Friday, March 27, 2015

Ainie Anas Wedding x Bridesmaids

Assalammualaikum,

Pengantin dah pergi ber-honeymoon entry pasal wedding dia baru nak terhengeh di publish. Yelah, mula-mula transfer gambar dari camera. Lepas tuh bukan transfer gambar yang masa wedding, gambar yang ootd lah, gambar pergi Terengganu baru nilah eh segala mak neka gambar dalam camera tulah. Lepaih tu jenis yang tak suka gambar sepah-sepah dalam computer, kena transfer masuk dalam folder masing-masing, rename folder bubuh tarikh semua. Senang ingat bila dan pergi mana. Lagi satu peragai tak suka gambar satu tertonggeng kanan, satu terbalik atas bawah eh tak suka tak suka lah, bukan Vna Erman kalau peragai lagu tuh, so rotate beratus-ratus gambar semua dah settle then baru start entry. Dah start entry yang buat ambik masa nak pilih gambar. Selambak alam. Nak kena tapis yang mana perlu untuk letak kat blog. Yang mana nampak kronologi semua. Dah settle bab tuh, ok sekarang kita boleh start dah cerita pasal wedding girlfriend since sekolah sampai lah la niiii.....

Sepatutnya lepas bertunang tahun lepas, Ainie plan nak kahwin bulan 5 tahun ni. Tapi tiba-tiba Ainie macam tak nak bertangguh-tangguh lama-lama so majlis di awalkan ke Mac 2015. Pilih punya pilih tarikh, cari tempat apa semua maka Ainie announce lah 20. Mac. 2015 untuk majlis pernikahan, manakala 21. Mac 2015 untuk majlis resepsi. Maka kawan-kawan Convent sekalian rancak lah merancang pasal baju sedondon semua. Zalik dengan Pu bertanggungjawab untuk misi mencari kain dekat Jakel, Mas dengan Pu cari tudung & me kebetulan jalan-jalan dekat Mr D.I.Y jumpa flower headband so set settle bab bridesmaids. Walaupun banyak benda ada yang nak macam ni, ada yang nak macam tuh tapi endingnya semua puas hati.

FINALLY,
20.MAC.2015

Setelah habis pening pasal baju, pelamin, gaduh dengan bridal house lah apa, konflik-konflik darah manis zaman bertunang (I know everything, thank you Whatsapp sebab get me connected with bride-to-be) 20 Mac pun menjelmakan diri. Sebab dah duduk pun Taiping, maka Iols sampai awal dekat rumah Ainie immediately after Zohor. Motifnya ialah nak duduk tengok MUA make-up kan Ainie sambil-sambil menghabiskan masa Ainie yang masih berstatus Cik ketika itewww. Hahaha. Masa tuh kita orang bertiga, Ainie, Me & bestfriend Ainie zaman dia stay Kajang dulu, Pipah yang loqlaq nak mampuih merangkap pengapit rasmi Ainie untuk kedua-dua majlis. Hai Pipah! Nice to meet you :)

Masa Ainie tengah make-up, Iols dok peraghti apa benda MUA tuh buat sambil berisyarat terkumat-kamit dengan Ainie dok sibuk tanya ok tak? Lawak tak? Paaaadia masa tuh foundation dok tebal lagi kat muka macam mana nak tau final result lagi. Tapi sebagai kawan yang tak nak kawannnya bertukar menjadi bridezilla maka ku okey kan saja. Bukan saja sebagai penenang nervous Ainie, masa tuh jugak kita orang berdua Me & Pipah jugak merangkap setiausaha tak berbayar jawab semua phone call orang yang sibuk cari Ainie. Yang mana photographer sesat cari rumah lah, yang mana Anas sibuk call bising bantal untuk nikah takdak lah, yang kawan-kawan Ainie yang lain saja-saja call nak wish congrats/say sorry tak dapat mai. Yang paling win sekali, last-last Pipah yang pretending jadi Ainie petang tuh sebab akak MUA tak bagi Ainie bercakap banyak satgi elok-elok jadi patung teruihhhh jadi badut kepala donga.

Selepas di magickan oleh MUA, Ainie yang sememangnya muka lawa iras Fara Fauzana bertukar jadi bidadari turun dari langit ke tujuh yang get ready nak di ijabkabulkan dengan dewa hati. Bahahahahahaha. Bahasa cinta untuk hang Ainie. (Mesti hang tengah dok gelak, padiaaaa Vin ni?) I know babe I know your reaction. Haruslah di snapkan gambar ala-ala orang sekarang cakap behind the scene gitewww then zapppp buat live update dekat groups bridesmaids. Terimalah gambar wajah bidadari tidak bersayap turun dari langit ke tujuh tuntuk tatapan semua...





Serious lawanyaaaaa kawan aku sorang ni weyh. Kena sangat make-up yang akak MUA buatkan. Very natural dan sesuai sangat untuk majlis pernikahan dekat masjid. Lepas tuh okey je baju nikah si Ainie ni weyhh eeeeeihhh rasa nak bagi penumbuk sebijik nasib baik hang nak jadik pengantin hari tu. Yelah, mana tak nak nya beria tau si Ainie ni whatsapp habaq betapa menyesalnya beli baju ni sebab tak vogue, simple sangat lah tak lawa lah. CANTIK WEYH CANTIK! Less is more! Hyeppp nasib baik dengar cakap.

Dah siap semua, maka kitaorang pun gerak ke masjid berdekatan rumah Ainie. Kebetulan dah berhari-hari cuaca hangat nak mampuih, tup-tup petang tu hujan. Hujan rahmat orang kata sebab Ainie nak kahwin. Nah,satu gambar sebelum Ainie bertukar jadi Puan Nurainie Saidin. 


Masa ni Anas tengah dengar tok kadi bagi briefing pasal kehidupan rumah tangga. Time ni kawan-kawan kita orang yang lain dah sampai pun, Pu, Mas, Eleen & Mizah. 


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah dengan sekali lafaz selamat Ainie bertukar status kepada Puan Nuraine a.k.a Mrs Anas. Wehuuuuuuuuuu! Masa tuh dah sebak dah. Over macam aku yang kahwin, tapi mantain cool semua. Lepas dah selamat nikah, upacara membatalkan air sembahyang dengan sesi menyerahkan mas kahwin dengan pakaikan gelang perkahwinan.



Lepas dah selesai semua, Ainie dengan Anas bersalam-salaman dengan semua family members dan kawan-kawan. Paling sebak masa Ainie datang salam dengan peluk Mak dia. WOIIII SYAHDU WEYH! Tadi masa upacara nikah boleh cool lagi tapi tidak untuk kali ni. Iols memang sensitif bab-bab family ni. Nanti kalau time sendiri kahwin, memang nak pesan dekat MUA nak make up kan dengan hard-core waterproof make-up sebab tau akan melalak-lalak nak mampus! 


1 Puan vs 5 Cik


First of the gang yang off market!

Dah halal. phewittt!

Apalah maknanya 2015 tanpa selfie sebijik.

Wefie satu!
Meet Pipah yang kita dok mention awal-awal entry tadi, Puan Ainie & Me :)

Next,
OOTD!



Happy Ainie, Happy Me!

KEESOKKAN HARINYA,
21. MAC 2015



Pulapen Taiping, we are ready for Ainie Wedding Reception! 

Masa hari Sabtu, agak kekalutan daripada pagi-pagi lagi. Dengan nak pergi ambik tudung kat rumah Pu, nak cari fresh flower lah itu lah inilah. Tot tet tot tet tetiba dah pukul 12 langsung nak kena gerak pergi dewan dah. Sampai-sampai terus kita orang makan dulu sebab nanti kan nak "bertugas". Dah habis makan, tengah-tengah nak kekonon touch up make up tudiaaa Ainie sampai dah. Terus macam terpingga-pinga macam tak tau nak buat cemana. Dengan tetiba pakcik kompang tu main sound-sound kita orang sebab dia nak budak-budak kompang dia yang duduk depan, last-last pengantin dah naik pelamin kitaorang terkial-kial naik kemudian. Haihhh merapu padiaaanya! Itu pun lepas Ainie sound-sound herot-herot mulut tengah dia dok bersanding tuhhh suruh kita orang naik stage sekali. Sebabnyaaaaa dia malu nak pi duduk kat atas tuh. Mereng betul pengantin sorang ni.

Masa Ainie tengah makan beradap, kita orang pun keluar dari dewan pergi buat outdoor photoshoot untuk bridemaids. 

Kami lah Barney & Friends :) 

Meet my adorable friends, next to me : Pu, Mizah, Eleen, Mas, Pikah & Jal.

Masa ni punyalah hangat nak mampuih, tak payah cakap macam paip bomba meletup punya berpeluh. Tapi nak bergambar punya pasal.


Last sebelum pakat-pakat nak gerak pi makan cendol, terimalah 
Ainie Anas x Bridesmaids




special thank you untuk bestfriend, Jal sebab tolong ambik dari rumah dan hantar balik hari tuh. 

Last but not least,
Untuk Ainie dan Anas, 

Selamat Pengantin Baru, 
Selamat menjaga antara satu sama lain.
Kami doakan hampa berdua sentiasa bersefahaman (takmo gaduh2 macam zaman bercinta woiii dah jadi laki bini dah pun), dan sepakat dalam sekecik-kecik perkara sampai sebesar-besar dugaan.
Semoga cepat jadi mummy daddy, kami rasa hampa bakal dapat kembar since both side berbaka kembar. Semoga selamat melahirkan kembar 9 orang Ainie. bahahahaha!

Ainie, seriously kami tak percaya hang dah jadi bini orang weyyyy!
Tak percaya tak percaya percaya!
Bukan baru semalam ke kita main tutup-tutup mata pergi Institut Oii?
*lap ayaq mata*

Till Jannah okey korang!

Much Love,
Vna Erman.

Thursday, March 19, 2015

cucurawat.

Assalammualaikum,

Haji Osman bin Muhamad dan Hajah Banun binti Mohamed.
Alhamdulillah, kedua-dua masih ada, syukur masih bersama anak-anaknya dan cucu-cucunya. Osman, 85 tahun manakala Banun, 78 tahun merupakan tok wan dan tok Vna sebelah Mak. All of sudden terpikir nak tulis pasal mereka. Sebab sekarang keadaan keduanya makin kurang kudratnya. Tapi syukur alhamdulillah, masih steady lagi nak menguruskan hal masing-masing. Nak mandi, nak makan, nak bersihkan diri alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah masih buat sendiri.

Cuma yelah, dah usia-usia macam tuh, ada lah sakit-sakit yang terjangka datang. Tapi normal rasanya. Masa 2013, tok wan Vna buat operation sebelah mata, dan tahun lepas 2014 buat lagi sebelah mata. Tok wan Vna jenis yang tak reti duduk diam. Ada je benda dia buat, so memang kena pantau, kena duduk dengan dia dalam tempoh beberapa minggu macam tu nak make sure dia tak buat kerja-kerja berat dan tunduk-tunduk selalu sebab bahaya untuk mata especially masa awal-awal lepas operation. So, alhamdulillah Vna sempat lah jaga tokwan masa 1st operation lebih kurang dalam 3 minggu. The next operation, cousin yang lain pulak take turn.

Dalam pada tu, ada dua kali jugak Tok Wan admitted hospital sebab tekanan darah tinggi. Baru-baru ni, Tok Wan demam dan tak terjangka tiba-tiba dia jatuh. Terpaksa panggil ambulans masa tuh sebab tak berani nak angkat takut ada mana-mana tulang patah sebab Tok Wan mengadu sakit. We take turns jaga Tok Wan. Anak-anak sebelah siang, cucu-cucu take over sebelah malam sebab uncle aunt Vna pun bukan muda-muda lagi nak tidur hospital sakit badan semua. I'm happy to be part of the cucurawat again! Sekarang Tok Wan dengan Tok Banun gilir-gilir stay Taiping- Ipoh rumah aunt Vna kat sana.

Last 2 weeks, Tok Banun pulak tiba-tiba sakit muntah-muntah cirit-birit semua dan dia di masukkan ke hospital admitted almost tiga hari. Doktor cakap jantung Tok Banun ada masalah dengan saluran. Masa Vna sekolah rendah dulu, Tok dah pernah buat operation. Tapi yang kali ni penyakit lain pulak but still pasal jantung. Masa kat Tok Banun kena tahan dekat hospital, Vna ada tunggu dengan dia gilir-gilir dengan Mak dan Aunt Vna yang lain sebab hospital kerajaan prefer kalau pesakit perempuan, waris yang tunggu pun perempuan jugak lah.

Masa duduk hospital, macam-macam peragai orang boleh tengok. Nenek sebelah katil Tok Banun sangat teramat banyak sangat alahai mulut dia. Padahal ada masalah semput tuuu tapi mulut tak henti-henti cakap. Ada ja benda dia nak bisingkan. Kadang-kadang bengang jugak lah sebab dia suka nak pot pet pot pet lepas tuh kacau Tok Vna nak tidur kan. Lepas tuh asal malam bila dia nak tidur tak habis-habis bising suruh nurse padamkan semua lampu. Tapi mana boleh. Ada certain pesakit nurse kena pantau dalam beberapa jam sekali, ada pesakit yang lain nak guna lampu jugak kan including me, masa tu nak makan. So Vna tarik lah langsir antara katil nenek tuh dengan katil Tok Banun supaya lampu yang kat katil Tok Banun tak terjah mata nenek tuh. Dah pulak dia marahkan kita.

"Ni awat tarik langsir ni?"

"Ohhh, tak nak bagi nenek kena lampu meja tuh" 
(Dalam pada masa yang sama, supaya dia tak kacau Tok yang nak tidur dah masa tuh).

Tapi tak sempat beberapa saat dia sendiri yang tarik langsir tuh sebab nak bersembang dengan Tok walhal Tok tak larat dah pun nak layan.

5 MINIT KEMUDIAN...

"Tutuplah lampu tak sudah makan lagi kaaaa...."

Hergh! Padahal lampu kat lorong tuh semua dah tutup, lorong belah depan pun dah tutup, except sebelah kaunter nurse JER yang menyala dengan lampu meja side Tok Vna yang Vna on sat je sebab nak makan. Last-last feed up tak habis pun makan terus tutup lampu. Beralah dengan yang tua. Padahal tadi kita tarik langsir dah tapi marah kita balik.

Tapi di sebalik pot pet pot pet nenek tuh, takda seorang pun yang datang melawat or stay tunggu dia dekat hospital. Cuma, ada seorang anak perempuan dia datang waktu pagi itu pun kebetulan dia memang kerja pekerja am dekat hospital tuh. Jadi pagi sebelum masuk kerja dia datang jenguk sekejap then masuk kerja. Dan benda ni buat Vna realise. ATTENTION!

Kalau ada orang lain/waris datang jenguk pesakit lain, dia pun akan join sekali bersembang. Kadang-kadang tanpa di undang pun. Contohnya, masa insiden tarik langsir supaya lampu tak kena dia, tiba-tiba yang sendiri yang tarik balik langsir tuh sebab dengar Vna dengan Tok bersembang walhal tak menganggu pesakit lain pun. Tiba-tiba dia pun menyampuk secara tiba-tiba.Tapi lepas tuh dia marah kita kenapa bukak lampu. Pukul 3 pagi, nurse datang of course kena bukak lampu sebab nak bagi ubat kat certain pesakit, nak cucuk, nak ambik blood pressure and etc, dia tiba-tiba menjerit sapa bukak lampu niiiii? Terus dia bangun pot pet pot pet itu ini and to me macam disturb nurse tuh nak buat tugas dia.

Pokok pangkalnya dia mengharapkan perhatian. Sebab dia keep repeating ayat yang sama dia ibu tunggal, duduk seorang, tak suka bersembang berjalan pi rumah-rumah jiran tapiiiiiii kat hospital, banyaknya mulut macam tak caye dak? Conclusionnya, perhatian. Ada seorang pesakit Cina ni, asyik menjerit je kerja dia tak kira siang malam, sama jugak casenya tak dak sapa datang melawat or jaga dia. Nurse pun tak larat nak layan dah. Yelah bukan seorang dua pesakit.

On the other side, ada pesakit yang lain lorong yang sama jugak dengan Tok Vna cucu dia yang jaga. Nenek yang ni kelakor sebab dia rabun teruk tahap memang tak nampak, sampaikan dia makan nasi tapi sudu tuh terbalik. Dalam pada tak nampak ligat dok jalan pi kat katil orang lain, share nasi, lepas tuh Tok Vna tegur tuh sudu terbalik tuh...laaaaaaaa kami bukan nampak ni! Haha lawak ahhh. Lepas tuh tak habis-habis bercerita dia cucu orang ni, belajar mengaji kat sini dengan nenek yang sebelah katil Tok Banun tuh, yang banyak cakap tuh. Hahahaha. Dah habis dia cerita lagi 5 minutes dia tanya balik hang nama apa? BAHAHAHAHAHA!

The most sweet moments masa jaga Tok kat hospital ialah seorang lagi nenek, katil depan dengan Tok Vna. Sebelah malam, anak perempuan dia jaga. Tak muda dah pun rasanya mak cik tuh, lebih kurang 50++ tengok gayanya. Tapi sebelah siang, husband nenek tuh yang jaga. SUMPAH RESPECT HABIS!
Atuk tuh yang terkial-kial tolak kerusi roda nak bawak isteri dia pergi toilet, atuk tuh yang terkial-kial nak pakaikan pampers dekat isteri dia tapi dia tak reti until Mak Vna datang tunjukkan caranya. Padahal dia sendiri pun dah tua dan tak larat but still jaga isteri dia.

I wrote all this bukan sebab nak cerita kat dunia akulah cucu yang terbaik, but as reminder to myself. Vna buat sebab ini tanggungjawab. Vna buat sebab dulu kecik-kecik yang main dengan kita yang layan kita diorang jugak. Vna buat sebab tak sampai hati. Tak nak diorang jadi macam nenek sebelah bercakap tak henti-henti dan kita sendiri tau sebenarnya dia mengharapkan perhatian atau bahasa kasarnya attention seekers. Vna buat sebab esok masa kita tua, kita tak tau untung nasib kita, mungkin berkeluarga mungkin mereput sorang-sorang mana nak tau. Atleast, ada orang yang baik yang boleh tengokkan, perhaps nurse yang bagi layanan yang baik pun dah memadai.

Vna selalu berharap yang Vna istiqamah dengan niat ni. Nak jaga Mak Abah, jaga Tok Wan dengan Tok Banun sebab ini tanggungjawab. Harap sangat jangan sesekali terpesong niat, harap sangat sentiasa ingat dekat diorang sekali pun dah berkerjaya hebat dan berkeluarga sendiri. Sebab kadang-kadang kita tak tau masa hadapan, kita boleh berubah dalam sekelip mata. Hopefully, Vna bukan orangnya. Bukan orang alim atau manusia yang hebat, just a reminder, balik lah selalu-selalu jenguk mak ayah. 3 Hari kat hospital banyak yang Vna boleh buat ikhtibar. Nak story everything, tapi ni pun dah berjela.

Dan salah satunya perkara best bila jaga orang sakit, kita ada opportunity naik ambulans (except those doctor/nurses lah). Bukan semua orang dapat merasa kot. Hahahahaha.


Selfie dalam ambulans once kami sampai rumah lepas 3 hari 2 malam Tok Wan admitted hospital. Masa sampai ni Vna dengan adik cakap,"Tok Wan kita dah sampai rumah, Tok Wan dah balik ni....." 
Terus berlinang airmata Tok Wan masa tuh. Oh my, precious memory. :(
Yelah orang tua mana suka duduk hospital. Masa nak bawak pi hospital pun lama jugak nak pujuk dia. Aihh, tak payah cakap diorang, sapa pun dalam dunia ni tak suka pi hospital dak? Except Vna ahhh sebab nak usha doctor handsome nak buat suami. EH?


Meet my grandparents. Tok Banun & Tok Wan kami. :)
Takde benda lain yang kami anak cucu harapkan, semoga mereka sihat, terus sihat, sihat dan berkudrat selamanya! Amin. Not to be forgotten, Al-Fatihah buat arwah Atuk & Nenek Vna (belah Abah).

Till we meet again next story.

Much Love,
Vna Erman :)

Sunday, March 15, 2015

My Sofina 3 Story.

Assalammualaikum,

Ingat tak entry penyesalan tak berkesudahan bila tak beli Sofina 3? Jenis peragai yang kalau dah sekali tengok nak, lepaihh tu pura-pura kata tak nak la membazir lah apa memang tak dapat singkirkan dalam diri, memang last-last akan beli jugak. I guess my besties dah masak sangat peragaiku sedemikian rupa. Hewhew!

Sebenarnya memang takde duit pun, like really tahap menangis tap tap tengok account bank sendiri, tapi macam mana nak buat bodoh je bila Fashion Valet & Sometime announce ada restock Sofina 3 selepas ramai orang merayu terkulai layu mintak di produce kan lagi. Hello Vivy, what have you done to us mehh?




Kali ni memang tekad habis-habisan yang nak jugak beli Sofina 3 biar apa pun terjadi. So subscribe newsletter dekat FV, in case diorang buat macam arituh lagi, members dapat privilledge beli dulu kan. As usual, pagi Sofina 3 nak keluar, harus stand by depan lappy like we are besties, and mouse dengan refresh button like hubs and wifey! Pukul 11, pukul 11, pukul 11 haihhh la lambatnya! Jantung dup dap dup dap macam nak tunggu result SPM, tapi lebih gemuruh rasanya. Kedengaran over tapi hakikatnya macam tuh.

Dah tiba-tiba buat lawak sangat, tinggal lagi 10 minutes nak launch, perut memulas-mulas tahap yang macam kena jugak pergi jamban. Woiiii saat genting kot hang saja lah kan nak buat peragai. Nak tak nak kena langsaikan jugak lah. No worries, tak sembelit lancar jer, dapat sabun cebok semua phewww sempat duduk hadap lappy! Just nice, tekan refresh button 2-3 kali taraaa muncul kesemua Sofina 3 dekat website FV. Cepat-cepat pilih warna yang nak (kalau kaya memang rembat semua) add to cart, checkout, payment, settle and yeaaaayyyy! Alhamdulillah ada rezeki nak memiliki Sofina 3. Warna apa yang menjadi pilihan hati?

Taraaaaa....






Ikutkan nak warna purple atau taupe, tapi last Sofina 2.1 series dah beli purple, then taupe pulak warna nya cantik tapi risau nanti nampak tua pulak. Then, one day before launch decide pilih merah lah sebab takdak bag merah lagi. 

Beza antara Sofina 2.1 dengan Sofina 3 obviously dari saiznya. Sofina 3 lebih besar dari Sofina 2.1, then bahagian handle dengan interchangeable straps warna hitam, material Sofina 3 lebih keras dari 2.1 tapi high quality material, studs and zip di upgrade quality dan cantik sangat. Conclusionnya, tak menyesal langsung beli dan tersangat berbaloi. Dengar cerita Vivy dengan Sometimes tengah discuss nak buat pre-order? Haaa, baik hampa start menabung lekaihhh, kalau rasa macam dah terjatuh cinta once diorang bukak pre-order terus zappp order, bayar dan tunggu sebulan dua nanti sampai lah Sofina 3 depan mata. Hew hew.

Much Love, Vna Erman :)