Friday, August 22, 2014

Mengenang MH17.

Assalammualaikum,

Waktu Vna umur 2 tahun, Abah sambung belajar dekat United Kingdom untuk 2 tahun. Tinggal lah kami 3 beranak, Mak, Abang Vna dengan Vna dekat Malaysia.
Bila tengok kapal terbang, mesti akan cakap Abah! Abah!

Vna tak ingat langsung pasal situasi ini sampai lah Mak cerita masa tengah tengok siaran langsung ketibaan jenazah/mangsa MH17 batch pertama selamat sampai ke Malaysia. All of sudden airmata mengalir sebak terus sebab terasa perasaan keluarga anak kapal dan para penumpang MH17.Mereka rasa macam mana yang pernah Vna rasa 22 tahun dulu. Anak-anak kecil yang tak mengerti apa-apa mesti ternanti-nanti ibu ayah pulang. Mereka dah  selamat pulang, malah dah pulang kepadaNya juga.
Allahuakhbar!

Bila tengok siaran langsung solat jenazah camera focus kepada anak lelaki kepada Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, pembantu juruterbang M17 yang berusia 8 bulan didukung oleh rakan sekerja ayahnya ketika solat jenazah memang menyentuh perasaan not only me, but I believe sesiapa sahaja yang sedang menyaksikan. Heartbreaking :(



Tak kira macam mana mereka pergi, istimewanya setiap satu jenazah/mangsa MH17 terima Al-Fatihah dari segenap dunia. Bertuahnya roh mereka. Semoga mereka di tempatkan di kalangan yang beriman dan yang istimewa di sisi Allah s.w.t
Semoga Allah kurniakan ketabahan kecekalan luar biasa buat semua ahli keluarga mangsa kejadian.
Semoga Allah permudahkan setiap satu urusan keluarga mangsa dalam menjalani kehidupan selepas kehilangan yang tersayang.

Semoga Allah permudahkan semua urusan siasatan dalam mencari keadilan untuk MH17,
Semoga Allah membalas semua kebaikan untuk setiap satu usaha pemimpin kita, pasukan penyelamat kita, pasukan siasatan kita dan setiap satu individu yang terlibat dalam menguruskan perihal MH17.

MH17, sebuah lagi cerita sedih untuk Malaysia.
Damailah kalian disisi Allah s.w.t

#MengenangMH17 #JusticeForMH17.

Salam takziah,
Vna Erman.

No comments :