Friday, August 08, 2014

Cerita Syawal 1435H.

Assalammualaikum,

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin semuaaaaaa! 
Alhamdulillah, selesai sudah ibadat puasa kita & nak masuk almost 2 minggu dah pun kita dalam bulan Syawal. Tahun ni pada Vna tak banyak beza dengan raya sebelum-sebelumnnya. Seminggu lagi nak raya ada lah buat tiga jenis kuih, kemas rumah, pagi raya mintak maaf dengan abah mak abang adik, pergi rumah atuk belah abah, petang pergi belah mak pulak and that's all my 1st Syawal ended. Cepat gila macam everything done zapsssss dah habis 1 Syawal. Korang perasaan tak? Like yesterday baru seronok start puasa poooom dah sampai 1 Syawal. 

Vna sekarang dah kurang aktif dekat Facebook, lebih kepada IG dengan Twitter, tapi masa raya memang memanjang pop up notification masuk from FB so jenguk jugak lah TL. I really don't like to see those post cakap "Bosannnnya raya...." and those similiar things. eh tak best lah adik-adikku sekalian post macam tu. 
Cuba kenang saudara-saudara kita dekat Gaza, 1 Syawal bertarung hidup mati, kita dekat sini bebas gerak sana sini (but still kena be aware with strangers ahh) kenapa tak pergi beraya rumah sedara mara, kawan-kawan yang ada or rumah jiran kita? Kenapa bebudak sekarang rasa bosan? sebab diorang tak pernah rasa that feeling kutip duit raya dari rumah ke rumah. Because nowdays kids dah mewah. iPhone iPad those gadgets depa dapat rasa dengan senangnya. Kita dulu-dulu kumpul lah duit raya kalau nak merasa apa-apa yang mewah SIKIT. 

Budak-budak sekarang mana nak appreciate bila jumpa sepupu sepapat macam kita dedulu. Kita dedulu kalau raya lah best, sebab semua balik nanti main cikgu-cikgu, kahwin-kahwin, masak-masak habis daun kering pun balun masak masuk kuali. Budak sekarang semua main guna jari swipe swipe meh. 
Mak bapak zaman sekarang pun mana bawak sangat anak-anak beraya. Kalau ada open house muncul lah, kalau takda undangan memang budaya kunjung mengunjung di hari raya bakal lesap begitu sahaja.
TREND yang memusnah budaya.

Take your time, hang out dengan kawan-kawan (bukan pergi CC main games) tapi pergi rumah kawan-kawan, throwback zaman sekolah dedulu guarantee takkan terlintas pun nak post "Bosannnya rayaaa...." dekat social media awak. Put away your lovely expensive gadgets, mixed around with your beloved cousin main kejar-kejar or anything nescaya you won't feel "Bosannnyaaa rayaaa...."
Eat as much as you can rendang, ketupat, nasi impit kuah kacang, lontong. semperit, tart nenas, bahulu and semua makananan tradisi raya.  Take my advise ok adik-adik?

Before Vna end kan entry kali haruslah ada sum up photo raya  :)

My 1st Syawal.


2nd Syawal.




5th Syawal


6th Syawal.

Selamat menghabiskan Syawal korang sebaik mungkin.

much love, vna erman :)

No comments :