Sunday, May 27, 2012

Thanks to InTrend June 2012.

Assalammualaikum,

Hari Khamis after class QMT terus shoot balik Perak. Tapi tak terus balik Taiping. Vna singgah & tumpang rumah Dayah semalam. Ktorg ade assignment nak kene buat dekat Ipoh. Malam tuh Mak Dayah baik hati nak bawak ktorg g JJ,Kinta City. Padahal hati nak-nak g JJ station18 tapi takpe takde rezeki.
 Hampir-hampir nak membazir duit yang tak berapa nak ade nak beli blouse dkt SEED tapi alhamdulillah dengar kata akal dari kata hati. Dah nak balik masa tuh tapi tiba2 tergerak hati nak masuk MPH nak checkitdoutttttt new magazine.

Lorh! Intrend jer baru ade.
selak-selak & tiba-tiba!
jeng jeng jeng!


hey terkejut pastu terus jerit panggil Dayah.
memang MPH tuh Abah punya kan.LOL!
tak sangke weyh blog picisan ni dpt masuk InTrend.
alhamdulillah.
Ni yg buat lagi lebih bersemangat nak berblogging tau.

Thanks to Intrend June 2012 team sebab review blog vna!
so korang jangan lupe dptkan InTrend June 2012.
cover girlnya Nora Elena :)


to K-Pop lovers isu InTrend kali ni memang buat anda.
pasti korg akan tersenyum lebauuuuuu :)

till then,
take care.
much love,vna erman ;)

Daulat Tuanku

Assalammualaikum,

Lebih kurang 2minggu yang lepas ktorg (Aniz,Dayah & myself) menerima kunjungan dari tetamu jauh nun di utara sana. Tak sangke weyh ade jugak orang sudi dtg ke teratak buruk kami kat nun di Puncak Alam sana.
hey siapakah beliau?
jeng jeng!
si cantik manis yang semakin slim bak kerengga. DYRAAAAAAAAA!
fyi, dyra ni ex-roomate vna masa kat Prelaw,UiTM Kedah dulu.

Dipendekkan cerita, ktorg sangat tak tahu nak angkut minachi ni berjalan kat mana. Walaupon ktorg student tourism tahun kedua sudeeeh tapi bila nak berjalan:
"Weyh,boring ah...jom jalan"?
check beg duit,resit balance atm.
"Nak g mane?"
"Ntah"
maka solutionya start engine kereta tanpa hala tuju.
the endnya terlepas kami ke Istana Negara lama.
exactly depan pintu pagar besar Istana Negara lama.


actually ktorg bertiga memang dah plan & pasang angan-angan nak pergi Istana Negara lama since ktorg dpt tahu die di open kpd public for pameran diraja. Tup-tup tercapailah impin kami arituh.


Istana Negara lama ni dibuka sempena Pameran Raja Kita. Pameran ni fokus kpd YDPA yang baru iaitu Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai agung yang ke-14.

maka entry kali ni lebih kepada nak share apa yg vna tgk & info yg vna dpt pada korg sume!
hope you like it ;)
okey yang ni merupakan Cap Mohor Besar Raja-Raja Melayu.

Masa tgk tuh terus cakap:"Mak aihhhh kemain besaq cap mohor"
camner diorg angkat.
musykil.

Kalau dulu dekat sekolah kita ada belajar yang negeri Kedah ada dpt bunga emas dari kerajaan Siam kan.
Inilah dia rupa bunga emas tersebut.

Yang ni pulak merupakan pakaian rasmi Raja Muda Kedah. kalau tak clap vna. 

Untuk pengetahun uolz rakyat jelata, Agung kita ni suka akan camera & jam tangan. Ini antara collection baginda.


Yang ini pulak merupakan watikah yang diterima oleh baginda sewaktu menjadi YDPA.
Yang sebelah kiri merupakan watikah yang diterima ketika menjadi YDPA ke-5 pada tahun 1970 manakala sebelah kanan ketika menjadi YDPA ke-14 baru-baru ini.

Yang ini pulak persalinan bagi Sultanah Kedah.

Crown or Replika Gendik(seperti yg tertulis di caption) kalau korang perhatikan dengan teliti ada lambang negeri Kedah. Berat crown ini ialah 205.15 gram.Batu berlian class A & yg terpilih sahaja tanpa ada satu yang cacat digunakan untuk menghiasi gendik tersebut.Berlian ini dikenali sebagai "berlian air biru (blue diamond)" & merupakan kelas berlian terbaik dunia.
Fuhhhhhhhhh!
hanya mampu tdo & mimpi untuk memakainya. tssk ;(


Ini jugak milik Sultanah Kedah. Kerongsang & jugak kalung.

The best things yang buat ktorg teruja sangat2 nak pergi Istana Negara ni ialah nak tgk dgn mata kepala sendiri Balairong Seri di mana segala upacara pertabalan & acara-acara rasmi istana dilakukan disitu.
Ala yang selalu Datuk-datuk dpt pinggat tuh.Haaa kat situ tuh lah.
Taraaaaaaaaaaaaaaa.
dpt tgk depan mata.suke!suke! suke!


We are not allowed to get near. Kalau tak buleh dah berangan-angan bajet puteri raja.tsssk :(
actually takde lah besar sangat Balairong Seri mcm kte tgk dalam TV tuh. Tapi serious awesome.
sepuluh kali dok pose kat depan tuh.pendam perasaan nak duduk kat atas kerusi tuh.

Yeah!

Bila pergi events cam gini baru terasa kerdil gila bila nama-nama YDPA yang terdahulu & asal negeri diorg pon tak tahu walaupon PMR & SPM dpt Sejarah A.
sobs sobs :(
the endnya selepas ktorg berteka-teki tak jumpe jawapan ktorg pon menagok depan TV tuh tgk video kisah raja-raja dulu & susunan YDPA dari yang pertama sampailah skrg. dgn baik hati vna nak share dgn korg jugak. take note pengetahuan am niyh!





basically tak rugi pergi ke pameran cam gini okey. ade bende yang kte dah sedia tahu tapi terlupe boleh recalled balik. Ada new info kte buleh dpt. Yg paling penting dpt pupuk sifat sayangkan negara kita. Pada yang jauh tak dpt pergi mungkin gambar2 yg vna share ni dpt bg gambaran lah.Pada yang ade kesempatan pergilah ke Istana Negara lama ni. Info seperti tertera:


selepas berkunjung ke sana anda pasti akan lebih patriotik lagi.
take care & good nite!

much love,vna erman :)

Monday, May 21, 2012

Johor Premium Outlet (JPO)

Assalammualaikum,
Arituh, erm adelah dalam beberapa minggu yang lepas kan vna pergi JB for second time. Pergi sane bukan joli katak bajet dilahirkan sebagai anak gabenor bank negara okey. Pergi sana cari bahan assignment mengenai Danga Bay. Alang kepalang besties vna bawaklah pergi Johor Premium Outlet.
Cececewaah,kte nak bajet poyo dah sampai sane weyh.
(scenary JPO waktu malam. siap pergi waktu malam & siang tau)

Basically to those yang tak tahu apa itu Johor Premium Outlet, ni nak habaq mai kat hampa la ni. JPO ni merupakan new shopping complex kat Johor. Pe bende yang special sangat pasal JPO ni? Okey, JPO ni more kepada concept open shopping complex. Kirenya die terbuka takde bumbung. Kalau tgk syiok shopping beribu riban tup-tup hujan membasahi bumi maka kebasahanlah anda.

Kat JPO ni sume barang-barang branded. Ade Guess, Coach, Versace, Armani & etc. Memang lah semua brand-brand ni available dekat KL but then specialnya butik-butik ni dekat JPO ialah DISCOUNT!
yes, discount bebeh!
every single butik buat discount everyday. discount dia extravaganza drpd tempat lain.
so vna nasihatkan pada yang suka nak beli barang-barang branded ORIGINAL boleh lah datang sini.
serious harga yg di offer PERGHHHH!
pergi sini make sure poket kembung. Kalau tak jadi cam gini:

memandang dari luar lantas pendamkan hasrat dalam hati..........
lantas berkata: Glurp! aku takde duit rupenyaaa.....
tsssk :(

Memandangkan frust tertongeng hanya mampu beli cardigan sehelai jer kat JPO maka request dkt Aniz nak-nak pergi Puteri Habour. Request konon padahal memang dah plan dlm schedule nak pergi sane pon. ghee ;)

Duduk santai-santai tgk yacht, tengok orang photoshoot gambar wedding, pastu kte plak pose perasan sendiri sampailah sunset. sempat jugak bergambar dgn besties bajet cover EH! magazine. 

EH!
ada gaya tak?
yes I know Dayah vogue disitu.
Aniz the divas menyerlah jugak.
saya biasa-biasa saja. tssk.


Basically trip to JB for second time sangat awesome!
3hari 2malam kat sana asyik gelak dengan gelagat Mak Jarah (Aniz's Mom) yang superb duperb super spontan. Tak leh nak describe dgn kata-kata. Serious lawak. Cukuplah stay 3hari jer. Kalau sebulan duduk sane mahu masuk Hsptl Tampoi jadi geng Kluang Man terus.
anyway, a bunch of thanks to Aniz & family for the hospitality, bawak balik kampung jalan2 & semuanyalah. Ada rezeki sampailah lagi ke JB :)
mungkin ketika itu Aniz akan diijabkabulkan. Yes, mungkin......
jeng jeng!

take care readers & good nite :)
much love,vna erman :)



Saturday, May 12, 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012@PWTC

Assalammualaikum,

Walaweyh gila lame tak update blog.Fuh,fuh!
banyak story nak habaq mai kat hampa ni tapi cheq dok busy la seminggu dua ni haaaa.
takpa,takpa cheq cherita dulu bab cheq p pesta buku 30 Mei arituh. nak dengaq dak?

Dengan kesungguhan & kecekalan hati yang meronta-ronta nak dapatkan latest novel karya Siti Rosmizah pulun lah pujuk dua jelitawan Malaysia Cik Aniz & Cik Dayah kte yer g PWTC nun hah. Memandangkan makin nak hujung-hujung semester ni kan makin makin gawat lah ekonomi masing-masing maka ktorg decide pergi PWTC dgn public transport. Sangat menyahut seruan kerajaan tau!

Gila lama sungguh lah nak sampai PWTC tuh haaaa cheq habaq mai. From Puncak Alam ktrog park kereta dlm kampus ambik bas rapid U90 menuju ke Seksyen 2,Shah Alam. Sampai situ tunggu plak bus rapid U80 kemain lame. Time-time tulah abang rapid tuh nak tunjuk macho sapu-sapu dlm bus. Naik bus tuh untuk ke LRT Asia Jaya.Beli token terus menuju ke Masjid Jamek. From Masjid Jamek tukar ambik Star LRT untuk menuju ke PWTC. Akhirnya sampailah kami kat sana. 2jam nak habaq mai kat hampa tau perjalanan kami nak p sana. Pulun kan?

Yeayyyy, alhamdulillah jejak lagi kaki kat PWTC for 2nd time.
Last year pon pergi gak. 

Di sebabkan ktorg naik public transport maka tak buleh la nak lame-lame cam last year belek-belek novel seketul-seketul kan. Kalau lambat-lambat lemah gemalai sah-sah lah tak dpt bus nak balik Puncak haaa menganga lah kat PWTC tuh sampai esok. Target nak beli novel Siti Rosmizah so terus terjah booth Popular sebab Popular jer jual buku Siti Rosmizah. Alhamdulillah rezeki dapat jumpa lagi sekali dengan Siti Rosmizah.
"akak nak signnnnnnnnnnnnnnnn ;)"



Novel baru dia ni pon tebal kemain mcm 7Hari Mencintaiku. Serious tak sabar nak baca. 

Dah selesai target teruskan misi cari novel yg Erleen kirim beli. Kirim pakai airliur lah kan. Cari punya cari punya cari akhirnyaaa dapat tapi satu jer lah sebab ada novel yang die kirim mcm stereotaip sangat so akak dia cakap TAKPAYAH BELILAH a.k.a AKAK TAKDE DUIT LAH!
ahaks!
tajuk novel adik vna kirim ialah Suami Aku Ustaz karya Hannah Dhaniyah terbitan Karya Seni.

Basically ktorg kat situ almost 2jam gak lah. Padahal beli 2novel jer. Ahaks! 
gila papa kedana. Bezanya tahun lepas vna pergi dengan tahun ni last year vna pergi orang tak pack giler mcm this year. This year punyalah ramai umat Muhammad kat situ. Tak kurang hebat abang-abang jantan macho gagah perkasa pon pulun angkut bakul pilih novel weyh. Kalah akak tau!
One more things tahun ni pon KURENG discount compare last year. kire mcam tak byk privilege sangatlah pergi pesta buku tuh. Pada vna diorg should give extravaganza discount sebab this event, event yang besar kan. Pesta buku terbesar di Asia Tengara kalau tak silap vna. Betulkan kalau info vna ni salah yer.  So orang pergi sana mestilah excited nak borong buku especially novel lah. Ni setakat discount celah gigi same jer kalau pergi bookstore baik tak payah kan. Ni opinion vna lah. Kalau last year ade beli novel berpakej. 3novel pada harga sekian-sekian. Kire berbaloi lah nak beli banyak-banyak. This year dah takde cam gitu.
nampak benor frust sangat kau vna!

Moral of the story simpan duit jangan suka membazir. Nanti ada pesta buku tahun depan boleh borong banyak-banyak tak kisah discount sikit ke banyak. Boleh tuang minyak kereta sampai full tank, isi topup touch & go byk2 tak perlu lagi jumpe abang rapid.

sekian.
take care ladies & gent.

much love,vna erman ;)