Assalammualaikum,
Hello blog picisanku, hello reader kesayangan sekalian.
Last month Vna pergi ke Melaka dengan family except abang Vna tak join sebab dia kan kerja dekat Terengganu. Well, this is not the first time Vna datang Melaka. Masa zaman study dekat UiTM dulu adalah 2-3kali merayap ke Melaka ini. Lepas Vna habis degree, adik Vna pulak masuk matrikulasi dekat Melaka so dalam setahun ni (since June last year) ktorang memang ke Melaka ibarat kampung kedua katanyaaaa.
Since adik Vna dah nak habis study dekat matrik insya allah hujung bulan april ini (hopefully semuanya lulus cermelang) so Abah dengan bermurah hati bawak ktorg stay 3hari 2 malam dekat bandaraya Melaka.
memang ahh selama ni ulang alik Melaka jenguk/pick up adik Vna tapi kami sekadar masuk tol Simpang Ampang drive vrooommmm sampai kat area Londang lepas tuh patah balik Perak or kekadang turun Shah Alam lepak sana. Gitewww lah selalunya. Trip kali ni je kami sekeluarga stay bermalam kat sana.
Sesampai lepas pick up adik Vna dekat matrik, kita orang pun mengagau set GPS nak cari jalan ke center Melaka dengan cari hotel jugak sebab kita orang ingat nak walk in terus since that time belum school holiday lagi. Ktorang datang one week before cuti, so hotel mesti ada kan. Pusing punya pusing plus jalan kat Melaka kan one way memanjang sampai naik feed up last-last Vna call LIVE GPS, iaitu si Qayum. Mula kol Mrs, Qayum a.k.a Ili tapi Ili tak jawab so nasib baik ahh Qayum pick up call nak datang menyelamatkan (such a superhero la kononnya!). Dia datang ambik dekat UiTM Bandaraya bawak carikan hotel siap bagi payung dengan air mineral sebagai bekalan sepanjang stay kat Melaka. Kau memang #akuadakawan sungguh. (if korang reader setia, mesti korang dah baca cerita pasal aku ada kawan ni).
Thank you Qayum & Ili sebab jadi LIVE GPS sepanjang aku dekat Melaka. Semoga Allah balas jasa kalian.
Settle bab check in segala, lepas Maghrib baru kami sekeluarga memulakan misi menjengah Melaka. Destinasi pertama Melaka River Cruise. Charge untuk sekali trip RM 15 (untuk local people) and setiap seorang akan dapat goodies bag yang kat dalam ada muffin dengan air mineral dan fridge magnet Melaka River Cruise sebagai cenderahati.
Lepas dah menyelusuri sungai Melaka, Vna bawak family Vna jalan-jalan Jongker Walk (since Vna ada experience merayap Melaka before ni that's why semua destination Vna yang jadi tour guide.LOL!)
Masih sama segalanya tentang Jongker Walk since the last visit Vna. Nothing change, just ada Hard Rock Cafe baru bukak berdekatan situ. The hard core fans of Hard Rock Cafe you can screammmm out NOW!
Cheq tak duduk sini lah, cheq mai menyibuk ambik gambar daaaaa ;) LOL.
Keesokkan hari nya, sesi menjelajah bandaraya diteruskan lagi. Destinasi pertama ialah Kompleks Muzium Rakyat yang terletak di Kompleks Warisan Melaka, Jalan Kota. Harga tiket yang dikenakan bagi dewasa ialah RM 3.00 sahaja. Dekat sini korang boleh tengok macam-macam benda pasal komuniti di Malaysia dari segala aspect sukan, kebudayaan, kesenian, pakaian tradisional dan jugak pasal tokoh-tokoh mahsyur di Malaysia antaranya Dato Wira Hj Borhan dan bermacam lagi ilmu pengetahuan menanti anda. Antara yang best dekat sini ialah ada satu galeri khas yang menempatkan batu-batu meteor ORIGINAL bukan replika. Kesemua koleksi batu meteor di situ adalah datangnya dari koleksi Dato' Jaafar Jamaludin, yang merupakan pengumpul tegar batu meteor sejak tahun 1993. Kebetulan masa family Vna tengah menelaah pasal meteor Dato kebetulan datang galeri and ktorang dapat opportunity tanya itu ini pasal meteor. He was a nice man and you can ask anything regarding meteor. Beliau sempat menunjukkan salah satu daripada koleksi meteor yang terdapat di situ ada kalimah Allah & I swear its TRUE. Vna dengan yang lain-lain nampak memang jelas kalimah Allah ada dekat situ. Subhanaallah! ALLAH MAHA BESAR! Tapi Vna takde gambar batu-batu meteor kat situ. I think you should went there and discover it. Bila korang discover korang akan tahu kenapa meteor itu wujud, apa kita boleh buat dengan batu meteor tersebut and tengok sendiri batu meteor yang Vna cakap ada kalimah Allah tertera. Amazingly!
Great to meet you Dato' Jaafar Jamaludin.
Seterusnya perjalan diteruskan dengan mendaki bukit termengah-megah nak mampus (gua memang tak berstamina punya olang maaaa) sampai lah kami dekat St. Paul's Hill. ya ampun semputtttttt.....
Menurut bacaan Vna dekat sini di bina kawasan perumahan, tempat penyimpanan makanan, istana, meeting room untuk British Council dan jugak lima buah gereja. Tetapi selepas tujuh bulan menghadapi serangan dari pihak Belanda telah memusnahkan sebahagian besar kawasan kubu dan yang tinggal sehingga ke hari ini ialah pintu masuk dan juga struktur gereja yang tinggal di atas bukit.
Dari atas, ktorang turun ke bawah ke kawasan salah satu mercu tanda Melaka di mana orang cakap kalau ke Melaka tak sah kalau tak lihat sendiri Kota A' Famosa.
Jalan ke depan sikit, terkedek-kedek lenggang mak Limah ktorang jelajah ke Memorial Pengistiharan Kemerdekaan.
Vna merupakan salah seorang yang sangat menghargai sejarah. I am good in history subject and score A for PMR and SPM. Kalau korang perasan Vna banyak pergi muzium, galeri and those historical places in Malaysia. Ntah, bila pergi tempat-tempat macam ni dia buat kita makin appreciate/sayang lebih dekat negara sendiri. Pada Vna tak salah mengenang perkara yang lepas sebab yang lepas itu pengalaman dan pengajaraan & I am totally disagree with those people yang menghina sejarah. Itu pasal kalian suka memberontak tak tentu pasal. Berbalik kepada Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, masa dekat sini Vna macam tenung bangunan tuh and all of sudden automatically macam terbayang situasi di mana Perdana Menteri Malaysia pertama YM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu iaitu pada 31 Ogos 1957 di bandar Hilir Melaka pada 20 Februari 1956. Masa tonton filem Hati Malaya pun menagis segala masa Tanah Melayu dapat kemerdekaan, apa ntah lagi bila jejak the real location.
Ya Allah,
Semoga Malaysia sentiasa selamat dengan izinMu.
Seterusnya, kami ke destinasi terakhir (actually banyak lagi places tapi tak terlawat, kaki dah penat, badan dah berpeluh hadap cuaca hangat) so last destinasi ialah Muzium Dunia Melayu Dunia Islam. Harga tiket ialah RM 2.00 sahaja :)
Muzium ini ada dua tingkat. Masa Vna datang dekat ruangan bawah ada pameran fotografi bertemakan bebas merokok. Dekat satu sudut, ada segala macam gambar bandar Melaka zaman dahulu. Dekat tingkat atas ada macam-macam khazanah masyarat Melayu serata dunia. Ada alatan muzik, ada replika masjid-masjid masyur di Indonesia, ada gambar-gambar, sejarah tokoh islam, pakai tradisional, (section paling Vna suka dekat mana-mana muzium sebab suka nak ambik inspirasi lepas tu olah sendiri bila nak buat baju) dan macam-macam lagiiiiiii :)
Actually setiap muzium/places yang Vna masuk semua barang-barang yang ada dekat situ Vna ada ambik gambar, tapi terlalu banyak sangat tak ter-upload. So Vna just summary kan apa yang ada dekat situ and korang go and check it out later ok?
Sebelah malam lepas memasing dah balik rehat charge balik bateri berjalan seharian, kami sekeluarga ambil kesempatan naik Menara Taming Sari Melaka di mana charge yang dikenakan setiap seorang adalah sebanyak RM 15 seorang :) Sama macam dekat Melaka Cruise, dekat sini pun dapat goodies bag yang disertakan air kotak dengan muffin. Kiranya sambil tengok pemandangan bandaraya Melaka boleh lah ngap-ngap hirup air kotak perut kenyang hati senang. Pakej gitu. Such a great hospitality.
Antara gambar yang terselamat daripada gegaran untuk tatapan kalian.
If you ask me mana lagi best naik waktu siang atau malam ntah, I think both situation ada advantage memasing. Kalau naik malam macam Vna, apa lagi yang best nak tengok selain gemerlapan lampu-lampu tapi kalau siang hari bila kita berpusing sure dapat tengok Selat Melaka lebih cantik compare waktu malam tak nampak apa pun. Tapi nasib baik siang hari kami dah mendaki St.Paul Hill sebab bila dah sampai puncak dari situ pun dapat tengok betapa cantiknya laut ciptaan Allah S.W.T
Gambar kurang kejelasan bersama adik gebu sayang di atas Menara Taming Sari :)
Itulah serba sedikit cerita jalan-jalan Vna dekat tanah Baba Nyonya bulan lepas. Kepada sesiapa yang nak ke Melaka nak buat trip plan, hopefully entry ini bagi sedikit informasi ke mana nak pergi :)
No worries, korang hanya perlu sewa hotel yang betul-betul dekat dengan kawasan Dataran Pahlawan lepas tuh korang boleh pergi semua destinasi yang Vna lawati dengan hanya berjalan kaki :)
yes, jalan kaki bakar semua kalori.
have fun korang! jumpa di entry akan datang.
much love, vna erman :)
1 comment :
Follow Vna here. Seronoknye ke Melaka...
www.bondaqalish.com
Post a Comment