Tuesday, October 29, 2013

first time experience with Zalora Malaysia!

Assalammualaikum,

Insyaallah 11 November 2013 adalah antara tarikh keramat dalam hidup Vna. Dengan izin Allah s.w.t pada tarikh tersebut Vna akan graduate selepas 3 tahun melalui kehidupan sebagai pelajar UiTM. First time ever nak graduate uols. Masa PreLaw takde graduation day terus zapppp naik ke degree. Mana tak excited kau 4 tahun setengah (campur masa belajar asasi) baru ni haaa nak merasa graduate. Kalau sebelum ni Abah dengan Mak bangga attend graduation day Abang Vna, kali ni it's my turn to make them proud. 

Seperti kebiasaannya bila ada perkara-perkara penting or acara-acara penting dalam life Vna yang Vna akan attend antara perkara yang merungsingkan hidup ialah NAK PAKAI BAJU APA??
jangan nak menjelek-kan peragaiku korang gegirls sekalian pon mesti rasa apa yang aku rasa ni kan? tak kisah lah korang jenis simple person baju kurung pon boleh tapi still korang tetap akan memikirkan which one is the best outfit to be wear right?

Itulah untuk graduation day Vna ni seriously lah takde idea langsung nak pakai apa. Dah lah takde idea nak pakai baju apa, fashion macam mana, warna apa di tambah pula financial diriku pon agak goyah-goyah eh tak goyah tapi dah menjunam jatuh ke tanah dah pon. sobs sobs sobs sobs :(
lepas tuh keep in touch dengan bestfriend (Zalikha) & bestiesku (Aniz) memasing dah tempah baju yang pastinya curlasssss meletopss poom pomm! Lepas tuh mula lah Vna mengadu domba dekat diorg sedih takde baju baru nak pakai.

Nak di jadikan rezeki Vna, my dear brother yang dah bergelar English teacher tuh telah bergabung meletops dengan Abah kesayangan hamba dengan baik hatinya nak sponsorkan baju untuk Vna for my special day!
OMG OMG OMG OMG! they are my truly heroes ever :)
Daripada muka monyok sedih tengok almari apa nak pakai apa nak pakai terus sengih lebar punya habaq hang. 

Check check kalender haishhh macam tak sempat je nak pergi tempah dekat tailor. Vna hanya ada satu tailor favorite and takkan hantar dekat mana-mana tailor lain sebab tailor tuh JER yang terror buat baju design yang Vna hantarkan lepas tuh sedap pakai. Tapi dah pergi tanya dia arituh die cakap kalau nak before 11 Nov tak sempatlah sempat dia pon received banyak tempahan untuk Deepavali yang akan datang ni. Haaa see tailor Vna superb talented. Baju orang Melayu, Cina, India semua dia boleh buat. btw, tailor Vna ni orang Cina & dia memang siap hafal dah measurement Vna sebab dia cakap measurement serupa ja tiap-tiap kali datang ambik ukuran. 

Since tak sempat nak menempah so terpaksalah cari alternative lain. Survey-survey situ sini dengan Mak Vna selaku penasihat rasmi last-last Vna decided nak beli online. Check it out instagram hari-hari tengok instashop yang offer design cecantik tapi macam alaaaaa sangat biasa lah. tak habis-habis dengan peplum, lace or maxi skirts. Vna nak cari yang simple yet unique & follow the trend. Akhirnya Zalora Malaysia menjadi penyelamatku. Almost 2 JAM OK duduk depan laptop dengan Mak Vna decide nak pilih yang mana yang mana sebab ada few design berkenan di hati. 

Secara personally kenapa Vna decide nak membeli belah dekat Zalora ialah faktor keselamatan. Yelah kita bukan di kalangan anak-anak menteri ke hape so duit even seringgit pon sangat valuable tau. Lepas tuh nak membeli secara online ni kena fikir maklumat peribadi contohnya contact number and address kita tak disalahgunakan sebab benda-benda macam ni kalau terlepas ke tangan pihak tak sepatutnya membahayakan keselamatan kita. Nak nak sekarang macam-macam kes jenayah hari-hari keluar dekat berita.
Tapi kalau Zalora Malaysia insyaalah selamat semuanya dengan izin Allah s.w.t sebab website mereka ada Norton Secure. Selain tuh service diorang sangat-sangat memuaskan. Kalau korang call diorang definitely ada orang akan sambut panggilan korang & segala kemusykilan korang akan terjawab. Ini based on experience Vna.

Cara pembelian pon senang sangat. Bila korang preview any items yang korang decide nak beli selain ada picture yang jelas termasuklah details secara dekat (Vna beli baju so details dekat baju tuh memang jelas) diorang jugak akan inform berapa banyak lagi kuantiti yang masih ada untuk saiz kita tuh. Once dah pilih diorang akan displaykan bil kita berapa jumlah kena bayar and if korang ada coupon Zalora key in code coupon tuh untuk redeem and dekat total diorang akan displaykan berapa kita patut bayar. Method pembayaran ada macam-macam cara & Vna bayar arituh via Cash Deposit. Once kita dah order item cepat-cepat check it out email untuk dapatkan details bagi membuat pembayaran.

Macam Vna, lepas order terus buat bayaran then attachkan cepat-cepat slip pembayaran dekat diorang and keesokkan harinya Vna received email dari Zalora inform yang items yang Vna order dah pon dihantar. Keesokkan harinya baju dah sampai. Memang rasa macam nak menjerit macam iklan Zalora dekat TV tuh. Memang pujian patut diberikan kepada Zalora sebab cepat dan selamat. 


ada tak tertanya-tanya apakah ending nya yang Vna pilih? taraaaaa....... 


Gmbar baju tak boleh reveal lagi kalau tak dah tak surprise lah convocation day nanti. So tunggu entry convo nanti okey. Actually design yang ni Mak Vna yang pilihkan sebab Vna macam tak boleh nak decide mana nak beli. kalau kaya raya sumpah dah grab berpasang-pasang. Design ni simple cuma ada lah something special sikit.......apa dia tunggu bila dah pakai secara official. Details dia pon tak sarat and simple which Vna rasa sesuai kot nak pakai time convo nanti. Ikut kan plan Vna nak pakai dress tapi syarat pakaian untuk convocation day baju kurung/kebaya & yang sama waktu dengannya.


Ini invoice dengan slip pos laju yang diorang attach sekali dalam box kalau-kalau korang nak tukar saiz or any other reason as long as tagged dekat baju tuh tak di gunting lagi. Selain postage FREE, untuk return items pon FREE juga. Alahai Zalora bestnya service awak bagi kepada kami. 
Insyaallah ada rezeki lebih pasti Vna akan shopping di Zalora lagi :) 


Merah mak ngah untuk #ootd waktu raya haji yang lepas. 
Baju dijahit oleh tailor favorite kesayangan!

Nak tgk baju JM tunggu entry convo yang bakal menyusul tak lama lagi.
take care.

much love,vna erman :)


Monday, October 28, 2013

Featured In dara.com November issues!

Assalammualaikum,

Eh korang especially gegirls sekalian ada tak korang terjah-terjah my news berhampiran or maybe drop by MPH or any bookstores baru-baru ni? Laaaa kalau belum cepat grab dara.com edisi November 2013 sudah pon berada di pasaran.


Kenapa kenapa kenapa Vna beria sangat bercerita pasal edisi kali ni kawan-kawan? Musykil kah? Adakah dia si cover-girlnya? Memang tak layak. sobs.
Actually there is something special inside. Untuk segmen pull out bulan ini dara.com mengetengahkan isu BLOG!


kepada yang dekat luar sana selalu tertanya-tanya seronok ke jadi blogger? macam mana nak jadi blogger yang best? what do and don't when blogging? some tips maybe regarding blogging. Nah, dara.com November 2013 isu akan jawabkannya. 


A part of that, since ini adalah isu BLOG so dara.com team ada shortlisted beberapa blog dekat Malaysia ini untuk disiarkan di dalam majalah mereka. 


Alhamdulillah Karya Artistik Vna adalah antara blog yang menjadi pilihan dara.com untuk isu mereka kali ini.
kasi zoom untuk hampa tengok sikit. hehehe :)


Haishhh semakin bersemangat rasanya untuk Vna menghasilkan entry-entry yang berbentuk informative dan menghiburkan untuk korang-korang yang membacanya! Insyaallah. 
korang-korang pon kalau ada suggestions/recommendations/comment tak kisah positive and negative pasal penulisan-penulisan & info-info yang Vna share dekat blog ni sebelum ni please do drop some comment. 
Looking foward to produce more and more informative & entertaining entry.

Walaupon Vna bukan nama besar dalam dunia blogging macam si hebat Haniz Zalikha or cantik manis bakal doctor Fatin Liyana tetap nak cakap terima kasih dara.com untuk penghargaan ini.
really appreciated it :)
kawan-kawan lekas sediakan RM5.00 and grab your copies ok ;)

much love,vna erman :)

Monday, October 21, 2013

Berimaginasi di Trick Art Museum,i-City.

Assalammualaikum,

Hello korang! Sepuluh jari ku titipkan sebab membiarkan blog picisan ini menjadi semakin kusam terkulai layu tidak bermaya. Actually hidup selepas habis belajarku tidak se-ohsem mana  maka tiada berita gembira untuk di kongsikan bersama. Tapi sebagai ex students Tourism Management so aku akan share kan dekat korang sekalian tempat-tempat tourism spot yang aku dah pernah pergi so that korang boleh jadikan review ku ini sebagai panduan. Kali ni Vna nak share dengan korang pasal Trick Art Museum yang terletak di i-City, Shah Alam Selangor :)

Beberapa bulan yang lepas ( nampak tak punya lama nak cerita tapi malas punya pasal) waktu di penhujung semester akhir ktorg ada tugasan untuk subject marketing iaitu buat promosi mana-mana tourism spot so group Vna yang kesuntukan masa & kekeringan idea ketika detik & waktu itu ktorg decide nak pilih Trick Art Museum ni jelah since benda ni pon masih baru dekat Malaysia. Trick Art Museum ini merupakan satu-satunya di Malaysia. Ok, adik-adik yang tercari-cari SWOT analysis untuk Trick Art Museum ini salah satunya dia THE ONLY dekat Malaysia.

Harga nak masuk sangat affordable which is RM5.00 jer ( masa Vna pergi beberapa bulan lepas kalau sekarang dah naik tak tau lah) Dia ada two level which is penuh dengan lukisan-lukisan di setiap penjuru termasuklah lantai-lantai. Apa yang perlu korang sediakan nak datang ke sini selain wang tunai berjumlah RM5.00 ialah CAMERA! yes, camera. camera hp pon tak mengapa as long as ada :) Kalau tak macam krik krik krik krik lah pergi situ sebab lukisan-lukisan dia bukan untuk di perhati macam art museum yang lain-lain tapi lukisan-lukisan dia sesuai untuk kita lontarkan imaginasi dan kreativiti bila snap gambar.

let's explore imaginasi Vna waktu pergi Trick Art Museum ni :)




gambar ni sangat sesuai di post dekat instagram dengan caption:
happy journey into the world of dreamzz, good nite :)
eh dah post pon actually!
teheee :)

ahahahaha tak kena padan muka tak kena!

aksi sesuai (waktu itu) di penghujung semester. as a students paham-pahamlah kan macam mana :)

ececewah budget spiderman nak tangkap. biar ahh imaginasi gua.

woiii qila nak buai orang tengok ahh depan kan dah terpelantimg kasut minachi niyh!

ok line clear, cabut lari!!!!!!!!!

itu sebahagian ahh gambar-gambar masa ktorg pergi. nak upload semua karang menyampah pulak korang nak kena loading lama-lama plus dah tak surprise lah sebab semua lukisan yang ada dekat situ korang dah tau. tak menguji creativity lah bila korang pergi nanti. 

so untuk assigntment Trick Art Museum ni Vna kena buat salah satu part Vna ialah SWOT analysis. Antara weakness museum ni ialah lukisan ni kan di lukis dekat dinding so kebanyakkan lukisan ni dah terkeluar-keluar catnya buatkan lukisan tuh ada kecacatan sikit. well, management should pilih lah cat yang high quality sikit since lukisan-lukisan ni di sentuh banyak tangan each time nak ambik gambar manalah lukisan tuh tak rosak ye dak? 

apa lagi Strength, Weakness, Opportunities & Threat museum ni?
SWOT analysis lain korang pikir lah sendiri. hamboiii nak jawapan free lah tuh. 
nak senang kerja eh.
go & exlpore sendiri. 
throw your creavity & imagination. enjoyyyyyy :)

much love, vna erman :)