Monday, December 31, 2012

.fantasy.

 Assalammualaikum,

currently Vna dah seminggu study week. well, paper start lmbt so dptlah merasa lebih kurang 2 minggu study week. persoalannya kau study ke Vna? Gurlp! big smile : ) : ) 

before balik Taiping arituh sempatlah me-rewardskan diri masing-masing atas usaha & kesabaran mengharugi semester 5. Alhamdulillah so far semua assignment, assessment, test & segala-galanya dah settle. so well all sekalian decided nak pergi bergambar suka-suka syok sendiri dgn beberapa classmate kacak & cantik sekalian. plan beria dah weyh berminggu-minggu tapi last mins ahli-ahli yg nak berphotoshoot suddenly ada hal yang tak dapat dielakkan so terpaksalah cari mende lain nak reward diri sendiri. still jugak stick to plan yg asal which is nak bersuka-suka bergambar cuma ahlinya tak cukup & lokasi yang berbeza.
hanya kami bertiga, saya Vna Erman, Aniz & Qila. classmates merangkap housemate juga.

Ke manakah lokasi pilihan kami kali ni? cewwwwaaahhh. cepat teka. clue di bawah :
yeayyy! The Curve jadi pilihan. katenyeeee ;)

actually after plan asal tak menjadi, Aniz tanya dkt Vna where should we go? so Vna pon request nak makan sedap2 ahhh. tak dpt shoot makan meatballs pon best. lepas tuh beberapa hari b4 that ada terbaca pasal deco untuk christmas dekat a few shopping complex kat KL. usually ktorg suka pergi MidValley lah sebab deco Mid selalu superb fantastic bebeh. katenyeee...tapi malasnya nak pergi sana kena menghadap jemss strawberi dekat federal highway tuh hah, dengan nak cari parking payah gila so we all decided makan di IKEA & jalan-jalan di The Curve sudah :)


walaupun teringin ya ampun nak makan meatballs seriously 5bijik jer mampu. kalau bagi lebih-lebih memang tak mampu nak habiskan. serious salute sapa yang gagah nan perkasa makan 10biji hatta sampai 20biji. bravo bro lu memang hebat ahh.
di sebabkan nafsu makan superb tak reti-reti nak mencekik satu menu ja so order lah 2 chicken wings.
lepas tuh terkulat-kulat rasa nak menagis sebab nak bagi habis. Vna main tipu kasi dekat housemate makan. hahaha. sumpah full house sudah perutku ketika detik & saat itu. korang nak tau satu mende tak? Vna lately ni macam tak reti kenyang. perut macam tak reti bahasa sikit. macam ni maksudnya....makan dah sebeban alam ni kejap lagi kan dalam 2 jam macam tuh lapar balik. sangat-sangat melampau okey perut ni. mana semua makanan pi tak taulah. kadang-kadang malam-malam buta time-time nak tidur mula lah ringtone dalam perut ni nak berbunyi sakan. geram tau tak geram. padahal dah bagi makan. orang selalu assume Vna & Aniz tak suka makan/kurang makan padahal ktorg lah manusia yang superb bapak gila melantak tak hengat dunia. serious kalau korang tengok ktorg makan sumpah semua orang akan mengucap panjang.

after makan perut dah kenyang burrpppp alhamdulillah so ktorg gerak ke The Curve which is sebelah jer kan. masing-masing tengah papa kedana masa tuh so pandang perkatan sales dengan geram & menagis dalam diam dalam hati. tssk :(
bagi mengubati duka tak dpt bershopping semeriah mereka yang lain di situ maka ktorg decided untuk menghiburkan diri dengan bergambar di deco christmas yang temanya tahun ni ialah FairyTale.

konon-kononya bedebushhh dari angkasa jatuh ke bumi.katenyeeeee....

katenyeeee lagi....

spotted,purple.

diva kita, Cik Aniz. ada cerita okey arituh. memandangkan masing-masing nak bergambar & nak perasan arituh kan so kalau orang ni bergambar orang ni kena tolong ambikkan. kiranya gilir-gilir lah. nasib ahh kalau dpt angle cantik boleh ahh meloncat-loncat gambar cantik kan. kalau tak tertungging-tungging golek lah cari angle. masa si Aniz tengah nak snap gambar Vna suddenly ada seorang orang Jepun ni (ktorg rasa dia Jepun form loghat dia bercakap) nak ambik gambar si Aniz. fuyoooooo Aniz ada peminat from Jepun uollsss. yang si Aniz malu-malu alah tak mau. Tapi si Jepun ni gamaknya dah jatuh cinta pandang pertama terpaut hati di taman fantasi so die ambik jugak gambar si Aniz dalam rela terpaksa. Vna kat situ tak tahan gelak.
well Aniz, kan aku dah cakap ko kan Yuna tak nak percaya. terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu..ewaaaaahhhhhh ;)

And dalam banyak-banyak gambar ktorg shoot arituh this picture was the best adorable shoot ever by Aniz. Sumpah I memang nak perasan yang I kelihatan ala-ala Snow White di situ. maafkan saya kalau anda rasa nak termuntah dua baldi. 
Once upon a time...................(fill in the blanks with ur own description)
babe, this was totally superb duperb awesome. miracle sangat tangan awak cik Aniz.
dahlah cantik orangnya ambik gambar pon superb hebakk. no wonder si Jepun suka awak. auwwwhh :)

so, itulah cara ktorg me-rewardkan diri masing-masing.well, kalau banyak duit masa tuh ktorg sure sah,pasti & yakinnya akan ktorg shopping tapi economic tak mengizikan so lepas tuh ktorg pon pulang ke rumah sewa semula & mengemas barang-barang nak balik ke hometown masing-masing keesokan harinya.
sekian cerita fantasi kali ini. sehingga berjumpa lagi.

good nite & take care everyone :)
much love, vna erman :)

Thursday, December 27, 2012

Najli's & Aniqah's birthday!

Assalammualaikum,

Dan sesungguhnya tiga entry berturut-turut pasal birthday di blog ku ni. ya ampun! promise ini yg terakhir for 2012 :)

well, on 15 Dec, Mak Tam invite Vna dtg umah die dkt Klang, which I think lama gila Vna tak pergi area Bkt Tinggi tuh. serious lama sangat ahh Vna tak visit family Pak Tam Vna eventhough duduk area Puncak Alam jer pon. well, still jauh jugak actually that's why lama sangat tak pi. so berusaha sedaya upaya siapkan kerja setakat mampu then ajak lagi 2 org housemate join makan freeee sapa tak mau :)
masa misi mencari hadiah utk najli :)

ktrorg sampai lewat jugak masa tuh. almost nak maghrib. mana nak siapkan kerja, mana nak menghadap jems starwberry segala. but still alhamdulillah sampai jugak. ktorg serious lapar tahap gaban masa tuh sebab one whole day hanya lapik perut dengan maggie yang kasi gugur rambutku itu :(
dalam kereta masing-masing predict menu mendelah yang MakTam Vna buat. sorang teringin nak makan inilah sorang teringin nak makan itulah & yg pasti masa tuh ktorg sangat-sangat teringin gila nak makan roti jala.

sampai-sampai jer masa tengah salam dengan semua org si dua ekor umat ni dengan muka terujanya mai dekat Vna suruh cepat-cepat salam sebab depa sempat intai menu atas meja makan ada roti jala.Oh man doa ktorg dimakbulkan. dek kerana ktorg sangat seronok tengok makanan yg superb lazat mengoda iman maka Vna cuma ambik gmbr dgn birthday boy masa nak balik jer. teheeee :)
akak sedara yang lupa daratan bila tengok makanan ginilah jadinya!
happy birthday dear Izzat Najli :)
semoga panjang umur murah rezeki, membesar dengan sihat & cerdiknya
Amin :)
love love love!

masa dekat birthday si Najli ni Vna sempat berkenalan dengan seorang budak perempuan superb cantik namaya Kamarina Jasmin or Kama :). Kama ni kalau tak silap cousin kpd Najli side Mak Tam Vna kot. serious dia comel omel-omel habis. masa ktorg ajak dia bergambar sempat lagi tau gi touch up lipstick.
btw, dia baru 4 tahun yerrr tuan-tuan & puan puan :)


pretty Kama :)

then the next weeknya Vna balik Taiping after 5 weeks menahan sakitnya homesicknya. tssk.
balik-balik Taiping hujung minggunya ktorg plan nak buat surprise birthday untuk si kenit Aniqah :)
well seperti tahun lepas Vna lah yang jadi tukang cari kek & hadiah. yeah, si kenit still request hadiah yang sama which is barbie doll. again!

ktorg buat simple jer sebab ni advanced birthday surprise. supposedly birthday dia 28 Dec tapi ktorg awalkan sebab dia balik Taiping awal. ktorg konon-kononya beli kek segala nak buat birthday uncle Vna. yg si kenit ni dengan confidentnya pegang hp dia nak rakam that moment. tup-tup dia tertipu. kuang kuang kuang :) :) :)





habis hatilah dpt barbie doll yang kahwin punya. awal-awal dia request dkt Vna tau. eh eh gituuuuuu request hadiah awal-awal tau. dia actually nak barbie kahwin siap ada dengan heronya. tapi malangnya masa Vna cari tuh takde jantannya. so ini jer yang sempat ktorg jumpa dlm masa yg sangat-sangat singkat sebab surprise ni last minute plan.

happy birthday Nur Aniqah :)
yes, esok the real birthday dia, 28 Dec.
adik, semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik :)
belajar rajin-rajin okey!
akak sayannnnnnggggg adik.
muuuuuahhhhh :)

promise after this Vna update cerita lain okey. no more story pasal birthday. currently Vna tengah study week. soon I will update pasal fantasy!
stay tuned!
take care uolss :)

much love, vna erman :)

Tuesday, December 18, 2012

.officially 22.

Assalammualaikum,

Masa kecik-kecik dulu tak pernah nak merasa sambut birthday dengan kawan-kawan dekat sekolah. Takde maknanya nak buat party meriah-meriah bawak goodies bag isi cekelattt tiup kek hello kitty bravo! bravo! oh yeah gituuuu. well, lahir bulan December bulan cuti sekolah memang sampai ke sudah takkan merasa. tssk :(

Bila masuk Asasi dekat Kedah for the 1st time sambut birthday dengan kawan-kawan. yes for the 1st time in my life. Vna still ingat lagi sampai sekarang masa tuh dalam bilik dekat hostel once pukul 12 tengah malam besties & fabulous roomates datang nyanyi lagu birthday. oh man totally touched! Berjujuran airmata gituuuu sebab terharu. menangis jugak sebab 1st time sambut birthday berjauhan dari keluarga. #galaksangat 
Masa arituh jugak 1st time jadi mangsa prank birthday. Dengan confident nak kenakan besties sorang lagi kononya sebab birthday dia arituh time ktorg cuti sem,so naik sem haruslah bedebushhh kasi tepung sama dia. Tapi ktorang lagi advance bukan takat tepung, siap kunyit, kari, kurma & segala jenis bahan masakan serbuk ktorg borong. Di pendekkan cerita time Vna tengah lempaq tepung dekat member Vna tuh bedebushhhh diri sendiri pon kena jugak. bapak gila pedih habaq hang mata masuk kari. Memang jadi daging berempah malam tuh. such a sweet memories ever after!

Bila naik degree yes merasa lagi sambut birthday dengan kawan-kawan without family disisi. Tahun lepas kejutan masa tengah ada activity dekat Janda Baik. nagis jugak masa tuh. takde keja lain kan. terharu nak buat macam mana. this year once again terima kejutan lagi.

birthday Vna tahun ni jatuh hari selasa bersamaan birthday sultan selangor. so masa malam birthday tuh vna duduk dekat ruang tamu dekat depan pulun sakan siapkan notes utk subject professional development yang gila bapak banyak gilass sampai boleh juling mata baca buku teks yang tebalnya kalau baling dekat anjing terus anjing tuh jadi gila. tepat pukul 12 tgh mlm tengah2 bersekang mata nak pulun bagi habis atleast 1 chapter mlm tuh alarm reminder aniz bunyi. terus Aniz wish happy birthday sambil peluk vna then sambung buat notes balik.tiba-tiba........

Sorang classmates Vna, Push nama dia kononnya kereta lala tuh nak rosak then mintak tolong ktorg. so Aniz mintak Vna temankan dia sebab dah malam kan. so dalam rela terpaksa mengomel2 apalah Push ni kereta nak rosak ahhh bla bla notes tergendala bla bla bla pakai tudung sarung sweater muka sememeh lantak ahhh pi lah jugak dekat kedai makan yang kononya kereta Push rosak kat situ. Dalam perjalanan nak gerak tuh Vna mcm wondering kat kedai makan tuh kan ramai orang apa kes nya nak mintak tolong ktorg. Dah ahh ktorg pompuan sah-sah lah ape sangat ktorg reti. Vna memang out 100% tak tau pasai kereta. tau naik kereta ja. 

Sampai kat lokasi cewaahhh semua berlakon baik punya. Vna pon rileks duduk kat kedai makan dgn Aniz & Man (classmate merangkap pelakon jugak) sebab Vna memang tak tau lgsg pasal kereta seriously. Tengah dok tunggu-tunggu ni jap lagi Vna ternampak si Qila (classmates merangkap housemate) eh ape hal tiba-tiba minah ni boleh ada kat sini siap pegang DSLR & dlm masa yang sama dari side kiri Vna tiba-tiba Izhar datang bawak kek. Oh myyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!

TIPAH TERTIPU...........
masing-masing pon mengeluarkan vokal.......

totally touched seriously. 
but this time jiwa kental tak nagis. but still terharu :)
sweet sweet sweet classmates!

make a wish :)

alhamdulillah, panjang umur. officially 22 years already!

 birthday girl with Push, Man, Aniz & Qila

 again birthday girl with Push, Izhar, Aniz & Qila

memang masing-masing dengan baju tidur muka sememeh pon boleh.
tudung hitam ja semua sebab dah malam takde kuasa nak bersiap segala.
ok tahu tema birthday mlm itu ialah baju tidur. birthday kau ade? gituuuuuu ;)

si master plan. thank you darls!

dia ni memang sumpah tak boleh blah ntah macam  mana dia bergerak pantas sampai kat lokasi sedangkan masa Vna & Aniz keluar dia kononya dah nak tidur dah masa tuh. kereta dia yg selama ni vroom vroom mengaum tuh pon boleh Vna tak dgr tup tup da de kat lokasi kejadian.


non stop gelak bila dengar cerita plan diorang nak buat surprise dekat Vna ni. seriously superb lawak.
paling paling paling lawak semestinya si Izhar. dia stunt man pembawa kek superb lawak di dunia.

pelakon-pelakon hebat malam kejadian.
deserved to win Anugerah Skrin :)

thank you korang. thank you so so so much. this year last year dpt merasa sambut birthday dengan surprise segala. tinggal lagi satu sem jer lagi nak together2 dengan korang :(
Insyaallah aku ingat sampai bila-bila this memories. kalau dah lupa masa tua bukak balik blog baca. 
forever love & friendship forever. 

Last but not least,
Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah sebab kasi peluang 22 tahun menumpang dekat bumi ni.
To Abah & Mak thank you jagakan Ena selama 22 tahun. cukup makan, cukup pakai, melimpah ruah kasih sayang, non-stop support & everything form both of you. ena sayang ketat-ketat dekat Abah dengan Mak.
Abang, Adik & dear family members sekalian, u guys are my heartbeat. love, love, love!
kawan-kawan yang wish birthday via sms, FB, Twitter, live depan-depan oh man once again thank you. love & hugs.
semoga doa-doa korang dimakbukan Allah. amin.

take care & gud nite everyone!

much much much love,
vna erman :)

Friday, December 07, 2012

Zalikha Birthday's Suprise!

Assalammualaikum,

Hello December :)
wink wink!

Pejam celik gosok gigi mandi siap pergi class dengar lecturer membebel bla bla eh eh eh dah masuk bulan 12  sudahhhhh. Oh man FINAL EXAM! Bakal menjelma di kampus berhampiran anda. stay tuned!

Besides kisah final exam di bulan December ni  ada benda lain jugak happen dalam bulan ni. Well, seperti tajuk yang korang baca kat atas, I guess my dear readers dah mampu agak definitely ada someone birthday kan kan kan kan...& yes, u'r right :)

5 December yang lepas birthday bff Vna since sekolah rendah lagi. Rasanya dah banyak kot entry-entry pasal si Zalik dalam blog Vna & tak payah ahhh Vna nak kena introduce banyak-banyak kali. Pada yang tak tahu  korang boleh check it out entry-entry Vna zaman kuno-kuno dulu  kalau ada masa eh :)

Nak dijadikan cerita masa arituh Vna punya class cancel sebab lecturer ada conference. Dah lah memang arituh class ada satu ja, kalau cancel maka merdeka! merdeka! merdeka! dpt off day free-free gitu jer. since takde class ingatkan nak buat discussion pasal video untuk assignment. due date lagi 2 minggu tapi habuk pon tak siap apa lagi. *adik-adik jgn tiru aksi ini di rumah ye*
tunggu punya tunggu punya tunggu tup-tup one of group member tak boleh nak join sebab dia ada consultation dengan lecturer. so memang free ahh arituh. lepas tuh kebetulan lagi petang tuh memang dah plan awal-awal masuk schedule nak pergi Shah Alam cari Nasi Kerabu dekat pasar malam sek7 sebab Puncak Alam takde org jual nasi kerabu. Vna & Aniz memang gila teringinnnn nak makan so tekad jer ahh turun Shah Alam.

Dah alang-alang nak pergi Shah Alam terus zassssssssssss dapat idea nak buat surprise dekat Zalik. Dengan bantuan kawan yang rapat dkt Zalik dekat fac, cik Ayu cantik (ikhlas pujian & tak tipu punya) buat plan nak terjah Zalik. Nama pon plan mengejut so tak sempat nak cari hadiah beria bagai. Plan cuma nak bawak cupcakes comelsss-comelsss ikat dengan ballon pastu taraaaaaaaaaaa Happy Birthday gitu jer. Cam tak best kan? tapi tu jer mampu fikir. tssk. so pas Asar dengan bantuan bestiesku, Aniz ktorg pon gerak ahh pergi Shah Alam. sepanjang perjalanan Ayu keep text update. Dia pesan banyak-banyak kali cepat takut tak sempat sebab kelas diorang start pukul 6ptg. 

Dengan jalan sesak dekat Meru tuhhh haaa alhamdulillah withins 40mins ktorg sampai sek7. Before datang Shah Alam dah google siap-siap bakery shop mana ada jual cupcakes & kat sek7 ada. Nak dijadikan cerita pusing punya pusing punya pusing gerammmmm gila TAK JUMPA KEDAI! Last-last masuk Secret Recipe. Ayu keep message kat mana kat mana. Memandangkan budget nak beli cupcakes tak serupa seperti harga sebijik kek besauuuuu di Secret Recipe so Vna hanya mampu bagi kek yang kecik jer. tssk. 

Done! misi nak kejutkan zalik bermula............

Masuk-masuk kampus Shah Alam seperti semua sedia maklum bapakkkkk gila jams strawberry!
Dah lah memang kampus tuh hari-hari biasa memang dah jams strawberry di tambah pulak dengan convocation day bertambah-tambah jadi double jams starwberry. grrr!
Dah dapat parking pulun pulak kena naik tangga Batu Caves nak pergi fac Mass Comm. Oh man ketaq habis lutut habaq hang. Sampai-sampai Ayu dah sedia menanti rasanya dah sekian lama kot. Dia guide Vna & Aniz nak pergi ke class diorang. Mula-mula ingatkan nak surprise dekat cafe fac diorang jer alih-alih dah ktorg sampai lambat diorang dah masuk class nak tak nak kene jugak pergi class diorg. Jenuh cakap dengan Ayu yang Vna sumpah gila segan nak mampuih dengan classmate diorg. Tapi Ayu dah tolong Vna awal-awal  inform classmates Zalik yang lain yang Vna nak dtg buat surprise. Tapi still malu jugakkk. yelah dah la orang asing pastu nak buat havoc dalam class diorg plus bawak kek dah ahhh kecik co'et.
whuarghhhh demi nak surprisekan Zalik ku gagahi jua. huhu.Nasiblah baik lecturer diorang tak masuk lagi masa tuh so senang sikit. That's why lah Ayu keep text Vna suruh cepat & cepat sebab kalau lambat sikit sah-sah lecturer diorang dah masuk.

Dengan langkah kaki yang mengeletar ku gagahi masuk class Zalik dengan seribu perasan malu tak terhingga.
Once Vna masuk classmate Zalik yang lain terus tolong nyanyikan "Happy Birthday to youuuuu...."
Vna mula-mula tak nampak tau manalah si Zalik ni kan. Jap gi Vna dengar dia jerit "ERVIENA........!!!!"
terus Vna rasa sebak. #eh macam aku yang kene surprisekan# 
Jap gi si Zalik pon pakat sebak jugak. Dia dok nagis sebab terharu. 
YES, MISSION ACCOMPLISHED :)

Mujurlah classmate Zalik superb sporting tolong snapkan gambar. Vna memang lupa habis nak ambik gambar padahal dalam kereta memang dah teringat. Vna mintak si Zalik emailkan semua gambar tapi dia tak hantaq-hantaq lagi. so hanya mampu publish gambar yang di tagged di FB jer dulu.
overall hari kejadian. see zalik sebak. tssk.


Vna, ada jugak Aniz di situ with Zalik & her superb sporting classmates. well Ayu yang sebelah Zalik tuh (yg tinggi & silang tangan). serious kalau tanpa bantuan Ayu memang semua plan ni tak menjadi. walaupon Vna dah cakap thank you dekat Ayu arituh tapi takpelah nak cakap jugak lagi thank you, thank you, thank you so so so so much. semoga Allah membalas segala kebaikan ko. hugs!
tak lupa jugak kepada bestiesku, Aniz si vivalova sebab wiling nak bawakkan Vna pergi fac si Zalik ni. orang penting jugak dalam plan ni. kalau dia tak tolong memang tak akan menjadi.

& to my dear Zalikha Zamri, ya ampun ni jer yang kami mampu buat. kalau zaman sekolah-sekolah dulu semangat nan waja buat hand made birthday card lah, kasi hadiah segala tapi for your 22nd birthday hanya mampu kasi surprise segini dengan cake & ballons ja. tssk. May Allah bless you with bright & successful future. harap-harap kita dpt grad sama-sama nanti. hope friendships ni keep strong and last forever sampai syurga. amin.
tak lupa jugak classmate Zalik atas cooperation korang! billions of thank you.

Last but not least,


Alhamdulillah :)

kepada sesiapa yang lahir dalam bulan December happy birthday too.
take care everyone!
have a blissful weekend.

much love, vna erman :)

Sunday, November 25, 2012

The Saga Ends ( Breaking Dawn Part 2)

Assalammualaikum, 

Last week minggu yang agak busy tapi tidak dapat ku bendung adrenalin rush ku ini nak tengok 
TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2. Oh mannnnnnn....
Berkawan dengan si gila Aniz the hard-core fans of Twilight bahananya ialah dengan Vna sekali terjangkit Twilight fever tuh. Seriously Vna amat kurenggggg tengok cerita orang putih ni. Bukan tak tengok lgsg tapi kurang minat. Harry Potter, Iron man, Transformers, James Bond memang say hello & good bye lah. kalau close friends yang memang kenal dengan Vna depa memang tau sangat Vna takkan nak gagah perkasa nak p tengok cerita-cerita lagu ni.

Tapi lain casenya dengan Twilight ni. Vna tak sure Vna dah pernah cerita ke tak tapi takpelah cerita jer lah lagi. Vna start follow Twilight yang kedua, New Moon. Masa tuh study dekat UiTM Kedah lagi. Masa tuh memang takde choice nak tengok movie. Besties sekalian semua nak tengok Twilight. Nak tak nak redha tak redha tengok jer lah. Masuk-masuk cinema oh my apakah ini semua? Mata merah, woooo wwoooooo serigala segala? Well cool layankan sampai habis & WOWWWW!
me like like like like it:! Semenjak tulah register and isythiharkan diri sebagai the hard core fans of Twilight.

After that every time Twilight keluar Vna & Aniz akan make sure ktorg akan tengok masa 1st day. Tak kira apa pon halangannya. Eclipse, Breaking Dawn Part 1 and now playing Breaking Dawn Part 2. Yang untuk kali ni ktorg siap tengok version 2D dekat IMAX, Sunway. 
we love Edward.
:)

my vivalova, forever.

Since ktorg nak, nak, nak & nak jugak tengok first day ktorg memang awal-awal dah pergi beli tiket. Vna tengok dengan Aniz, Dayah & Qila. Tiket malam tapi pukul 6 dah shoot dah from Puncak Alam. Pulun keluar awal weyh sat gi pakat jam strawberry. Pastu nak pusing-pusing cari parking kat Sunway yang ntah 24jam ramaiiiiii ja orang geram gak apa banyak sangat duit diorang kan. Alhamdulillah, perjalanan ktorg lancar even jalan jamss tak payah cerita. Sampai-sampai terus solat Maghrib, isi perut bagi kenyang pastu terjah Popular. Vna cakap dengan Aniz yg Vna nak beli ahhh novel Twilight. Orang baca buku baru tengok movie, tapi Vna tengok movie dulu baru pulun nak baca novel dia. Pon bulehhhhhh.....


Beli Twlight Saga dulu. New Moon, Eclipse & Breaking Dawn balik Taiping nanti pau Abah
gheee :)
This is call economic strategy :)

Sebelum movie start haruslah kasi posing dekat poster gituuuu. Tapi tak taulah pasai pa depa kedekut benor tak display poster Twilight. Yang ada slide-slide dekat screen dinding. Jenuh nak tunggu slide tuh bergerak tak dan apa dia dah keluar next movie. Agak memalukan tapi ktorg berempat memang control screen tuh sebab nak tunggu slide Twilight. Haha, padan muka orang lain. #evillaugh
22. November. 2012....now playing........

my love, my hero my dear Edward Cullen

Bella Swan 

Jacob Black

Serious Twilight kali ni awesome habaq hang. No wonder lah ktorg punya adrenalin rush melampau-lampau sangat kan. Terubat rindu dekat Edward Cullen. I love the gimmick. I love the actor and actress, I love the script, I love the cinematography, I love love love everything. Perfect 5 stars!

U guys really look great- Jacob Black, Breaking Dawn Part 2
Oh man, masa Jacob cakap macam tuh dkt scene ni apa lagi teriak beria macam terasa ada dekat tempat Jacob. well, even Vna suka Edward still kesian dekat Jacob. :(
part Bella dengan ayah die teriak lagi ;(
serious korang pergilah pergilah tengok. tak suka nak cerita tapi believe me awesome.
sedih dah takde lagi Twilight after this :( 
Vna memang kagum gila-gila salute habis dengan Stephenie Meyer sebab imaginasi dia sangat mengagumkan. #Idol

highly recommended Twilight Breaking Dawn Part 2  gengz!

much love, vna erman :)


Saturday, November 17, 2012

because they are insanely cute.

Assalammualaikum,

Curi masa kejap update blog. Sesak kepala otak nak mengarang assignment ahh persetankan seketika. switch to Facebook. Oh yeah ;)
rehatkan minda cari hiburan godeh-godeh timeline kawan-kawan sekolah oh my lama gila tak jumpa diorg.
miss miss miss miss :(

tengah-tengah stress kepala otak suddenly terjumpa something that makes my heart melts.
si kembar empat anak sedara kawan vna, ainie. they are insanely cute, cute, cute, cute.


 Nama diorang Muhammad Hanif, Muhammad Hadif, Muhammad Hariz & Muhammad Harraz.
oh, nama-nama ni tak ikut turutan di gambar yeee bcoz vna sendiri tak boleh differentiate yang mana satu.
:)

say hai & hello to them :)

 and the most cutest picture ever after was this one:

i'm speechless. serious, they are insanely cute.
such an innocent souls.
they make my day :)
me like like like like :) :) :) :)
sending lots of loves, hugs & kisses to them.
hope to see them one fine day. amin

done, sambung keletang keletung karang assignment.
have a nice day everyone!
take care.

much love, vna erman :)

Friday, November 16, 2012

Istanbul Aku Datang Movie

Assalammualaikum,

salam maal hijrah everyone :)
tahun baru berhijrah lah ke arah yg lebih bagus dari dulu.
mudah-mudahan.amin.

since Malaysia negara yg kaya raya dgn public holiday, oh my bertuahnya jd Malaysian so dptlah pulang ke kpg halaman meluangkan masa bersama keluarga.cewaaah ;)
actually dah lama plan nak tgk cerita Istanbul Aku Datang ni weyh. well, dah hampir-hampir penghujung sem so simpanan pon makin-makin hujung jugak so tundalah lambat sikit tgk cerita ni drpd org lain. Terpaksa tunggu balik Perak sebab nak pau Abah. gheee :)


memandangkan Abah & Abangku tidak berminat cerita-cerita sweet-sweet honey sebegini so ktorg split whereby gegurl tgk Istanbul Aku Datang & the jantans tonton Skyfall. oh actually ktorg pergi 2 family. family vna & family paksu vna. :)
family day's out lebih kurang.


well to me as 22 years old girl, cerita ni sangat sweet. again, to me. But then rasanya ramai yg cakap cerita ni best based on response member2ku di tweet tweet. rata-rata cair walaupon dlm wayang tuh sejuk actually. tehehehe :)
Lisa Surihani as Dian & yes Dian is a blogger. oh man cerita dekat di hati sangat. give me 5 dian!
cerita pusing mana pon serupa jer weyh. Apa yg buatkan IAD lain drpd yg lain ialah takde nak conflict anak Dato' anak penarik beca, takde nak cerita ada pengoda ada penghasut like Malay movies suka nak buat tuh.
cerita dia simple, sweet & ouchhh totally touched. senang cerita korang tgk ahh sendiri baru paham feelnyaaa :)
me like like like like like 100X. AWESOME!

duduk sebelah si kenit ni, dia pon sibuk nak nages segala. see 9years old boleh feel gituuu ke-sweet-an filem ni.
Vna: Cerita apa dik?
Aniqah: ISTANBATUL AKU DTG.
Vna: ISTANBATUL pon bulehhhhh dikkkkk..............
gheee :)

after movie, perut melancarkan program pancaragam terus serang Ipoh Hainan Chicken Rice.

terbawa-bawa dari IAD, Beto makan Maggie Asam Laksa oucchh sedapnya kalau dpt makan then tgk menu eh eh ada asam laksa tak pikir panjang dah terus order takmau ahh nasi ayam walaupon depa pakat cakap tuh menu special.

nasib sedap. Alhamdulillah.

For this movie vna bagi 4.5/5. best & berbaloi.
kudos IAD teams. u guys did a good job.
macam nak tgk lagi sekali. anyone nak belanja please?
pm me. haha :)

p/s: is welcoming Twilight Breaking Dawn Part 2 

much love, vna erman ;)