Wednesday, September 27, 2017

The Elderberry dUCk Scarves

Assalammualaikum,

Hai, hari ni hari Rabu. All of sudden teringat zaman study dulu ada ambik subjek Professional Development. Kelas untuk subjek tuh tiap-tiap hari Rabu pukul 8 pagi. Masa tuh dah semester kelima which is dah pindah ke kampus Puncak Alam. UiTM Puncak Alam masa tuh ada berapa ketul bangunan je. Bangunan faculty kami tak siap pun lagi so kami menumpang fakulti business. Kelas untuk kami semua tingkat melangut tinggi nak mampos. Level 10, 11 dengan 12 kalau tak salah. Dah kalau kelas pagi memang menangis nak tunggu lift sebab panjang gila so kalau untuk kelas Professional Development ni memang harung naik jugak tangga berlecak habis ketiak dont care as long as sampai before pukul 8. Lecturer untuk subject ni strict tau. Sumpah lah tak boleh recalled nama Madam apa (Sorry Madam!).  Madam memang akan sampai before or sharp pukul 8. First day class takde maknanya class cancel. Bebudak lelaki yang pepandai assume first day lecturer tak masuk pakat burn kedatangan sebab first day class dah terus belajar babe. Sharp pukul 8 terus dia akan kunci pintu dan start mengajar. Mereput lah kau dekat luar kalau lambat.

Dalam kelas dia tak boleh selekeh-selekeh sebarangan. Kena kemas, no jeans (memang undang-undang fakulti no jeans tapi belasah jugak as long as pandai cover/some lectures dont care as long as mai class no prob), dan untuk girls you must apply make-up. Yesssss, kena pakai makeup. Very light make-up. Kiranya tak boleh biar muka tongel datang ke kelas. Overall, kelas ni memang ajar betul-betul professional grooming dan didik attitude untuk jadi professional dalam setiap perkara kita akan lalui masa bekerja kelak. So tiap-tiap Rabu mesti akan doll up gitewwww.

Tapi, sesuatu yang memusykilkan tiap-tiap Rabu Madam mesti pakai warna biru. Satu hari Aniz terus tanya masa dalam kelas kenapa Madam suka pakai baju warna biru. Hence, Madam pun explain kenapa dia pakai baju biru setiap Rabu. Al-kisahnya Madam akan pakai baju ikut warna-warna psychology berdasarkan hari. Jadi warna biru sesuai di pakai pada hari Rabu. Madam pun share dengan class turutan warna mengikut hari. Bukan lah kepercayaan but in term of psychology dia macam membantu mood dan membentuk aura. Boleh google lagi for more explanation. Tapi Vna boleh share apa yang Madam kongsikan waktu class dulu tips nak atur baju yang nak pakai according to hari. Here we go:

Isnin: Putih

Selasa: Ungu/Pink

Rabu: Biru

Khamis: Kuning/Oren

Jumaat: Hijau

Sabtu: Merah

Ahad: Hitam

Sebenarnya Madam ada share kenapa hari ni patut pakai warna ini but honestly dah lupa. Maybe ada jot down somewhere dalam buku tapi mana buh pun tak tau dah. LOL! But I know I still keep it sebab sejenis bangsa sayang buku takkan simply jual dekat surat khabar lama.Yang masih ingat hari Sabtu kenapa pakai merah sebab kebiasaanya Sabtu hari bersantai/berehat /masa untuk keluarga jadi merah merupakan warna yang bold yang boleh membangkitkan mood ceria.Hari Ahad pula seeloknya pakai hitam terutamanya bagi orang Islam bagi mengelakkan terkena gangguan sihir dan seangkataan dengannya. BUT I CANNOT EXPLAIN IN DETAILS SEBAB LUPA! Kebiasaannya orang-orang yang mengamalkan ilmu hitam "test power"pada  hari Ahad. (Disclaimer :I DUNNO WHETHER THIS IS THE RIGHT EXPLANATION! Tapi lebih kurang beginilah Madam explain.)

Berbalik kepada keadaan class Madam, so lepaih Madam dah explain so start next week every Wednesday MOST of us memang akan cuba untuk pakai something blue. Tudung ke, kasut ke, tie ke anythings as long as ada biru. Bonus tips, ada terbaca somewhere dekat FB antara tips untuk ke interview ialah pakai baju biru sebab membantu untuk kita nampak menyakinkan di hadapan panel.

NEVERTHELESS,

Takde masalah apa pun nak pakai warna apa hari apa. It just perkongsian Madam dengan anak-anak murid dia dan tak salah jugak vna nak share dengan korang! Mungkin kita sejenis geng bila mana bukak almari tak tau nak pakai apa so maybe boleh guna tips pemilihan warna berdasarkan hari. Yes, I practice this each time mengalami symptom "TAKDE BAJU NAK PAKAI" (Read: baju berlambak tapi tak bersyukur LULZ!)

AS A CONCLUSION,
Kalau ada baju biru pakai lah pada hari Rabu!
:)





p/s: Yes, tajuk entry tak seriring cerita. LOL!
But heyyyyyy, yes I am wearing the Satin Silk in Elderberry. 

Much Love, Vna Erman

Tuesday, September 19, 2017

Mermaid Luxe Raya 2017 by Liyana Jasmay

Apoooooo kat tajuk ada perkataan RAYA tewwww?
Raya puasa lama dah aihhhh habis. Raya haji pun dah selesai. Jemaah pun pakat selamat dah touchdown Malaysia.

 LOL!

Assalammualaikum,
Hai readers, yes memang tajuk ada perkataan raya tapi bukan nak really cerita pasal raya pun. Basically raya aku sama je macam tahun lepas, 2 tahun lepas, 3 tahun lepaih. Masih single lulz! Hahahahaha. So tak perlulah update. Tapi aku nak cerita pasal brand Mermaid Luxe by Liyana Jasmay . Ini first time aku purchase baju from this brand. Masa tengah browse thru Zalora, tetiba terjatuh cinta dengan design Candy Stripe Gradient . Dia nampak sweet simple yet adorable gitewww. Since weather Malaysia panaih lit lit so memang aku cari baju rtw yang betul-betul sesuai nak pakai masa raya.






Baju ini berharga RM339.00. Tapi terima kasih Zalora atas ihsan diskaun + coupun code aku dapat purchase baju ni less than RM200. Penjimatan yang berbaloi. Untuk design ni ada dua warna, light pink dengan blue. Honestly warna biru lebih menarik di bahagian baju tuh. Tapi dah banyak colour biru so ambik lah pink. Dari segi sizing,design ni di datangkan dari saiz XS sehingga L. Aku rasa cutting dia sesuai untuk orang berbadan kecik. So my advise, kalau awak-awak berbadan curve please skip this brand. Aku pakai saiz XS. Baju ok molek, tapi kain ketat " sikit " dan kain dia masya allah  labuh gila boleh bersih kampung menyapu. So memang aku hantar alter dekat tailor untuk pendek kan. I wonder LJ kecik molek je kenapalah dia buat kain berjela-jela. 

APA YANG BEST PASAL BAJU INI?
1. Material kain dia polybend which is superb best pakai masa cuaca panas. Kain dia jarang sikit so kena pakai inner. 
2. I LOVE ORGANZA. Dekat baju ni ada little touch organza dekat bahagian dada ada riben (hidden under my tudung) dan dekat bahagian bawah baju. Love love love the ombre touch! 
3. Ada sediki twist dari common baju kurung. Plate/susun kain biasa nya bahagian tepi atau belakang but for this design bahagian depan. Lama dah cari rtw yang buat kain macam ni. Thanks LJ! 
4. Skirt/kain simple cutting tapi ada litte touch lace to create soft look. 

Overall, superb lafffff this attire. Incase ada yang nak beli boleh ke official web Mermaid Luxe or beli dekat Zalora. Check it out! 
 




OOTD Featured Items::

Scarf: The Alhambra dUCk
Baju Kurung : Mermaid Luxe
Bag, Sunglass and Shoes : Charles and Keith.

Much Love, Vna Erman :)

Tuesday, September 12, 2017

Peace Ouchh!

INI AKIBATNYA BILA CUAI!


Assalammualaikum,

Sejak pindah rumah lain, memang tak masak langsung sebab rumah still tak terurus. Tambahan pulak rumah yang stay sekarang ni menyewa sebab rumah yang abah tengah buat masih belum siap. Rumah sewa ni rumah baru. Means owner sendiri pun tak pernah duduk. Dia beli lepaih tuh once rumah siap terus di sewakan. Jadinya rumah masih cantik bersih putih berseri. Kita kan orang Melayu kuat menumis sambal.Senang cerita masakan berminyak memang sinonim lah so tak nak macam kotor kan dinding dapur rumah sewa ni. You know kan kat dapur kat dinding-dinding macam jadi kesan minyak bila memasak. Hence kita orang pun decided makan luar habis cerita.

Tapi dah kalau sarapan dekat luar, lunch sampai ke dinner kat luar naik muak jugak lah. Sampai satu tahap rasa makan telur goreng kicap dengan nasi pun dah nikmat. So last-last beli lah jugak meja kabinet memasak setidak-tidak dapat masak lauk simple pun jadilah. Semenjak tuh berasap lah kembali dapur rumah kami. 

Nak dijadikan cerita, satu petang tuh dah siap dah semua hidangan. Kteow goreng basah untuk mak dengan abah, done! Eh adik aku balik kerja nak makan nasi so ok lah nak masak ikan goreng berlado. Lepas dah goreng ikan tuang minyak yang dah guna dalam periuk kecik nak tumis sambal. Lepas tu ntah macam mana terlupa masa dok masak-masak tuh terpegang periuk hat dok ada minyak panas maka melekap lah jari ku hambik habuan azabbbbbbbbnya! 

Masa tu cecepat bukak paip biaq jari bawah air mengalir. Tapi bila tutup air tangan tuh still dok berasa berbahang lagi. Bukak peti sejuk capai ketul ais genggam sambil gosok-gosok dekat jejari semua (sebab selalu tengok Masterchef Australia pasukan medic mai suh contestant pegang/genggam ice cube bila melecur so tirulah). Tak menjerit tak apa sebab takut mak buat drama ishhhh anak aku nilah buat keja macam mana.....  beserta raut muka yang risau tu. You know mak mak kan. Tak kisah anak tua bangka mana pun mak mak tetap risau. Tapi nak teruskan masak macam tak boleh nak pegang sudip sebab jari yang kena tangan kanan last-last panggil jugak lah. Lol!

Bila abah dengan Erleen sampai rumah, Erleen kata orang kata kalau melecur bubuh ubat gigi. Terus masuk bilik air capai colgate gosok tenyeh-tenyeh. Mai aihhh lagi pedih berderaiiiii ayaq mata. Rupanyaaaaa......

Tips merawat tangan melecur ialah:
 JANGAN LETAK UBAT GIGI!
Sumber daripada #MedTweetMY

Padan muka aku bertambah-tambah pedih. 
Lepaih tu abah kata orang tua-tua kata lumur tangan melecur tuh dalam tepung. I dunno keberkesanannya tapi dia macam kurang kan SIKITTTTTT lah rasa bahang sakit tuh. Make sure guna tepung baru dan masih bersih. Jangan dah balance ko uli kuih ambik bubuh. For hygiene purpose. Other tips dapat dari tok masa tunjuk dekat dia jari gelembung dia kata masa kena teruihhhh lumuq dengan garam. Tak sempat buat sebab masa jumpa tok 2 hari kemudian lepas kejadian. Lulz! 

Maka dapur pun kembali tak berasap!
Peach Ouchhhh!

Much Ouchhhh,
Vna Erman.

Monday, September 04, 2017

The World Map dUCk Scarves

Assalammualaikum,

Kalau yang memang pernah/masih membaca blog ni sejak dulu-dulu for sure akan tau betapa obsesnya aku dengan brand dUCk sejak dari hari pertama dia launch. Yes harga dia memang pricey compare dengan tudung-tudung yang lain tapi aku memang mudah jatuh cinta dengan benda-benda yang ber-packaging menarik. Hidup ni senang je, kalau mampu beli, tak mampu usaha lebih dapat hasil berbelanja lah apa yang dihajati. Tak suka tak usah dikeji-keji. For your information, starting price dUCk masa dia memula memunculkan diri hanya lah RM120 untuk Premium Basic (untuk non-duckies/future duckies PB bermaksud shawl plain kosong) dan RM160 untuk Limited Edition (bercorak/hanya produce sekali once sold out bye-bye menangis tepi bucu katil).

Lepas makin dikenali, harga pun makin naik. Biasalah, kalau artis menang awards pun akan demand bayaran yang lebih lagi ye dak? Katanya PB di upgrade materialnya dan beberapa material baru diperkenalkan lagi maka harga naik menjadi RM130 untuk semua PB kecuali material Fluff RM150 (sehingga setakat September 2017). Manakala untuk LE harga bermula dari LE pertama hanyalah RM160 tapi sekarang menaik hingga mencecah RM300 (gurlppp),RM400 (edisi duck X Bowerhaus), RM600(edisi The Royal), dan RM 800 (edisi The Swasrovski KL) . For sure semua LE yang melebihi RM300 tak termampu dah nak collect. Kalau dulu asal keluar LE jual la apa-apa preloved nak kumpul duit beli tapi sejak mencanak harga naik ni tak ter-collect lagi dah LE. Jual preloved pun tak terkumpul duit nak membeli.bahahahahahahaha!

Tapi yang bertambah sedihnya sekarang bila makin berlambak orang mula menjual dUCk version tak original. Kalau dulu pakai dUCk rasa exclusive sangat especially LE sebab rare. Tapi sekarang semua LE dah ada version #ducknam (duck cap vietnam).  I dont mind orang nak pakai benda murah ke benda mahal ke lantak kau lah hidup kau duit kau. Tapi please be original. Feeling pakai barang original ni lain tau. Kalau kita tak mampu, its ok kita usahakan dengan cara yang betul sampai kita mampu untuk memiliki. Itu pun salah satu cara untuk motivate kita to work harder.

Bertambah-tambah tragisnya, ada yang jual tak original tapi claim to be original. OMG tergamak makan duit haram. Kesian sangat dengan yang membeli. Yelah harga bukan murah. Believe me sangat lain dUCk original dengan duck version Vietnam. Walaupun seller claimed copy 100% copy ori tidak oh tidak dia penipu besar. Sumpah yang jual kat pasar malam tuh semua berbeza dengan original. But at the end of the day, its your money so its up to you.

Oh btw, dah alang-alang kan nak review lah sekali pasal salah satu LE dUCk iaitu The World Map dUCk. LE ini pun berlambak-lambak version pelesuuuu OMG so sedih tengok. Material yang digunakan satin silk tapi lainnnnnn dari LE yang lain even yang lain pun guna satin silk. World Map sangat silky, lembut which is a bit harder to handle sebab lembut sangat compare with the kl duck (mine is the 1st edition white and black colour not the off white) or weave duck. Tapi finishing hem sangat kemas. Kalau beli yang version pelesu even tiru sebijik-sebijik dengan eyelash pun tetap tak sama kekemasan dia. Percayalah sebab dah compare kan yang sendiri punya dengan yang jual version pelesu tuh.  In term of colours, ada 4 warna je dUCk produce iaitu Pink, Lilac, Vintage dan Grey. To me colour pink paling cantik lah. Thats why grab warna pink. So any other questions nak tanya pasal LE world map ni boleh drop kat bawah okey? In case nak hunting since this LE memang dah sold out!








OOTD Featured Items:

Scarf: The World Map dUCk
Bag: H&M
Top: Padieka Raccolta Boutique
Pants: Scarlet
Sunglass: Charles and Keith
Location: Street Art (bawah jejantas) berhampiran Kilang Antong/Station Keretapi Taiping
check it out!









Much Love, Vna Erman :)