Wednesday, April 16, 2014

Hello House of Doll (Part 2)


Assalammualaikum,

Menurut keyword search by Nuffnang  "House of Doll by Fazura" merupakan kata carian paling di cari dalam blog Vna di mana SETIAP minggu mesti ada orang search pasal House of Doll. Ada yang cari official website, ada yang cari alamat, ada yang macam nak tau apa product dapat dekat situ and paling-paling banyak display ialah price range house of doll. Sebelum apa-apa terima kasih kerana anda pernah baca entry post bertajuk House of Doll by Nur Fazura. sebagai rujukan/to get some info pasal fashion line keluaran Fazura. Entry tu pun agak lama which is di publish pada 9 June 2012 masa mula-mula House of Doll mula menjengah pasaran. 

Sources: Nuffnang (my account)
keyword search dalam blog Vna untuk minggu lepas.

Memandangkan setiap kali Vna check keyword search ialah pasal House of Doll (HOD) dan berkemungkinan juga entry House of Doll by Nur Fazura sebelum ini agak kurang informasi maka Vna tergerak hati untuk publish part 2 pasal HOD untuk membantu korang dapatkan lebih REVIEW pasal HOD.

Vna pernah pergi HOD adalah dalam 3-4 kali since pembukaan butik ini. Tak selalu dapat pergi sebab butik ni dekat Bangsar, so kalau kebetulan turun KL dekat rumah aunt Vna dekat situ then baru lah pergi 
(kalau masa tu tengah "kaya"). Since HOD ialah physical boutique so korang boleh beli baju, skirt, scarf, accessories such as belts,rings, necklace, clutch and handbag too :) Everythings in one roof that complete your style and you can instantly #ootd and publish it on your IG account. Excellent :)


photo by : @myhouseofdoll (Instagram account)


photo by : @myhouseofdoll (Instagram account)

Antara banyak-banyak product HOD Vna sangat susah nak cakap tidak kepada Fazbulous Long High Waisted Skirt sebab masa first time Vna datang HOD skirt inilah yang Vna grab. I just love the way it flow with every step of the ways makes me feel like I'm a PRINCESS. Let it gooooo....let it gooo *tetibe*

photo by : @myhouseofdoll (Instagram account)

So far Vna dah ada tiga helai skirt from HOD. Because I love it so much. Here some photos on how I style up my HOD skirts. *tetiba maluuuuu*



    
Previous post yang Vna pakai highwaisted skirt boleh refer kat sini:
1. MPG Night (wearing pink colour)
2. Berjimba di Johor Baharu (wearing red colour)

Korang patut ada atleast satu highwaisted skirt ini seriously. Price sehelai skirt ni ialah RM 129.90 sahaja :)
If korang ada membership card HOD dapat potongan 10%. Nak lagi discount, tunggu special occasion macam anniversary sales, hari raya sales, and sales paling best YEAR END SALES. Last year all items 50% waktu year end sales siap dapat tambahan discount sebab Vna ada membership card memang tak fikir panjang grab item wajib yang sudah semestinya high waist skirt kesukaan :) Yang purple colour Vna pakai dalam gambar kat atas ni ialah hasil grab Y.E.S lah :)

Kepada yang duduk jauh tapi nak grab sepasang dua skirt high waist ni, ohh jangan menagis tutup muka pakai bantal sebab korang boleh purchase CERTAIN items HOD secara ONLINE!
yes, I'm not kidding :) 
Apa yang korang perlu buat ialah log on to FashionValet and taraaaaaa:





Suka ke idok? Ini sebahagian yang Vna print screen kan untuk korang tengok. Boleh tau prince range dia berapa, boleh start budgeting and saving. Haaa yang mana asyik search official website/blogspot HOD nak purchase online memang korang takkan jumpa lah sebab HOD hanya boleh didapati secara online melalui FV :) Termasuklah yang memanjang comment dekat IG boleh purchase online idok, boleh shipping ke idok haaaa meh singgah FashionValet k? 

Yang mana nak try sendiri, tengok live depan mata material, corak and design atau pun nak cuba-cuba nasib jumpa Fazura dekat butik korang boleh lah ke:

House of Doll
Ground Floor No. 10
Jalan Telawi 3, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur

Business Hours: 11.30 am - 8.30 pm
Contact: 03-22820544

Official Instagram: @myhouseofdoll

Hopefully entry kali ini membantu korang yang nak tahu pasal HOD. 
happy shopping girls!
Last but not least,


#throwback photo dengan Fazura dekat depan  House of Doll. Pernah sebelum-sebelumnya pergi takde rezeki nak jumpa tup-tup satu hari masa pergi HOD Fazura tengah shooting dengan Shaheizy Sam depan HOD untuk cerita Kisah Cinta yang pernah ditayangkan dekat TV3 tahun lepas.
And you know what, she is beautiful beyond word :)

much love, vna erman :)

No comments :