Assalammualaikum,
Proses adaptasi
Hari pertama jejak sekolah memang totally blur.Lepas dah lapor diri dekat Guru Besar terus senior teacher bawak pergi bangunan khas yang menempatkan "bakal-bakal" pelajar aku. Nervousss habaq hang. Sebab seriously tak pernah ada penggalaman nak mengajar golongan istimewa macam ni. Ya, cikgu pendidikan khas to be clear! Bukan tak pernah mengajar, tapi this is totally new to me and definitely different mengajar budak-budak prasekolah/tadika dengan budak-budak istimewa.
Masuk-masuk bilik guru (which is dalam bangunan yang sama dengan kelas budak-budak) berkenalan dengan cikgu-cikgu yang lain, oh ok aku paling muda. Tahap seriuuuu bertambah. Mampuih la kalau tak reti nak tanya sapa, segan aihhh dengan senior teacher. Lepas tu one whole day study lesson plan, perhati cara cikgu-cikgu lain mengajar, perhati pe'el students, macam mana nak handle masa dalam kelas, nak pergi rehat dengan masa balik. Oh ok get the idea already. Yang bestnya jugak jadi cikgu pendidikan khas kami ada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk handle pelajar-pelajar. Phewww! To be honest, aku memang banyak refer dengan PPM since diorang semua baik-baik dan tak lokek nak tolong aku handle students dengan segala persiapan P&P. Thank you Kak Munai, Kak Su, Kak Eny & Kak Ena :)
Lepas dari hari pertama move on to next,next,next day ok dah mula rasa selesa. Dah boleh adapt dengan keadaan sekeliling, dah boleh catch up dengan rutin-rutin cikgu pendidikan khas. Well, bila orang dapat tau aku jadi cikgu sandaran untuk pendidikan khas, soalan diorang akan tanya susah tak? Tak susah tak senang. Tapi aku memang seriously enjoy walaupun masa mula-mula takut tak pandai nak handle. Kalau budak normal lain la, sekali kita cakap diorang boleh get idea. Kalau kita marah depa tau depa silap. Tapi students istimewa cara nak mengajar tiap-tiap seorang memang lain-lain. Maka nya memang cikgu-cikgu akan mengajar setiap pelajar one by one. Pelajar yang lain sementara tunggu turn, PPM akan tolong handle dan perhatikan.
Macam mana golongan pelajar?
Sekolah ni sekolah rendah harian kerajaan, (aku pun tak sure boleh reveal ke tak nama sekolah for the sake of my students safety aku takyah reveal la ok) so maka nya ada la pelajar dari darjah satu sampai darjah enam. Untuk kelas pendidikan khas, tak sama pembahagian kelas macam budak-budak aliran normal maksudnya 7 tahun sah-sah darjah 1, 12 tahun sah-sah bakal ambik UPSR. Untuk pendidikan khas sekolah yang aku mengajar ada 5 kelas dan satu kelas ada 6-10 orang pelajar. Diorang dibahagikan mengikut tahap keupayaan masing-masing in term of IQ,kebolehan menguruskan diri,mendengar arahan, peperiksaan and etc.
Let me introduce sebahagian anak-anak murid aku. Yang ada gambar lah, sebab ada few terlupa nak ambik gambar, segan nak senyum lah and keadaan tak mengizikan untuk dirakamkan gambar diorang. The first one is UMMU HABIBAH.
Masa hari pertama kan aku cakap aku memang totally blurr. So aku belajar dari pemerhatian. Masa rehat cikgu bertugas dengan cikgu-cikgu yang lain (sebab dah alang-alang memang nak pergi kantin rehat) akan guide murid-murid ni pakai kasut (yes,diorang masuk kelas bukak kasut), so betulkan lah mana yang pakai kasut kiri kanan terbalik, lepas tuh pegang tangan diorang bawak sampai ke kantin. Bila dah sampai kantin PPM dah ready letak bekal diorang yang parents diorang bekalkan or makan RMT dekat meja masing-masing. So I keep perhatikan macam mana. Lepas tu si Ummu ni panggil aku & tunjukkan makanan dia. Sebagai seorang yang baru manalah aku nak tahu yang budak-budak ni patutnnya dibiarkan untuk makan sendiri as one of the process untuk mengajar diorang berdikari. Aku pikirkan kena lah suap kan si Ummu ni haaa sebab dia beria bagi sudu dia dengan tunjukkan makanan dia. So aku pun suapkan. Rupanyaaaaaaaaaaaa.....DIA BULI CIKGU!
Padanlah masa aku dok suap si Ummu, senior teacher semua dok membahan si Ummu sambil cakap "Hamboiii Ummu mengada nampak harini" "Oh Ummu buli cikgu eh....."
Dah memang dia buli aku rupanya. Bila dah habis waktu rehat, Kak Ros (one of senior teacher) baik orangnya, datang kat aku cakap budak-budak ni kita kena biar diorang makan sendiri, guide dari tepi je (biasanya PPM lah buat) si Ummu tu tadi nak membuli kamu la tuuuu. Hahahah den terkono!
Dan selepas dari hari pertama, si Ummu ni dah tahu dia aku ialah seorang guru yang tak digeruni maka tiap-tiap kali turn masuk kelas dia ada je benda dia nak mengacau aku. Ambik kotak colour la, duduk bawah meja conteng kain aku lah, cucuk kaki aku dengan colour pencil bila aku pi mengajar kawan dia (to be specific dia jealous) so dia mengacau lah. I is fening! Hahaha. Hadoiiiii.
Tapi Ummu walau pun dia dalam category down syndrom, dia boleh dikategorikan sebagai bijak (bagi tahap dia lah). Dia boleh mewarna, lepas tu paham jugak lah arahan kita. Contohnya, suruh dia ambik tong sampah, dia tau walaupun nanti mulut dia citcit ish ish (pandai mengeluh ok!). Kalau dia tak mau buat kerja dia aku selau cakap "Dah ahhhhh,cikgu tak kawan dengan Ummu dah!" Nanti dia mesti akan berpaut dekat kaki aku or tangan ke tak bagi pergi dari dia suruh temankan sampai dia siap kerja.
Banyak akal punya budak!
Kadang-kadang tu dia sajaaaaa nak sorok pen aku lah, bawak lari fail catatan harian (tiap kali masuk kelas kena tulis progress students, peragai diorang, boleh tak menguasai P&P tiap-tiap subject), kacau kawan dia lah. Tipulah kalau aku memang sentiasa berlagak cool. Masa first week memang lah segan nak menjerit ka pa, cakap pun memang ala gadis melayu gitewww, dah masuk minggu-minggu seterusnya, dah boleh adapt dengan rutin, senior teacher dan kenal pelajar semua haaaaa memang keluarlah suara veto nyaringggggggg bigitku.
UMMUUUUUUUUUUU!!!!!
Nanti terus dia buat isyarat tutup telinga sambil syuhh syuhh suruh aku diam.
Haaaa hambik kau baru kenal sapa Cikgu Vna sebenarnya.
tapi memang few seconds je lah lepaihhh tu........
dia buat balik.
#redha.
This one nama nya Izham. Izham so far kat sekolah tak bercakap. Aku pun terlupa dia OKU in term of apa. Tapi masa hari ambik kad laporan Mak dia cerita kat rumah dia ada "bersuara" sikit-sikit tapi sangat rare untuk dia bercakap. Tapi kat sekolah sepanjang aku mengajar dan based on PPM cerita memang Izham tak bercakap. Tapi dia paham lah apa kita cakap. Paling dia suka dengar "Izhammmm pakai bag nak balik......" Berdesuppp laju. Oh, dia suka jugak kalau kita ajar pakai clue card ada gambar kereta ke motor ke haaa memang favourite dia lah. Lepas tu sukaaaa berjalan pergi kat tingkap melangut tengok tractor dengan lori pasir kat belakang bangunan buat blok sekolah yang baru.
Meet Syafikah. Dia tersangat lah camera-friendly!
ajak selfie pun takdak hal! Good girl. :)
Meet Thasvini, Syafiq & Haris.
Yang ni sebahagian daripada anak-anak murid aku yang sempurna fizikal semua just that diorang "lambat" sikit in term of pelajaran. That's why mereka ditempatkan dekat kelas pendidikan khas. Diorang belajar semua benda yang sama macam aliran perdana belajar cuma berbeza teknik pengajaran/pendekatan untuk bagi diorang faham.
Meet Mukhriz.
Allahuakhbar, ni murid aku paling becok nazubillah. cikgu,cikgu,cikgu! Hobi dia memang bercakap. Cuma tak berapa clear sikitlah pronunciation dia. Paham-paham lah kenapa. Favourite tengok Upin Ipin. Kalau masuk bilik muzik pasang Upin Ipin memang habis hati lah.
Meet Ally.
Dia tak banyak bercakap. Ada deria "istimewa" Allah hadiahkan kat dia but let me keep as secret k? Tapi masa aku dapat tau deria istimewa dia ada, which is ayah dia sendiri cerita kat aku masa hari ambik kad laporan seriously a bit ketaq lah. Pastu PPM pun cerita case-case before ni dan tetiba satu hari masa tengah-tengah aku mengajar tetiba..........
Whatever it is dia orangnya ceria tau. Walaupun tak banyak bercakap tapi dia excited untuk datang sekolah. Pagi-pagi dia sendiri bangun tak payah orang kejut. Dia pun antara yang awal sampai sekolah. Kadang-kadang dia ada menyanyi, tepuk-tepuk tangan, ketawa semua especially dengan bff dia Merul. Takdak pulak gambar Merul nya nak tunjuk. So pi mana-mana depa mesti berdua.
Meet Sofia, or kami panggil Pia.
Pia ni cantik tau. Even dia macam ni but honestly dia cantik. Kulit dia mulus putih melepak. Kadang-kadang aku dah start mengajar tapi dia baru sampai kelas. Nanti dia dah sampai tepi kelas, dia tutup muka dengan tudung dia sambil sorok tepi pintu grill malu. Nanti kita panggil "Piaaaa masuk lah lekaih dok buat pa kat pintu tu haaaa...." Dia buat muka malu lagi. Lawak aihhh. Nanti PPM tarik tangan dia masuk kelas baru dia masuk.
Pia suka menyanyi dalam kelas aku. Sambil dia siapkan latihan aku bagi nanti dia menyanyi-nyanyi la. Lagu favourite dia Burung kakak tua. Ke sebenarnya dia nak perli aku sebab banyak sangat cakap? #justrealisewhilewrittingthisentry
Sampai aku terpaksa cakap..."Piaaaa,lagu lain pulak!" Bahahaha.
Kalau dia tak menyanyi benda lain dia buat ialah zzzzzZZzzZzzz! Menurut PPM, Pia susah nak tidur malam. So pagi-pagi bila dia sampai kat kelas dia memang mengantuk.Pernah je dia masuk kelas aku sangkut beg kat kerusi zuppp lena lagu ni.
Selamat malam Pia. Sleep tight!
Apa yang aku mengajar?
Aku ialah guru kelas dan juga mengajar subjek Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik,Pendidikan Moral dan Kemahiran Manipulatif. Haaaa banyak tak? Masa Zalik dapat tau aku mengajar Pendidikan Seni boleh dia bantai gelak sambil typing "Hang mengajar seni??" dalam Whatsapp.Kuang ajaq! Bahahaha.
Tapi wajarlah dia gelak sebab aku memang totally out bab melukis. Tapi aku mengajar pendidikan seni untuk yang tahap paling bawah so memang depa mewarna lah 24jam dalam kelas aku. bahahaha. Tapi aku buat gambar tu ikut tema macam dalam Rancangan P&P contohnya tema alam semulajadi so ada hari colour gambar burung ke lembu ke, bunga ke. Masa kita bagi kertas gambar untuk mewarna tuh kita explain la ini bintang apa, dia warna apa, bunyi dia cemana, dia makan apa. Haaaa begitu k? Takdak la bodoh-bodoh asyik mewarna dalam kelas aku ni haaaa.
Kadang-kadang aku kena masuk relief. Sometimes aku bagi je budak-budak ni main permainan dalam. Specialnya kelas pendidikan khas ni permainan berlambak-lambak. Lego, huruf blog, congkak apa ke benda kau nak semua ada. Kadang-kadang aku bagi mewarna....lagi. Haha. Tapi mewarna tak la semudah adik-adik diorang yang kelas tadi,tapi mewarna ikut arahan. Contoh aku bagi gambar orang. Ok dekat topi ada nombor 2, so diorang bacalah arahan kat atas nombor 2 kena bubuh warna apa. Camtulah lebih kurang latihan nya. Nak make sure diorang boleh paham simple instruction, kenal warna, kenal nombor. Bagi kita yang normal ni memang nampak simple, tapi untuk mereka-mereka ni lain tahapnya. Tolong jangan sarcastic k? #protectiveeducator
Meet Eric
The only Chinese student pendidikan khas kat sekolah ni. Sopan budaknya. Kalau mintak tolong pun dia suka nak tolong. Suka nak datang dekat meja aku pagi-pagi tanya harini masuk kelas dia tak. Sebab aku selalu bagi diorang main dalam kelas Muzik. Suka latewwww.
Meet Ian.
Dia autism. Tapi kalau mewarna memang cantik kemas. Dia pun smart budaknya. Yelah, anak ATM gila tak kemas. Masa raya baru-baru ni aku dengar dia miming-mining satu lagu sangat familiar. Bila dengar betul-betul dia nyanyi lagu Aisyah, Pulanglah. Ada videonya tapi berat nak upload so lupakanlah.
Meet Thasvini.
Aku mengajar kelas dia subjek Muzik. Lepas tu tiap-tiap cikgu pendidikan khas tu ada program RPI (Rancangan Pendidikan Individu) and Thasvini one of students bawah seliaan aku. Google sendiri lah RPI untuk pebenda k? Malas nak cerita.
Meet Marry Ann.
Untuk kelas dia aku mengajar Moral dengan Muzik. Masa kelas Moral dia seorang je aku kena mengajar sebab dia the only bukan Islam dalam kelas tuh. Hahaha. Memang rare habis seorang ja murid dalam kelas. Buat latihan pun aku bagi banyak-banyak kat dia sebab dia sorang je kot dalam kelas lepaih tu waktu sampai 2 masa. Dia selalu mengelat ajak aku bersembang sebab malas nak buat latihan.
Meet Muiz and Firdaus
Kalau kira tahap, kelas ni yang paling ok la. Maksudnya diorang senior lah. Untuk kelas ni aku mengajar Kemahiran Manipulatif. Mesti cam tertanya-tanya apakah kemahiran manipulatif itu? Dia macam pembelajaran motor kasar motor halus camtu. Contohnya macam nak uji IQ budak tu untuk gunting kertas zing zang ke, baling bola masuk bakul ke, lipatan camtu. Google la untuk lebih info. Tak reti pulak nak explain.
Muiz ni pengawas untuk aliran pendidikan khas. Dia banyak bertanya dalam kelas aku la. Paling excited kalau buat aktiviti lipatan or origami ni. Baru habis kelas, dia dah siap tanya minggu depan nak lipat apa pulak cikgu. Nak je aku cakap tolong lipat kain baju cikgu nak? Bahahaha.
Kalau Firdaus pulak pemalu. Alahaiii macam emas suara dia kalau nak dengar dia bercakap. Tapi dia paham la tiap arahan aku bagi. Dua-dua good boys!
Meet Nurul and Wani.
Wani ni pun pemalu. Kira kelas ni memang stok pemalu.
kan dah cakap ;)
Ni antara latihan/aktiviti masa dalam kelas-kelas aku.
Barisan Guru-Guru dan PPM
Cikgu Razak, Cikgu Azhar, Cikgu Faiz
Kak Su (PPM), Kak Ti, Myself,Kak Liza & Kak Ros, Kak Ina (PPM) & Kak Munai (PPM)
Kak Rofizah (PK Pendidikan Khas),Kak Norm, Kak Eny (PPM) & Kak Aini.
Ni behind the scene nak ambik gambar beramai-ramai masa bulan puasa baru ni.
Inilah barisan anak-anak murid istimewaku. Tiap-tiap seorang memang unik cara tersendiri. Diorang lebih kepada menghiburkan daripada membebankan. To be honest, lebih senang mengajar diorang compare budak-budak normal sebab yang normal lagi macam-macam ragamnya lagi panjang akal dia nak buat nakal. Haha.
Seronok, seriously seronok jadi cikgu. Of course kena banyak bersabar, be cool as possible, treat murid kita macam kawan kita, bagi "rasuah" sikit macam sticker,cop comel-comel as a treat untuk tiap-tiap hasil kerja terbaik yang diorang buat.The only MAIN problem yang paling aku tak boleh handle ialah budak-budak suka tak takut dekat aku. Daripada aku mengajar budak normal/aliran perdana sampai lah ke pendidikan khas memang takda istilah takutnyaaaaa kat Cikgu Vna!. Hergh! Macam mana aku jerkah, marah harammmm takdak sorang pun takut. Apa tak cukup nyaring lagi suara aku ke? Hadoiii.
Mungkin faktor genetik jugak kot aku rasa best jadi cikgu since Abah & Abang aku pun warga pendidik. Feeling bila kita jalan pastu ada murid sapa kita bagi salam ishhhh best weyh.Sebab dulu kita pun pernah buat camtu dan sekarang anak murid kita buat balik. That feeling tak boleh nak describe. Nak-nak lepas dia berselisih dengan kita bagi salam lepaih tu bisik-bisik sesama diorang. "Cikgu baru tu cantik kan......."
best feeling ever!
#fliptudungsikit
Till next story,
Much Love, Vna Erman :)