terus bergetarrrrr getarrrrr petanda wang bakal mengalir keluar deras sederasnya. Lepas baca semua reviews Vna tekad untuk beli dan try untuk pertama kalinya produk DIDA. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, boleh lah pulak tetiba DIDA buat flash sales 50% OFF ALL PRODUCTS selama 1 jam sahaja sempena Black Friday sales baru-baru ni. 

50% OFF!
50 % OFF!
Kau tunggu apa lagi? Si Erleen kata "Bodoh kak kalau kamu tak beli........dah lama kamu nak-nak kan"
Baiklah untuk membuktikan yang Vna Erman bukan seorang kakak yang bodoh untuk melepaskan peluang sedemikian yang rupa maka add to cart terus dan taraaaaaaaaaaaaaaaa.......


100% ORIGINAL COLOURS WITHOUT FILTER.

Disebakan tak suka buat swatches, kita printscreen saja dari Instagram DIDA. Lihatlahhhh warna-warna eyeshadow palette ni tak mengodakah?

 Photo from DIDA Instagram

Adakah Vna suka palette ni?

TERAMAT-AMAT SUKA! Masa mula-mula bukak parcel terus jatuh cinta pandang pertama. Lepas tuh try calit-calit dekat mata walaweyh pigmented sangat! Colours dia semua pop up cantik dekat mata. Serious tak tipu. Review ini jujur selepas dua kali mengunakan eyeshadow ni dekat mata siap jalan-jalan few hours dekat luar.

Matte or Shimmer?

Ada 3 matte colours selebihnya shimmer colours. Tapi jangan risau shimmer dia bukan jenis heavy metal shimmer persis liplap lacuci baju M.Daud Kilau atas pentas. No, no tak mau risau. Shimmer yang sedang elok untuk pakai tak kisah siang atau malam, bawah matahari atau kawasan berhawa dingin semua sesuai. Kalau korang perasan, setiap satu eyeshadow dalam palette ni dinamakan sempena nama-nama public figure wanita terkenal. Sebab tulah eye shadow ni dinamakan ICONIC Eyeshadow Palette.

Packaging menarik ke idok?

Kalau korang biasa baca products reviews yang Vna biasa buat sebelum-sebelum ni, mesti korang tahu Vna amat menitik beratkan packaging. Packaging memang penting untuk menambat hati pembeli. Overall suka presentation produk ni. Selection colours untuk packaging ni menarik not bad. Palette tuh di letakkan dalam cover warna peach. Warna sebenar palette tuh light pink (rujuk gambar yang memula sekali). Colour yang menarik untuk packaging produk,Vna bagi A.
Tetapiiiiiiii, 
Material yang digunakan untuk case palette ni pada Vna la KURANG MEMUASKAN sebab rasa macam kotak yang nipis bukan jenis hardcore box camtu. Itu je yang buat slack sikit pasal palette ni tapi untuk kualiti produk memang terjamin elok. Alaaaa saja demand sikit jeeee. LOL! Kalaulah DIDA nak buat penambahbaikkan di masa-masa akan datang , Vna cadangkan untuk upgrade casing to high quality hard box. Lagi better. Tapi yang sekarang masih consider OK!

Adakah Vna akan suruh kaum kerabat atau sahabat hadai yang gila makeup/baru nak berjinak makeup untuk membeli eyeshadow DIDA ini?

YES,
YES,
absolutely YES.
Eyeshadow ni sangat berkualiti untuk sebuah produk local. Kalau tak pakai eye primer sekali pun masih boleh create eye look yang cantik. Tapi Vna nasihatkan untuk pakai eye primer supaya warna tuh lebih pop up lagi. Tekstur eyeshadow senang untuk di blend. Kalau korang tanya adakah dia setanding dengan international brand macam Tarte atau Zoeva palette, Vna rasa formula eyeshadow ni hampir-hampir setanding denganya. Tidak adil untuk buat perbandingan dengan international brands sebab DIDA masih consider baru dalam industri cosmetics tapi untuk yang sedia ada dah cukup mengkagumkan. Salah satu produk keluaran tempatan yang tidak mengecewakan.

Setimpal tak harga dengan kualiti?

Harga eyeshadow ini ialah RM 115, Vna bertuah sebab beli masa flash sales 50% off so tinggal dalam RM57+ camtuh. Pada Vna harganya masih boleh dikira mampu milik. Tak lah terlalu mahal .Ada 10 warna dalam satu palette. Berat eyeshadow palette ini ialah 11g. Ringan dan senang nak bawa travel.

Berapa bintang Vna bagi untuk eyeshadow ni?

4.5/5

Ok itu saja review ikhlas (tidak berbayar) dari Vna. Kalau korang pun dah lama aim nak grab eyeshadow ni hopefully reviews Vna membantu korang untuk decided nak beli tak nak beli tak. Tapi percayalah sangat berbaloi.

Oh, korang boleh dapatkan produk-produk DIDA di :

DIDA Official Website: https://www.didaforwomen.com/
atau boleh beli di website
Fashion Valet, Zalora atau Hermo.

Much Love, Vna Erman :)

Tuesday, November 28, 2017

Fashion Valet vs Zalora

Assalammualaikum,

Sapa sini suka shopping online angkat tangan? 

Saya!!

Biasa tak shopping dekat Fashion Valet atau Zalora Malaysia. Kalau biasa mungkin boleh skip post kali ni, tapi kalau nak tau tips penjimatan shopping dekat dua online gah di Malaysia ni teruskan membaca! Seperti biasa, apa sahaja yang Vna tulis tidak berbayar dari mana-mana pihak bagi tujuan promosi maka semua yang Vna ceritakan di sini adalah berdasarkan penggalaman sendiri so hopefully tips yang Vna share bermanfaat untuk semua shopaholic sepertiku. LOL!
..................................................................................................................................

Latar belakang syarikat :

Fashion Valet : Syarikat anak muda Malaysia. Wohoooooo Made in Malaysia #bangga .Mula bertapak pada 2010 dan pengasasnya ialah Vivy Yusof dan suaminya. FV carry local designer brands dan jugak beberapa jenama local dari seluruh Asia.

Zalora Malaysia : Mula bertapak di Malaysia pada 2012, meruapakan sebahagian dari Zalora Group under Rocket Internet GmbH. Zalora bukan je ada dekat Malaysia, tapi ada dekat negara-negara lain seperti Indonesia, Singapore dan Brunei. Berbeza dengan FV, dekat Zalora korang boleh beli local brands dan selected international brands.

Adakah senang untuk shopping di FV/Zalora? 

Yes, dua-dua website sangat user-friendly. Korang hanya perlu create user account lepas tuh pilih barang masukkan ke dalam cart/bakul shopping lepas tuh bayar. Once dah selesai pembayaran, kedua-dua website akan update mengenai parcel korang melalui email. So sangat selamat dan cepat. 

Payment Options/ Kaedah Pembayaran

Fashion Valet : Boleh guna kad kredit, online banking yang ada di Malaysia atau secara manual iaitu bank in di ATM mesin kemudian emailkan slip pembayaran kepada diorang. TETAPI, untuk produk-produk yang laku keras/ sekelip mata sold out (selalunya brand dUCk) direct bank in method takde so korang nak tak kena bayar guna kad kredit atau online banking. But most of the time direct bank in available sentiasa. Tapi nak senang guna je online banking. 

Zalora Malaysia: Sama macam FV cuma Zalora TAKDE DIRECT BANK IN tapi ADA CASH ON DELIVERY di beberapa kawasan sekitar Malaysia. 

So decide website mana yang memudahkan anda. Tapi kalau ada online banking senang tak payah pikir dua-dua web boleh shopping

Website mana yang bagi FREE POSTAGE eh?

Dua-dua website offer free postage ke serata pelusuk Malaysia tetapi...............
# IMPORTANT TIPS HERE!
Kalau beli dekat FV tak kira lah berapa items, tak kira berapa harga memang dapat free postage. Tapi, kalau dekat Zalora kena spend RM75 ke atas baru layak untuk dapat free postage. So kalau rasa-rasa nak free postage tanpa perlu spend banyak go to FV. Benda pertama kita kena buat ialah survey terlebih dahulu barang/brands yang kita nak beli tuh available ke tak dekat dua-dua website, lepas nak tuh kalau ada go for FV untuk penjimatan tak payah bayar postage.

Contoh:
Kita nak beli eyeshadow Sugarbelle Cosmetics SAHAJA! Brand ni available dekat FV dan Zalora. Harga eyeshadow yang kita nak RM39 so beli lah dekat FV dah jimat duit postage di situ.

Tapi kalau barang/brands yang kita nak hanya ada dekat Zalora (lepas tuh harganya kurang dari RM75) so terpaksa lah bayar postage. Melainkan kita beli barang lain jugak so lebih dari RM 75 takpe. Postage fees Zalora adalah seperti di bawah :


Ingat, SURVEY/CHECK TERLEBIH DAHULU BARANG/BRANDS yang kita nak beli ada ke di kedua2 website lepas tuh  baru decide. Vna memang sejenis shopaholic kedekut bayar shipping. Mana-mana online website yang offer free shipping with no minimum spend itulah yang akan diutamakan.

FV dan Zalora charge GST tak?

FV BEBAS GST yahooooooooo (bebas disini bermaksud company yang tanggung) manakala Zalora customer yang kena bayar. So kalau nak nyahkan GST dalam shopping cart korang maka membeli-belah lah di FV lebih jimat kerana 6% itu sangat berharga. LOL!

Contoh:

Proses pertukaran/exchange kalau size tak kena dengan kita senang tak?

Kedua-dua company accept exchange dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian ASALKAN mana-mana barang yang kita beli masih ber-tag harga/label, tidak dipakai atau dibasuh, tidak di ubahsuai (alter) dan berserta pembungkus plastik/kotak yang asal. Antara FV dan Zalora, proses pertukaran dengan Zalora lebih senang berbanding dengan FV. Kenapa?

Fashion Valet : Kena email terlebih dahulu kepada customer service diorang lepas tuh kena tunggu FV reply balik sama ada request kita nak tukar ada stock lagi ke tak then baru boleh hantar balik barang kita nak tukar dekat diorang. Setakat harini pernah sekali buat pertukaran size. Walaupun proses nak mintak tukar macam renyah (sikiiiittt je) tapi service diorang cepat. 

Zalora : Sangat senang dari FV, bukak website atau apps lepas tuh pilih exchange terus kita boleh select  nak tukar warna ke atau tukar ke sizing yang lain. Once dah selesai kita boleh terus hantar balik dekat warehouse diorang secara percumaaaaaa. 

Return policy atau proses pemulangan semula bila terjadinya kejadian seperti:

Pinnnn pinnnnnnn!!!!!!! Parcel sampai depan rumah yahooooo! Bila kita bukak parcel lepas tuh try tak selesa

atau

Model pakai lawa kita pakai tak kelihatan macam tuh pun kuciwaaaaa.....

atau

Terpengaruh dengan insta famous lepas tuh menyesal kenapa aku beli kenapa kenapa??

atau

Alamak lupa bayar PTPTN bulan ni sebab dah terguna untuk online shopping"

MACAM MANA NI?HELP!!

Fashion Valet : Korang boleh pulangkan semula apa sahaja barang yang tak suka atau tak puas selepas beli asalkan barang tu bukan pre-order items, produk kecantikan contohnya macam makeup, skincare, alat tulis, pakaian renang, pakaian dalam atau sebarang aksesori seperti tudung, beg, cincin, rantai dan seangkatan dengannya. Senang cerita pakaian atau kasut boleh dipulangkan semula. 

Pastikan barang yang nak dipulangkan semula masih berada dalam keadaan yang sama macam yang kita terima. Lepas tuh print dan isi borang pemulangan semula/returns dan masukkan sekali dengan barang yang kita nak pulangkan tuh. Bila barang yang kita hantar dah sampai dekat diorang kita tak dapat balik duit dalam account bank tapi FV pulang semula dalam bentuk store credit. 

Incase ada yang tak tau apa itu store credit, store credit tuh macam duit jugak tapi duit digital yang hanya boleh guna untuk beli benda lain dekat FV. Contohnya kita beli sepasang baju, lepas order tertengok brands lain eh lagi cantik tak yah tepuk-tepuk dahi menyesal, just pulangkan semula pastu gunakan store credit tuh untuk beli yang lain. Faham tak? Oh ya, di FV kos pemulangan semula di tanggung oleh customer. 

Setakat harini belum pernah pulangkan lagi apa-apa dekat FV. Semua barang yang dapat memang puas hati. Cuma pernah mintak tukar size tu je.

Zalora : Sama macam FV boleh pulangkan apa sahaja barang yang kita tak berkenan lepas beli KECUALI :



Yang bestnya dekat Zalora kita boleh mintak duit kita balik yahoooooo! Kalau jenis dah beli pastu baru nak menyesal kenapa aku beli kenapaaaaaaa why whyyyy, haaaa geng-geng macam ni sesuai membeli-belah dekat Zalora dari FV sebab kita boleh mintak refund duit semula. Proses pun senang dan pantas. Vna tak pernah berani beli kasut secara online sebab kaki saiz kecik so memang risau sangat tak kena. Tapi ntah macam mana tergedik order kasut dekat Zalora pastu bila dah sampai longgar padan muka. Nak tukar saiz lagi kecik yang ambik tuh memang dah paling kecik. Mujur boleh mintak duit semula so taklah sesal separuh nyawaaaaaaaa! 

Proses refund pun lebih senang dari FV. Cuma bukak website atau apps Zalora, takyah renyah print borang pastu isi. Just pilih option returns lepas tuh decide sama ada kita nak nak cash atau store credit. Segala penghantaran pemulangan semula ke Zalora free dengan syarat guna Poslaju atau drop parcel di Collect Co center berhampiran tempat korang. Bila diorang dah terima barang yang kita pulangkan setiap process Zalora akan update kita.






Antara FV vs Zalora, Vna lebih suka Zalora sebab Zalora tanggung kos penghantaran untuk pemulangan dan boleh dapat cash semula! 

Antara FV dan Zalora, mana yang murah?

Pada Vna barang-barang dekat FV agak mahal (terutamanya pakaian) manakala Zalora masih boleh consider ok sikit sebab kita boleh dapat baju yang masih mampu milik sampai secekik-cekik darah gurlllppppp. Contohnya waktu musim raya, baju raya dekat FV kebanyakkannya bermula RM200 ke atas tapi dekat Zalora ada option baju less than RM100 tapi masih lawa, design terkini dan berkualiti. 

FV sangat jarang sales tapi Zalora selalu buat sale. FV kalau sales pun, brands letops excluded contohnya dUCk. Zalora selalu bagi coupun code dalam website, via social influncer atau pun dalam magazine tapi FV memang tak laaaaaaa. 

Ada membership price tak?

Takde awak-awak sekalian. Tapi kalau beli apa-apa items dekat FV boleh collect points. 
RM1= 1 points, kalau ada 100 points boleh tolak RM1.00 untuk next purchase. So kumpul points banyak-banyak then guna so boleh jimat. Zalora pulak takde collect points. Kalau nak discount, apply voucer code je la.

................................................................................................................................................

So itu sahaja tips atau guideline shopping yang Vna boleh share untuk membantu korang jimat tang mana-mana yang boleh jimat.Ingat, duit kita hak kita. Mana boleh jimat kita jimatkan. Tips paling penting 

survey,
survey,
survey,
baru beli.
unless barang tuh limited edition so grab je lah jangan pikir lama-lama atau korang akan menangis dibucu katil. LOL! 

Antara FV dan Zalora, Vna banyak membeli dekat FV sebab free shipping,takde GST dan boleh collect points untuk di gunakan masa depan. Tapi dekat Zalora pun beli jugak cuma tak sekerap dekat FV. Kalau sesuatu benda Vna tak confident nak beli tapi nak try, memang akan beli dekat Zalora sebab kalau tak suka boleh mintak duit balik. Kadang-kadang ada dapat voucher code so dapat lagi murah so Vna akan beli dekat Zalora sebab FV jarang sales. Ada jugak certain exclusive brands ada dekat Zalora takde dekat FV begitu jugak sebaliknya. 

Kedua-dua company service cepat zappppppp cuma Vna tak suka Zalora guna service GD Ex. GD Ex area Vna sangat hampeh, suka tak jumpa rumah padahal rumah Vna dekat center bandar, delays penghantaran even bukan peek season, tak call langsung if sesat atau before datang call dulu untuk pastikan ada orang dekat rumah. Kalau FV, diorang mengunakan pengkhidmatan Pos Laju. Kalau lewat sampai parcel pun bukan salah FV, tapi salah Pos Laju. Senang cerita kalau lewat bukan salah FV atau Zalora tapi courier company yang lambat.

Incase ada yang macam tak paham apooooooo lah yang Vna merepek ni tak pahammmmmmm lah, boleh drop comment nanti Vna leraikan kekeliruan itewwww. Happy shopping uols. 

DISCLAIMER: POLISI SYARIKAT MUNGKIN BERUBAH DARI MASA KE SEMASA, MOHON BACA TERMS AND CONDITION ATAU FAQ TERLEBIH DAHULU. 

Much Love, Vna Erman :) 

Thursday, November 23, 2017

Review dUCk Cosmetics : All Eye Ask Smokey Palette

Assalammualaikum,

First of all, nak cakap terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca entry yang lepas pasal drugstore make up products. Tetiba rasa bersemangat nak menulis lagi pasal makeup bila dapat comments positive dari kawan-kawan yang Vna patut menulis lagi. So seperti biasa, anything yang Vna tulis adalah barang yang dibeli sendiri, dan dah cuba berkali-kali dan semuanya review jujur walaupun Vna bukan MUA or expert. So lets start reading!
.....................................................................

dUCk Cosmetics merupakan Malaysian local brands yang dilancarkan pada 2 Septermber 2017 serentak secara online dan offline. Incase ada yang tak tahu dan soalan ni bermain-main diminda anda.........

"Adakah dUCk cosmetics dan dUCk scarves merupakan satu company yang sama?"

Jawapannya ialah, ya betul.

Oh yang Vivy Yusof punya lah eh?

Of course lah.

Kenapa dUCk?

On behalf of Vivy (after read/follow/watch everything about Vivy!) DUCK asalnya dari nama group Vivy dan kawan-kawannya ketika di bangku sekolah. You know zaman sekolah-sekolah kita suka nak ada geng sekepala pastu declare we as bla bla bla camtu. So sempena dengan itu Vivy namakan brandnya sendiri, dUCK. Paham idok?

...................................................................................................................................................

Sebenarnya dah tahu dUCk akan keluarkan cosmetics line sendiri setahun yang lepas melalui youtube video, #BuroBossGirl Episode 1: FashionValet Co-Founder Vivy Yusof . Masa tuh dah OMG OMG habis lah duit akuuuuuuuu. Bila diorang dah ready untuk officially launch to the market sumpah terus jadi tak keruan. Terus tetapkan mental dan fizikal bersedia untuk melihat harga-harga cosmetics dia. Siap main teka-teka dengan Dyra (forever mangsa yang dah sign contract seumur hidup untuk kena dengar cerita pasal dUCk after my sister LOL!). Dua-dua memang expect semua barang-barang dia above RM100. 

And the day has come. Sebagai permulaan, dUCk keluarkan 5 produk iaitu Glossip Girl Lip Gloss (RM 60),  Matte Decisions Lip Cream (RM 75) , No Filter Make Up Remover (RM 100) , All Eye Ask Eyeshadow Palette (RM 135) dan Lipstickwitu Lipstick (RM 70) . 

Setakat hari ni (sewaktu entry ni dikarang) dUCk cosmetics dah launch lagi 2 items under cosmetics line mereka iaitu Hair Mist (RM 70) dan jugak Cosmetics Pouch (RM 90). Melihat kepada harga-harganya ketika browse thru website membuatkan Vna mengambil tindakan untuk tunggu dan lihat reviews dan response terlebih dahulu sebelum beli. Yelah mahal kot untuk kita-kita orang kebanyakkan yang selalu beli drugstore products or other affordable local brands. Walaupun hati berkenan sangat dekat eyeshadow palette dia ku tabahkan hati untuk menahan diri.

After few research, kebanyakkan reviews (via Youtube/FB dan Twitter) mengatakan dUCk Cosmetics ni tak semegah mana. Harga terlalu mahal quality tak seberapa. Hurmmmmmmm......okey hold on tak beli lagi. Tapi sebagai seorang yang dah biasa dengan brand dUCk (khususnya tudung ) jauh dalam hati tauuuuu produk-produk dUCk ada standard quality dia tersendiri. #kalaunaktuhnaklahjugak
Sampai lah satu hari FashionValet buat 30% storewide discount termasuklah brand dUCk (Fyi,dUCk SUSAH GILA nak buat sales!) terussssss rasa this is the right time! Kebetulan pulak masa last day sales gaji yang ku tunggu-tunggu akhirnya menjelmakan diri dalam bank account so yes inilah pentandanya pembaziran bakal bermula. 

"Atleast kalau product dia tak ok, setidaknya beli masa sales kurang sikit sesalan......."
kata nafsu shopping ku!

So finally I got makeup dUCk-ed! *wink wink*

Antara sebab nak sangat eyeshadow dia adalah disebabkan oleh packaging. OMG packaging dia sangat ON POINT! Kebanyakkan reviews sebelum-sebelum ni, kebanyakkan tak berapa setuju dengan packaging cosmetics dUCk sebab terlalu bulky tapi real products cinonet je. Pada Vna, YESSSSS I like it so so so much. Packaging meriah-meriah memang trademark dUCk. Sebagai seorang yang mudah jatuh cinta dengan apa-apa benda yang ber-packaging cantik so Vna bagi 5/5. 



Ini the real product case. Yang gambar lady illustration tuh macam sampul then the real product duduk dalam purple box tuh. 

Ladies, meet the All Eye Ask Smokey Palette!



Untuk eyeshadow palette ada 2 code. Yang lagi satu Nude Palette. Vna prefer yang Smokey version dari Nude version.Eyeshadow palette ini mengandungi Vitamin E dan bebas paraben. Di formulasi di United Kingdom tapi di buat di China. Shelf life product ini adalah selama 3 tahun. Ada 10 warna dalam 1 palette dan setiap satu pan colour tu beratnya 2.8g which is double size dari kebiasaan eyeshadow pan dalam kebanyakkan palette yang dijual di pasaran. No animal testing dan halal. Sekarang dUCk Cosmetics dalam proses memohon halal certificate dari Jakim.


Warna sebenar tanpa sebarang filter bawah lighting bilik. Sorry belum sampai ke tahap rajin nak buat colour swatches so kalau nak tau colour swatches search dekat Youtube ok? 

Ok, mari mulakan review jujur pasal eyeshadow palette ni :

Adakah eyeshadow dalam palette ni senang untuk di-blend?

Seperti yang di katakan dekat kotak packaging mereka iaitu easy to blend, to me yes senang untuk di-blend. Just use your blending brush everything is perfect!

Adakah colours dia betul-betul pigmented?

Malangnya Vna harus cakap tidak. I'm so sorry dUCk but this is my honest review. To me all the dark colours memang high pigmentation walaweyh! Cuma perlu calit sikit terus muncul dekat mata tapi light colours macam mehhhhhhhhhhh apo ni dah banyak kali tenyeh (plus eye primer) masih segan-segan alah nak muncul dekat mata.

Sesuai tak untuk pakai daily or hanya untuk special events jer?

Takde masalah untuk pakai daily walaupun dia smokey colours. Vna memang pakai makeup kebanyakkan waktu siang especially waktu hujung minggu.

Berbaloi ke harga dengan quality?

Ok soalan ni panjang sikit jawapannya. First of all sesuatu company/brands letak harga bergantung kepada marketing strategy mereka, packaging dan barang-barang yang diorang gunakan. To me, Vna faham kenapa harga eyeshadow palette ni mahal nak-nak local product je pun. Masyarakat kita memang sinonim dengan local produk harus murah. Tak salah untuk letak harga tinggi TAPI harus seiring kualiti bukan semata-mata indah khabar dari rupa. 

In term of packaging, macam Vna mention before memang A+ sangat ON POINT. Ok, cost disitu di ambil kira. Secondly, in term of generosity, setiap eyeshadow pan tuh besar kalau nak di bandingan dengan kebiasaan yang ada dekat pasaran (ie: Zoeva ). Sebagai contoh, brand Elianto ada jual single eyeshadow yang beratnya 2.5g berharga RM 9.90 (inclusive GST). Jadi bayangkan setiap single eyeshadow itu digabungkan untuk buat palette, 
10 items x RM9.90 = RM99. So same apply to this eyeshadow palette. Kita assumekan RM99 untuk eyeshadow semata so bila campur tenaga kerja+ packaging sebab itu harganya sebegitu.

TETAPI,

Vna memang setuju dengan review orang lain di luar sana, kualiti eyeshadow sederhana saja. Tak lah teruk tak la wow. Walaupun packaging meletop, at the end of the day product tuh yang paling penting sekali. Ada yang bash kata quality macam drugstores product je tak berbaloi dengan harga, tapi pada Vna tak la seteruk itu. Masih palette yang baik tapi belum ke tahap WOW.
I LIKE IT BUT I DONT LOVE IT. 
SUKA TAPI TAK CINTA
Gitchuuuuuu

Adakah Vna recommend untuk beli eyeshadow ni?

Kalau you baru first time nak beli eyeshadow I would say NO! Go get other palette. Tapi kalau memang dah sinonim/biasa dengan makeup YES, tetapi sebaiknya beli WAKTU SALES SAHAJA! Kalau takde sales suruh emak/sugar daddy/suami/boyfriend belikan. LOL!
Memang Vna mention sebelum ni, harga dia letak ambil kira faktor packaging, labor cost dan KUANTITI product but at the end of the day biarpun packaging dia lawa, produk dia banyak tapi kualiti kurang memuaskan tetap kita akan frust. Buat apa eyeshadow tu kualiti dia banyak tapi kita jarang pakai last-last sampai masa expired tak berguna jugak.

Tapi nak tegaskan di sini, eyeshadow ni bukan tahap teruk sangat. Masih boleh dapatkan eye look yang cantik. Vna sendiri dah pakai 3-4 times before tulis review ni supaya semua review bukan semata-mata dari first impression. Colour Glazed Pretzel (mohon rujuk gambar di atas) paling MELETOP PIGMENTATION DIA WOW WOW WOW PADEPOWWW! 

Nak jugak beli sebab "I am an avid dUCkies like you",. Kat mana eh nak beli?
Kalau menetap sekitar Klang Valley boleh pergi ke dUCk Cosmetics store dekat Pavilion atau Fashion Valet physical store di Pavilion. Lagi satu FV store branch  ada dekat Bangsar Village. Kalau dapat pergi kedai lebih baik sebab boleh test sebelum beli. Tapi kalau duduk jauh seperti ku beli je secara online dekat website Fashion Valet. Free shipping uols.

Overall rating about this product?
Dengan senang hati Vna bagi 3/5.

Nevertheless, I always and forever love dUCk.




Ada tak di antara korang yang dah beli palette ni? Setujukah anda dengan opinion Vna? Let me know ok? Kalau you all ada purchase other dUCk Cosmetics products dan rasa sangat berbaloi untuk try and beli let me know too. Boleh simpan duit sikit-sikit nak beli. LOL!

Much Love, Vna Erman :)

Monday, November 13, 2017

Review dan Sinopsis Novel Ayat-Ayat Cinta 2

Assalammualaikum,

Berkurun weyhhhh tak beli novel. Bukan dah hilang minat membaca tapi muak di sogokkan dengan cerita-cerita yang sama. Sentiasa dengan kisah antara dua darjat, kaya raya tahap tekan suis kipas terus duit berterbangan melayang-layang, angkat tudung saji ada duit, bukak peti sejuk ada duit, tepuk-tepuk bantal lepaih bangun tidoq keluar duit (hiperbola untuk menunjukkan betapa kaya rayanya orang Malaysia dalam drama) Tak cukup dengan tuh, mesti nak kena ada orang ketiga yang tak reti nak move on yang hobinya ialah mengacau percintaan/perkahwinan orang lain. End up akan berlakunya penculikkan, kes tembak menembak kekanda tolong selamatkan adidnda dan pengakhirannya sama ada si jahat busuk hati dengki durjana jadi gila tak pun mampos masuk tanah. The end. 

Herghhhh CUKUPPPP!

Tapi bila satu hari masuk Popular ternampak sebuah novel ni (plus ada discount!) terus tak pikir panjang ambik pappppp jalan terus menuju ke kaunter peluk erat plastik sampai rumah balut terus lepaih tuh menghadap sorang-sorang jangan sapa kacau huh!



THE RETURNS OF AYAT-AYAT CINTA!!!!!

Cerita ni memang fenomena habis weyh sekitar tahun 2007/2008. Ingat lagi masa tuh dekat hostel gila gigih menelaah novel first dia atas katil waktu weekend yang tak dibenarkan balik rumah. Lepaih tuh pulak masa raya lepaih dah balik semula ke hostel (macam raya kelima camtulah) depa tayang pulak filem dia dekat TV3 tudiaaaaa bilik tv dekat asrama toksah cerita penuh macam sardin. Tak boleh move on lagi, download buh dalam pendrive masing-masing (masa tuh zaman pendrive 4GB OMG throwback sangat!)

Ayat-ayat cinta 2 sudah semestinya lah sambungan dari kisah Fahri dan Aisha dalam novel pertama. Hero masih yang sama, heroin pun yang sama, ada few character dari previous novel buat kemunculan macam bapa saudara Aisha, Pak cik Eqbal dan beberapa tok guru Fahri waktu belajar dekat Mesir. Selebihnya semua watak-watak baru. Latar belakang cerita ni hampir ke semuanya di  Edinburgh, UK dan beberapa bahagian di Palestin. Honestly tak suka jadi spoiler. Lebih prefer korang untuk baca sendiri but ok lah reveal sikittttt sinopsis cerita ni yang dikarang sendiri (bukan copy paste dekat belakang novel tak aci ahhh!) khas untuk pembaca blog ku :

Selepas peristiwa Fahri hampir dijatuhkan hukuman mati di Mesir atas tuduhan merogol, Univeristi Al-Azhar mengembalikan semula status mahasiswa univerisiti tersebut kepada Fahri selepas bebas pertuduhan. Dalam novel yang pertama waktu konflik Fahri di dalam penjara sementara, ketika itu Aisha sedang mengandung. Namun yang demikian, Aisha keguguran. Selepas bertalu-talu ujian yang mereka lalui dekat Mesir, Aisha menjadi trauma dengan bumi Mesir lantas selepas 7 tahun Fahri menetap di Mesir, diorang sama-sama decided untuk balik semula ke Indonesia. 

Sebelum kembali ke Indonesia, Fahri berbincang dengan penyelia thesis beliau dan bersepakat untuk menyelesaikan thesis beliau di Pakistan. Selepas setahun menetap di Indonesia, Fahri kembali menyelesaikan pengajiannya di Pakistan selama setahun dan kemudian Fahri dan Aisha terbang ke Jerman pula bagi urusan menyelesaikan pengajian sarjana muda Aisha yang tertunda.

Waktu berada di sana Fahri mendapat peluang menerima biasiswa penuh bagi melanjutkan pengajiannya di peringkat Phd manakala Aisha berpindah ke Freiburg bagi menyelesaikan pengajiannya dalam bidang psikologi sosial.

Di kesempatan itu, Fahri dan Aisha mengelilingi UK dan berkunjung ke Edinburgh untuk mengintai peluang mengembangkan perniagaan keluarga Aisha. Ketika di Edinburgh, Aisha bertemu dengan Alicia seorang wartawan yang jugak sedang melanjutkan pelajaran di situ. Aisha dan Alicia bersepakat untuk ke Palestin kerana Aisha berhasrat untuk menghasilkan novel mengenai anak-anak Palestin.

Aisha memujuk Fahri untuk ikut bersama ke Palestin namun Fahri sibuk dengan urusan pengajian Phd nya. Dengan berat hati Fahri mengizinkan Aisha untuk pergi ke Palestin bersama dengan Alicia. Ketika tiba di Israel, Aisha sempat mengirim khabar mengenai keadaan dirinya sebelum masuk ke Palestin keesokkan harinya. Namun, itulah khabar terakhir dari Aisha. 

Segala usaha mencari dilakukan oleh Fahri namun Aisha masih belum berjaya ditemui. Beberapa bulan kemudian, keluarga Alicia menerima khabar bahawa mayat Alicia berjaya ditemui dalam keadaan menyayat hati. Proses pengecaman dilakukan mengunakan bentuk gigi Alicia kerana tubuhnya sudah hampir tak dapat dikenalpasti. Biarpun Alicia sudah berjaya ditemui, Aisha masih hilang tanpa jejak.

Fahri hidup dalam keadaan tidak tentu arah sehingga lah satu hari datangnya seorang Sheikh dari Mesir bersama-sama dengan Eqbal, pakcik Aisha menasihatinya untuk redha dengan ujian yang sedang dilaluinya. Fahri meninggalkan Jerman buat sementara dan menetap di Edinburgh bersama-sama dengan Pak Cik Hulusi, merangkap driver dan pembantu peribadi Fahri. 

Fahri menenggelamkan kesedihannya dengan melakukan penyelidikan, membaca, menulis dan juga meneruskan perniagaan yang sedia ada. Fahri juga bertugas sebagai tenaga pengajar di Univeristi  Edinburgh berdepan dengan beberapa konflik dengan masyarat barat yang hampir kesemuanya menetang Islam. Dengan keperibadian baik yang ditunjukkan oleh Fahri secara perlahan-lahan berjaya mengubah persepsi orang sekelilingnya antaranya  Brenda, Jason, nenek Catrina dan Keira. Kesemua ni watak-watak baru dalam Ayat-Ayat Cinta 2.

Keira, seorang gadis berbakat bermain biola. Beliau tinggal bersama dengan ibunya dan seorang lelaki bernama Jason. Mereka merupakan jiran Fahri yang berdendam dengan orang Islam kerana satu peristiwa hitam yang berlaku ke atas keluarga mereka. Setiap kali Fahri terdengar gesekan biola yang dimainkan oleh Keira, ingatannya terhadap Aisha semakin menebal kerana cara Keira bermain biola persis Aisha.

Hulya, yang juga merupakan sepupu Aisha yang dahulu masih kecil ketika Fahri berkahwin dengan Aisha. Dia datang ke Edinburgh untuk melanjutkan pelajaran di sana. Dalam pada masa yang sama, Hulya membesar menjadi seorang gadis yang perwatakan dan fizikal seperti Aisha. Berbekalkan pakej berkemahiran bermain biola, Hulya ternyata menjadi bayangan Aisha di mata Fahri.

Salbina, seorang pengemis hodoh yang memberi imej buruk terhadap masyarat Islam di mata masyarat Barat yang menyifatkan Islam itu suka meminta-minta. Atas dasar keprihatinan dan melaksanakan keperluan fardu kifayah, Fahri dengan bantuan pakcik Hulusi, mereka memberi bantuan kepada Salbina dengan niat membantu dan membersihkan nama Islam yang sering dianggap miskin dan penganas. 

Keira, Hulya dan Salbina 
Dilema Fahri dan tiga wanita dalam Ayat-Ayat Cinta 2.
Di manakah Aisha?
.........................................................................................................................

HAMBIK KAU PUNYA SINOPSIS! LOL!

Cerita ni memang dramatik. Bukan typical kisah cinta. Habiburrhaman memang terror habis menulis novel-novel pembangunan jiwa. I love the way dia angkat darjat Fahri dari seorang anak muda miskin dari Indonesia tapi berjaya menjadi yang terhormat berbekalkan ilmu dan akhlak yang baik. I love the way dia cerita keindahan Islam dalam cara yang paling simple. On top of that, dia jugak bijak mempromosikan negara beliau, Indonesia dalam novel ni dari semua aspek cara hidup, budaya bahkan makanan tradisi diorang. Senang cerita novel ni berilmiah tapi tidak membosankan.

The only things yang tak suka pasal novel ni ialah, novel ni kan novel Indonesia jadi penulisan bahasa novel ni for sure dalam Bahasa Melayu Indonesia. Tak sure lah novel yang dibeli ni dah di terjemahkan ke Bahasa Melayu Malaysia ke belum or memang original bahasa Melayu Indonesia. Tapi masih boleh faham jalan cerita dia it just that kalau ada betul-betul full version bahasa Melayu Malaysia lebih baik.

Ok kalau nak tau kesudahan cerita ni macam mana mohon dapatkan novel ni di kedai buku berhampiran anda dengan hanya RM35.90/SM atau RM38.00/SS.

Tapi kalau hampa ialah golongan yang berpinar mata nak baca sebanyak 1004 muka surat mohon tunggu je lah movie dia yang akan ditayangkan pada 21 Disember 2017! Oh, Fazura (my favvvvv) dan Bront Palarae ada dalam filem ni tau. Fazura pegang watak as Brenda (salah seorang jiran Fahri) manakala Bront pula memegang watak sebagai Baruch (watak atagonis yang penting dalam cerita ni).

Tak sabar tunggu 21 Disember.
Seen you soon Mas Fahri!

Much Love, Vna Erman :)

Tuesday, October 31, 2017

Mari Makeup Pakai Drugstore Products

Assalammualaikum,

Ada sesuatu yang nak bagi tau!

PENGAKUAN:

"Pernah tak beli fake makeup?"

"Ermmmmm.......PERNAH!"

Masa tuh malam raya. Memang setiap tahun akan ada bazar Aidilfitri yang panjang gila bukak dekat area rumah. Biasanya akan jengah dekat situ sekali sebab dekat sangat lah dengan rumah jalan kaki pun boleh (tapi boleh berlecak ketiak jugak if jalan). Fitrah seorang budak perempuan haruslah tampil sehabis cantik di pagi raya (walaupun sendu sebenarnya) so macam GATAL pergi survey makeup yang jual secara berleluasa dekat bazar tuh. 

EH RM 25 JER?

Papppppp tak pikir panjang terus bayar untuk sebijik eyeshadow palette tiruan.Masa tuh dah membayangkan betapa seronoknya nak main makeup esok pagi. Cadangnya nak buat sweet sweet look (once again walaupun senduuuu!). 
Selayaknya dengan harga bila try tenyeh-tenyeh (swatches) colour tak pigmented langsung! Tapiiiii sayang weyh walaupun cuma RM25. Kental jugak tenyeh tang mata. After few minutes, mata gatiiiiiiiii OMG jangan buat pasal raya kot RAYAAAAAA! Sepantas kilat remove everything and stick back dengan eyeshadow palette Gold Edition Simply Siti yang memang dah lama pakai dan terbukti cantik warna dia dan boleh lah  tampil persis Siti Nurhaliza sebanyak 0.01%

Padahal bukan takde makeup selama ni ada but you know GATAIIIII NAK TEST! Terus lempaq buang palette tuh dalam tong sampah sambil mengenangkan dengan RM25 boleh dapat dah 2 helai shawls or makan cake Secret Recipe 3 pieces pun lepas dan semua sesalan-sesalan menyusul tatkala melihat RM25 menjunam sia-sia ke dalam tong sampah. Sobs sobs sobs. 

GIRLS,
PLEASE,
SAY NO TO FAKE MAKE UP!
DON'T SUPPORT COUNTERFEIT COSMETICS.

JANGAN PERNAH BELI MAKEUP TIRUAN OMG DENGAQ LAH CAKAP.

Semenjak tersia-sianya RM25 terus tak pernah berpaling lagi. Kalau rasa nak beli makeup tapi poket kurang umphhhhh (no sugar daddy/PTPTN menghantui) just go to drugstores. Sumpah you can get everything that you need dekat drugstore. Murah pun murah dan semestinya ORIGINAL.

Fyi,
DRUGSTORE dekat Malaysia ialah :

Watson (my favourite obviously bias mention awal-awal), Guardian dan Aeon Wellness
SEPHORA/ SASA bukan drugstores! Tetapi ada jugak affordable makeup products. Certain brands or sewaktu kemunculan sale. Tapi fokus kita dekat entry ni ialah makeup products yang senang dapat dan murah di drugstore berhampiran anda. Jangan sesekali pandang hina kepada sesiapa yang mampu/suka pakai drugstore products. Apa yang penting sebenarnya skills bukan products. Walaupun makeup drugstore murah tapi terbukti original dan selamat. 

Sebagai usaha untuk menyedarkan rakyat Malaysia drugstore products tak kurang hebat so Vna akan listkan produk-produk drugstore yang SUMPAH diri sendiri pakai dan terbukti berbaloi beli. Teruskan membaca sehingga ke ayat terakhir. Let get starting (reading!)

SETTING SPRAY

1. BIO ESSENCE MIRACLE BIO WATER


Yes, dekat drugstores memang susah nak cari setting spray. Kebanyakkan brands takde pun. As far as I know brand Sendayu Tinggi ada keluarkan Setting Spray tapi tak pernah try lagi so tak boleh bagi review. Since tekstur kulit muka berminyak terutamanya bahagian hidung, BIO ESSENSE MIRACLE BIO WATER elok untuk bagi kulit rasa fresh dan lembab.  
 Miracle Bio Water ni sekarang ada banyak jenis so boleh pilih yang mana sesuai dengan anda. 

ADAKAH PRODUK NI SERIOUSLY REDUCE OIL/ KECIKKAN PORES?
Tidak, tapi membantu. Bila spray yang pasti your skin rasa fresh dan nyaman. 

PRIMER 

Semenjak meningkat naik trend makeup dekat Malaysia (atas pengaruh social influencer) dah banyak brands keluarkan primer. Kalau dulu boleh dikatakan takde mungkin diorang rasa tak laku kalau jual. Antara brands yang keluarkan primer ialah Sendayu Tinggi, Maybelline, Catrice dan Silky Girl. Ada lagi tapi mungkin Vna tak alert. So far dah try dua jenis primer :

1. SENDAYU TINGGI TEA TREE PRIMER 



SUMPAH BEST!
Ada dua jenis satu lagi Argan Oil Primer, untuk kulit normal. Tea Tree untuk kulit berminyak dan berjerewat. Sungguh sangat-sangat membantu reduce minyak, sangat-sangat membantu cover pores besar macam lubang congkak dan bagi makeup stay dan tak crack. HIGHLY RECOMMENDED! 
Tekstur dia gel dan of course bau tea tree. 

2. MAYBELLINE BABY SKIN PORE ERASER


Sebelum cuba ST punya, memang guna primer ni. Kalau gabung pakai primer ni dengan foundation lain end up dia akan rasa berminyak. Tapi kalau pakai dengan foundation Maybelline Fit Me dia ok. Mungkin kena pakai satu brands yang sama baru work well. Untuk oily/combination skin jangan beli. Tapi kalau your skin dry to normal types yes it is good. Sebab bila apply to my sister skin di mana skin dia jenis dry to normal types/takde masalah pores yes it works very well. So bergantung kepada condition skin masing-masing ok? Masih produk yang bagus cuma tak semua skin sesuai.

ST PRIMER vs MAYBELINNE PRIMER?
Beli lah ST lebih berbaloi. Price beza sikit je. Dua-dua produk boleh beli dekat Watson


BB CUSHION/ FOUNDATIONS

1. SILKY GIRL MAGIC BB CUSHION 



Sejujurnya tak pernah try bb cushion brands lain so tak dapat buat comparison tapi ini kali pertama guna bb cushion dan produk ni memang bagus tersangat bagus. Coverage to me high coverage jugak sebab ada satu minggu tuh tetiba ada jerawat besar SANGATTTTTTT tepi bibir tahap memang menonjol meyakitkan hati. Bila apply terus cover jerawat terkubur terus di bawahnya. Takde topup any concealer products. Yang bestnya dia bagi effect matte which is good for combination/oily skin. Tetapiiiiiii, kalau kita terdedah dengan cuaca panas/ takde aircond dia cair jugak but butttttttt kalau set kan dengan powder lepas apply walahweyh tak perlu risau. Please guna brush sebab lebih senang apply compare guna puff yang dia kasi. 

2. MAYBELINNE FIT ME MATTE PORELESS FOUNDATION


Foundation dia cair tapi bagus untuk normal/combination/oily skin. If pakai dengan primer Maybellinne pun ok, primer ST pun ok. Make up masih stay elok di bawah cuaca panas lillit dan kalau kulit start berminyak after few hours pun still tak nampak berlegaih/berlemuih. Cuma dia tak cover sangat jerawat/pores masih perlu apply concealer. 

3. SENDAYU TINGGI DOLL SKIN FOUNDATION




Antara ke semua foundations yang di review ST Doll Skin Foundation paling high high coverage. Calit sikit pun dah cukup. Tak pakai concealer pun takpa dia covers semua cela kecacian yang ada. Tapi to me kalau nak heavy makeup/dinner/special occasion camtu baru pakai. Sebab effect dia memang WOWWWW AWAK MEMANG CANTIK SEJAK KECIK KE camtuuuuu. LOL! Ada rasa berminyak so memang perlu guna primer sebelum apply lepas tuh set dengan powder. 

CONCEALER


Eh sejak bila NYX ada dekat drugstore? Jangan buntu baca dulu ok?

1. MAYBELINNE PURE CONCEALER MINERAL


Masa mula-mula beli tak suka sebab dia macam tak effect pun pakai dengan tak pakai. Tapi bila dah rajin tengok tutorial dekat youtube baru discover kegunaan concealer. Concealer ni tak cover sangat kecelaan tapi sesuai untuk buat highlight bawah mata, dekat hidung dengan dekat center dahi tuh. Bonus point lagi colour dia sesuai untuk Asian skin sebab more kepada yellow base which is tak lah melepak tak pasal-pasal lepas apply. Easy to apply dan tak senang crack (but make sure set dengan powder!)

2. MAYBELINNE INSTANT AGE REWIND


Ok malas nak tulis panjang-panjang dah berjuta review pasal concealer ni Takyah cakap banyak masuk drugstore terus grab dan bayar. :)

3. NYX CONCEAL. CORRECT. CONTOUR PALETTE 


Just to clarify NYX TAKDE DIJUAL DI MANA-MANA DRUGSTORE MALAYSIA! Tapi kalau dekat oversea brand NYX ni consider drugstore products. Kalau nak beli dalam Sephora ada, the only brands yang affordable dekat Sephora hahahahaha. Tapi kalau nak beli NYX ORIGINAL sekarang tak susah dah. Boleh beli dekat HERMO atau di website Lazada. Tapi Vna suka purchase dekat Hermo sebab selalu discount dan free shipping. LOL!

Nampak tak bekas penggunaan produk disitu?

Concealer ni best sebab lengkap semua so lebih jimat Senang apply tapi to me tak sesuai rasanya untuk dry skin .Ada tiga jenis code untuk light, medium and dark skin tones so senang nak sesuaikan dengan skin korang. Vna memang guna ni untuk highlight dan conceal bahagian kening dengan contouring. Kalau nak purchase boleh klik link ni : 

(Disclaimer : Bukan sponsored post)

Selalu jengah Hermo sebab lagi berbaloi beli bila discount. Vna beli ni masa discount so totally worth it.

 SETTING POWDER/LOOSE POWDER

1. INNISFREE NO SEBUM MINERAL POWDER


Sekali lagi nak clarify brand INNISFREE bukan drugstore products. 
Setakat harini belum ada lagi mana-mana powder yang jual dekat drugstore really amaze me. Semuanya sama and to me membazir membeli sebab end up rasa berminyak. Tapi satu hari MUA famous @nvdism recommend loose powder ni untuk dijadikan setting powder. Dia sendiri gunakan untuk clients. Terus beli dan cuba dan sejak hari tuh tak pernah beli powder lain. 

ADAKAH IA MEMBANTU CONTROL MINYAK MUKA?
Yes, sangat-sangat membantu. Tekstur dia halus. Harga dia cuma RM25 tapi tahan lama. Kalau beli dekat Hermo biasanya RM20 jer. Produk ni memang bukan drugstore products tapi still affordable dan bagus. Kalau rasa nak beli dengan senang hati Vna tolong  attach kan link di bawah:


(Disclaimer: Bukan sponsored post ok? Hermo tak bayar pun hahahahaha!)


EYEBROW

1.  MAYBELLINE FASHION BROW : 3D BROW AND NOSE PALLETE



Macam yang korang nampak ada 3 warna dalam satu palette tuh kan? Warna yang paling gelap sekali dia macam wax untuk bentukkan kening korang, yang bahagian tengah untuk isi bahagian-bahagian kening yang kurang bulu dan warna yang last untuk contouring bahagian hidung. Untuk yang ada kening yang berterabur especially kita orang Islam dilarang untuk bercukur palette ni bagus untuk bentukkan kening. Walau macam mana pun skills tetap perlu ada ok? To me kenapa bagus sebab my brow jenis bulu halus so bila pakai ni nampak lah ada kening dan senang bentuk sebab wax tuh. 

2. ESSENCE LASH & BROW GEL MASCARA


Oh gosh, yang ni best sangat pakai sebab dia jenis clear so kalau korang ada kening berterabur sikat-sikat lepas tuh bubuh taraaaa nampak natural dan teratur. Dekat bulu mata pun boleh apply. Effect dia natural tapi nampak manja-manja appearance bulu mata tuh.

EYESHADOW

Sejujurnya memang susah nak cari eyeshadow pigmented dekat drugstore. Kebanyakannya shimmer lepas tuh colour kalau apply macam segan-segan nak muncul dekat mata kita. Tapi the best product yang korang boleh cuba ialah:

SIMPLYSITI LA COLLECTION D'OR EYESHADOW PALETTE


Yes, ni memang gambar google sebab my product dah pecah tak dapat diselamatkan so terpaksa buang. Tapi serious cakap ni antara eyeshadow palette terbaik yang korang boleh beli dekat drugstore product. Colour dia sangat pigmented and easy to blend. Highly recommended!

EYELINER

Rasanya Maybelline merupakan drugstore brands yang produce the best eyeliner ever. Ok bias, tapi semua my eyeliner brand Maybelline. Dulu pernah pakai eyeline Silky Girl tapi to me biasa-biasa saja. 

Turutan dari atas ke bawah:

1. MAYBELLINE HYPER SHARP LASER LIQUID LINER

Sumpah sesuai untuk beginner yang nak pakai liquid eyeliner sebab tip dia halus dan senang nak apply. Serious dulu tak pandai pakai tapi semenjak Maybelline produce this one terus reti pakai. Colour dia pigmented sangat. HIGHLY RECOMMENDED!

2. MAYBELLINE HYPER SHARP POWER BLACK LIQUID LINER

Ok, to me kalau awak memang betul-betul expert pakai eyeliner baru boleh pakai this one kot sebab tip dia besar sikit compare dengan Hyper Sharp Laser (cap kuning). Colour rasanya tak lah jauh beza sangat. 

HYPER SHARP LASER vs HYPER SHARP POWER BLACK?
Pilih Hyper Sharp Laser (cap kuning) sebab lebih senang application. 

3. MAYBELLINE EYE STUDIO KAJAL EYELINER

Eyeliner paling perfect untuk waterline. Hitam pekat dan paling penting sesuai untuk mata yang sensitif. 

4. MAYBELLINE MASTER EYELINE

Kepada sesiapa yang bermata sepet, nak bagi effect mata besar apply lah eyeliner warna putih di waterline korang. Dulu tak banyak brand yang produce white eyeliner the only yang Vna jumpa from Maybelline. This one is automated pencil eyeliner, creammy texture, senang nak apply. Best best!

MASCARA

1. ESSENCE I LOVE EXTREME CRAZY VOLUME MASCARA



Sejujurnya antara mascara dengan eyeliner, Vna akan pilih mascara. Satu sebab mata Vna kecik. Antara nasihat MUA, Syedewa kalau mata kecik/sepet elakkan pakai eyeliner just apply mascara jer.
So semenjak tau tips tuh memang jarang pakai eyeliner. Selalu lepas apply eyeshadow skip eyeliner hanya apply mascara. 

Mascara Essence ni antara mascara yang best, bagi effect yang tak kurang hebat plus murah sangat harga belas-belas jer. Boleh beli dekat Watson. Easy to remove. Dari bulu mata nan hado terus terpacak waduh-waduh!

2. MAYBELLINE THE FALSHIES PUSH UP DRAMA MASCARA WATERPROOF


THE BOMB!
Tak tau nak describe macam mana mohon try tester dekat mana-mana drugstore terdekat then you will know kenapa dia best sangat.  Tapiiiiiiiiiiiii, sumpah susah gila nak remove even dah guna Garnier Micellar Water pun. Sangat jenuh.

HIGHLIGHT AND CONTOUR PALETTE

SENDAYU TINGGI HIGHLIGHT AND CONTOUR PALETTE



Satu palette yang lengkap ada contour, bronzer dan highlight. Untuk contour dengan bronzer not bad tapi highlighter dia biasa-biasa saja. Bukan peminat highlighter so tak kisah sangat. Pigmentation quite ok. Dia jenis powder so senang nak apply. 

BLUSHER

ESSENCE EXIT TO EXPLORE BLUSH




Rasanya blusher ni limited edition so mungkin certain Watson dah sold out. Tapi if terjumpa mohon beli sebab dia best sangat-sangat. Size dia besar compare dengan kebiasaan blusher yang ada dekat drugstore which I like sebab bila kita pakai berus blusher yang besar tu senang nak grab. Blusher ni sangat powdery, pigmentation sederhana tapi blusher dia besaq gedabak kot so apply je 2-3 times dekat pipi korang. Natural effect. Best best besttttt. 

LIPSTICK

MAYBELLINE LIPSTICKS PRODUCT


Vna tak suka lip products jenis lip cream. Masih kekal klasik lipstick mesti jenis pusing-pusing macam tuh. Untuk drugstore products memang seperti yang korang nampak dekat gambar semua brand Maybelline. Semua colour ni best, matte finish tapi bukan jenis keringkan bibir. Antara colour yang korang boleh try

1. The Powder Mattes by Colour Sensational code Touch of Nude

2. Bold Matte code MAT7 
(lipstick paling cantik pernah ada kalau jumpa stok di mana-mana tolong grab)

3.Colour Sensational The Loaded Bolds code Chocoholic & Fearless Purple

4. Vivid Matte code Vivid 4 & Vivid 9

Ok thats all yang dapat Vna sharekan produk-produck drugstore yang best and worth to buy. Sumpah 2 hari karang entry ni so hopefully bermanfaat dan korang memang baca sampai ke habis lah. Share with me any other products yang best to try?
Pstttttttttt......

TIPS NAK SHOPPING MAKEUP:
Most of the products above beli dekat Watson ketika sales. Kena rajin masuk Watson if possible seminggu sekali (yes I did that setiap kali nampak Watson hahahaha). Kalau kita suka sesuatu products tuh jangan terus beli even product tuh orang kata best best best. Unless kita urgent nak guna so grab je masa tuh. Kalau tak tunggu sales or rajin-rajin diri jengah website HERMO. Most of Maybelline products yang Vna beli semuanya dibeli masa sales sebab tuh nampak macam banyak. Nak shopping kena bijak jugak tau. 


DISCLAIMER:

1. SEMUA PRODUCTS YANG DI REVIEW TIDAK DI BAYAR OLEH MANA-MANA PIHAK KETIGA SO REVIEW/OPINION MEMANG HONEST.

2. SEMUA PRODUCTS BUKAN DIBELI SEKALI GUS (kaya sangat tuhhhhh hahahaha!)

3. TAK SEMUA PRODUCTS SESUAI DENGAN KITA SESUAI DENGAN ORANG LAIN.

Much Love, Vna Erman :)