Assalammualaikum,
Haiii korang! Alhamdulillah dah masuk 21 Ramadhan dah harini & that means nine more days for Raya! Yeayyyy. Korang semua mesti dah shopping sakan kan kan? Vna kureng sikit activity bershopping tahun ni sebab...sebab...sebab budget shopping yang diperuntukkan oleh bank negara saya, Abah telah pun di belanjakan untuk pergi beli ini :
Selalunya tiap-tiap tahun Vna akan beli kain & then hantar dekat tailor buat baju sebab selalunya Vna susah nak jumpa saiz yang cantik jatuh kat badan. Kadang-kadang saiz dah kena dah senteng kat bawah lah, kat tanggan ahh, kain extra panjang ahh warna takdak lah so senang buat sendiri puas hati. Tapi tahun ni designer-designer Malaysia rancak & meriah keluarkan ready to wear collection for Raya 2013 antaranya Jovian Mandagie, Hatta Dolmat, Rico Rinaldi & etc. Ewahhh inilah masanya nak pakai baju designer fofular dalam range harga yang sesuai untuk kita-kita yang bukan selebriti ni haaaa....... ;)
Asalnya Vna nak beli collection Orked by Jovian Mandagie. Harga ikutkan untuk golongan students macam Vna ni memang tak mampu sebenarnya. Tapi nak-nak jugak tuh so pujuk punya pujuk Abah dapat green light. Gigih dah nak pi order kat web, sekali frustnyaaaaaa design yang nak-nak habis saizzzzzzzzzz! ok,fine.
Satu hari, sebagai Instagramers yang tegar, tengah-tengoh scroll IG all of sudden terperasan Hatta announce yang dia akan launch RTW 2013 for First Lady. WHAT?
Lepas tuh makin sakan Hatta keep upload design-design dia tahun ni. Asal bangun pagi mula takde benda lain dah nak cakap dengan Aniz selain
"weyh tengok insta, baju lace merah tuh lawaaaa"
"weyh,hatta upload lagi design lain"
"weyh aku nak-nak yang ni weyh"
"weyh baju design ni warna purple pon lawa jugak"
"weyh, tak tau nak beli yang mana, gila aku macam ni weyh!"
Besties Vna tuh memang hard core fans Hatta so memang makin rancak lah adrenalin rush dalam diri masing-masing nak memiliki collection Hatta yang kali ni. Dah lah masa tuh tengah final exam. Ya Allah makin tak tenang hidup rasa. Satu malam tuh ktorg pergi Shah Alam and pergi makan kat mana lagi kalau bukan Pakli. Masa Aniz tengah bayar makanan somebody come in. Teka lekaiiihh sapa dia?
HATTA DOLMAT WEYH! Masuk kali yang ni dah TIGA kali jumpa dengan Hatta but still ktorg tetap tak reti malu nak pergi jugak approach Hatta nak ambik gambar. Time tuh Hatta baru sampai Malaysia lepas promosi Hatta RTW dekat Singapore. Even penat Hatta tetap maintain superb friendly!
Sempatlah borak-borak kejap dengan Hatta & Hatta sempat remindkan ktorg yang weekend nanti collection dia dah boleh beli dekat Hotel Sheraton KL. Actually, plannya memang nak sangat pergi. lepas tuh pikir balik exam then the next papernya financial. ewahh, paper yang paling "terror" kan so endnya Vna dengan Aniz macam cakap takpe ahh tak payah pergi. Tapi all of sudden malam lepas jumpa dengan Hatta terus mindset berubah 360 darjah daripada tak ahh pergi terus nak pergi nak pergi nak pergi. Malam tuh nak tidur seriously tak lena sebab asyik terpikir-pikir pasal baju hatta, baju hatta, baju hatta takde benda lain dah. siap main whatsapp dengan Aniz dekat bilik sebelah sebab masing-masing tak boleh tidur. ini kisah betul tau, bukan main karang propa dalam blog okey.
Setelah beberapa lama dihantui igauan model-model yang menyarungkan baju hatta di instagram, akhirnya 6 Julai tiba jua. Hari dimana ktorg akan pergi beli baju Hatta. Selalunya weekend kan memang lepas Subuh tak tahan godaan bantal & tilamku (actually hari biasa pon tak payah citer weekend jer lah) tapi tidak pada 6 Julai. Pagi-pagi lagi terus pergi bilik sebelah tengok Cik driver bangun belum, siap-siap terus shoot ke KL. Dalam hati sepanjang perjalanan tak tenang pikir ntah-ntah dah ramai orang beratur, what if beratur-beratur pastu once giliran dah sampai baju or design yang berkenan di hati habis saiz, warna yang nak-nak dah dikebas. Alhamdulillah ktorg manage arrived KL before event start. sesampai jer, crew Hatta tengah set up mannequin baju-baju untuk display. wehh yang kat situ dah cukup tergoda kot. Orang yang datang earlier than ktorg pon ada jugak.
Nak dekat-dekat pukul 10 ktorg jadi pioneer beratur masuk barisan & therefore ktorg berdua ialah orang 1st & 2nd merasmikan event Hatta gitewww!
btw, yang kat belakang tuh bukan members ktorg tapi gamaknya dia pon nak join bergambar ;)
Once bukak ja pintu masuk event tuh terus menderu pergi dekat section XS since diorang dah arrangekan according size. Vna masa kat luar lagi dah sebulat suara tekad nak ambik design yang mana. so once masuk je terus rembat try & keluar. Legaaaaanyaaaaaa & puas hati :)
Cuma besties kita sorang tuh mengalami dilema tak tau nak beli yang mana satu so sementara tunggu dia istikarah sambil whataspp uncle dia tanya pendapat sempatlah vna snap few design hatta untuk korang tengok di blogku ini.
Sedihnyaaaa ktorg aritu ialah Hatta datang lambat. Kalau Hatta ada masa tuh memang ktorg dah plan nak suruh Hatta signkan dekat paper bag yang dapat bila purchase Hatta RTW tuh. sobs sobs :(
Aniz cakap stay kejap kot-kot Hatta sampai ke kan. so sementara tunggu Hatta ktorg pon main snap-snap pictures kat situ nak buang masa :)
Like I told you Hatta RTW will be mine ;)
my vivalova
Dah sampai tak tau nak pose apa dah, last-last ktorg decide untuk balik sebab lepas tuh nak jumpa dengan Qayyum & future orang rumahnya. so takde rezeki nak jumpa Hatta lagi arituh. Gembira dapat baju Hatta tapi kecewa Hatta datang lambat. Nak di jadikan rezeki, ktorg bumped dengan Hatta dekat PARAM SEC7 Shah Alam. Padahal masa tuh sesak kot ramai orang tapi still tegur jugak Hatta. Siap bagi tau ktorg frust tak dapat jumpa arituh. Giteww macam Hatta tuh kawan ktorg je kannn...so pertemuan kali KEEMPAT dengan Hatta Dolmat which supposely happen dekat Sheraton,KL bertukar dekat bazaar Ramadhan sec7. Pon bolehhhh. Vna siap cakap dengan Aniz, kali KELIMA kalau kita jumpa Hatta mesti Hatta lari daripada ktorg sebab asyik-asyik muka kita, asyik-asyik muka kita,kita,kita dan lagi kita. LOL!
so which design yang Vna beli, tunggu raya nanti :)
kalau kita beli yang sama sedondon ahh kita di hari raya ewahhh :)
kronologi jumpa Hatta Dolmat dari rambut Hatta panjang sampai dah pendek smart gitewww!
To Hatta Dolmat,
Terima Kasih untuk design yang superb menawan hati ni.
tahun depan buat lagi :)
much love, vna erman :)