Monday, December 23, 2013

Short Trip to Pangkor Island, Perak

Assalammualaikum,

New entry kembali dengan al kisah Travelog! Baru-baru ni Vna pergi Pangkor. Nak cakap pergi holiday tak jugak 100 % nya sebab tujuan pergi Pangkor asalnya ialah Abah Vna ada meeting kat situ tapi Vna dengan Mak sesaja follow since tak pernah sampai Pangkor since 23 tahun jadi anak jati Perak. LOL!
Demi tak memalukan diri mengaku anak Perak tapi tak pernah sampai Pangkor maka last week merasalah jugak jejak kaki dekat Pulau Pangkor.

Vna stay Taiping, so dari Taiping shoot ke jeti Lumut ambil masa lebih kurang 1 jam lebih since masa tuh kenderaan berat agak banyak so tak boleh nak speed sangat kena slow & steady. Alhamdulillah ktorg selamat sampai Lumut and beli tiket naik ferry ke Pangkor. 






Pink taxi only in Pangkor :)
kat sana semua "taxi" ialah van so setiap kali naik RM10 untuk satu van. so kalau pergi dengan kawan-kawan sepuluh orang naik sorang seketul bayaq seringgit jer. Jimat gitewww! Untuk service kereta sewa pon ada jugak disediakan so sesiapa yang macam extra rajin nak driving during holiday bolehlah sewa. Kat mana nak cari? Toksah risau sesampai je kat jetty berlambak penyewa-penyewa kereta sewa akan approach. Kau siap sedia wang sudah  then dapat kereta sebijik and pastu dah boleh vroom vroom kat pulau. 

Ada pro and cons naik kereta sewa dengan direct use public transport. Kalau ambik kereta sewa senanglah nak gerak ke mana-mana and kadar bayaran pon depends pada tempoh korang menyewa. Cuma kena mengagau sikitlah nak cari jalan kan, tapi Pangkor ni tak besar mana plus sekarang technology extra hebat GPS ada, google maps ada so it's shouldn't be a problem. Tapi macam Vna sebab tujuan pergi sana sebab follow Abah Vna meeting so nak berjalan pon tak sangat lah. 

Vna nak share some advice to those outsider yang first time nak pergi Pangkor, benda pertama korang should take note ialah location hotel korang dengan kedai makan. Macam Vna pergi baru-baru ni, hotel yang pihak penganjur sediakan agak jauh dengan kedai makan, so each time nak makan terpaksa tahan teksi bayar RM10 sekali naik even lokasi kedai tuh takdelah jauh sangat. That's why Vna mention tadi ada pro and cons using rental car dengan public transport. Takkan nak makan makanan hotel tiap-tiap kali nak makan ye dak? tapi kalau korang dikalangan berada takde masalah lah. go ahead, but to those yang dalam within budget buat extra study sikit pasal location so korang boleh decide nak sewa kereta or tak. 

Secara personally nya Pangkor ini sesuai those adventurous people sebab dia banyak activity involve nature. Vna memang bukan and takkan sama sekali jadi adventurous person so Abah pulak most of the time dalam meeting room so masa Vna dengan Mak habis melangut tengok pantai and laut. 



#ootd


Mak cakap gambar ni posing macam "Hai kak saya jual kain, akak nak beli dak? "
LOL!

In term of shopping dekat Pangkor, kat sana tak macam Langkawi korang boleh cari pinggan mangkuk cekelat segala macam. Kat sana banyak benda-benda hasil laut macam ikan kering, sotong and etc. Pekan dia pon alahai 10 minit jalan dah cukup tawaf kawasan pekan. Most of kedai-kedai jual benda yang sama macam t-shirt, hasil laut macam gitu jelah. Tapi based on experience Abah Vna pergi beberapa kali dekat Pangkor and orang-orang yang pernah pergi sana before this recommend better beli dekat Lumut sebab harga lebih murah compare beli dekat Pangkor. standard lah dekat pulau sure extra sikit harganya. 

Depends pada individu lah nak beli kat Pangkor or Lumut. Macam kitaorang selain nak harga yang murah sikit, kitaorang tak mau usung susah payah barang-barang tuh semua bawak naik ferry, so beli kat Lumut boleh terus bawak masuk kereta. 





So itulah cerita ringkas pasal short trip ke Pangkor. Vna memang tak sempat nak tawaf satu pulau walaupon actually Pangkor tak besar mana. Kalau tak silap arituh pakcik teksi tuh cakap kalau pusing satu pulau dalam 30km jer lebih kurang.

Next year ialah #VisitMalaysia2014 so add up Pangkor dalam list  percutian korang!
take care readers.

much love, vna erman :)

Thursday, December 12, 2013

11.12.13, hey I turn to 23 already!

Assalammualaikum,


Alhamdulillah, I am the lucky girl to celebrate my 23rd birthday on the 345th day in 2013 which is the last of the centrury!
11.12.13
a day to remember.

walaupon hajat or lebih tepat "berangan" nak kekononnya kawen today, ewahhh tak kesampaian sebabnya tak jumpa calon lagi tapi I still feel bless with all the warm wishes via sms,instagram, twitter, facebook.
thank you so so so much for your love, wishes & doa.
May Allah bless each of you.
Nur Erviena Erman love you.

much love, vna erman :)

Friday, December 06, 2013

Cerita Konvo (Part 3) : #ootd

Assalammualaikum,

Atas permintaan teman-teman ya ampun bukan teman tapi mesra tapi kawan-kawan perempuan ku sekalian maka cerita konvo part 3 kali ni fokusnya ialah #ootd.
Seandainya lah SEANDAINYA lah bukan seadainya masih ada cinta by Dayang Nurfaizah tetapi seandainya hampa tak tau padiaaaa #ootd tuh ianya bermaksud hashtag yang digunakan oleh instagramers sekalian untuk caption gambar di IG iaitu Outfit Of The Day! Itu seandainya korang tak tahu lah, kalau tahu abaikan ;)

Ingat lagi tak entry Vna yang lepas pasal Zalora? Hah lupa? Nah BACA BALIK entrynya pasai pa. 
(.........menunggu hampa khatamkan entry tersebut)

ok dah baca? 
Ingat tak di penghujung entry ada promise something dekat korang? 
nak tuntut janji or tak?
kalau tak mau boleh gerakkan mouse hala ke kanan laptop korang tekan (X) button.
kalau nak tuntut janji baiklah taraaaaaaaaaaaaaaa inilah buat tatapan hampa pembaca tersayang muah muah!

Baju ni merupakan hadiah daripada Abah dengan Abang Vna sempena konvokesyen pertamaku (maybe ada konvokesyen kali kedua mana tau...hehehe). Actually almost lupa nak snap gambar pakai baju Jovian ni tapi mujurlah Mak ingatkan. Majlis habis dalam pukol 12 lebih macam tuh, lepas tuh dok bergambar lah, merayap cari kawan-kawan lah dengan cuaca yang masa tuh agak hangat gak, make up cair segala, tudung dah senget so memang berlemuihhh lah nak habaq kat hampa. 

so gambar beberapa keping ni je yang ada buat tatapan korang. agak tak proper sangat sebab masa ni dah teramat sangat comotnya. lepas habis majlis teruihhh pi makan sebab semua pakat kebuluran daripada pagi tak makan apa-apa sebab nak hambat masa nak rempuh jam & masuk dewan. Maka gambar #ootd ni di ambil sejurus sampai dekat rumah aunt Vna dekat sek 7. Dengan muka berlemuih, berbekalkan smartphone ku, berlatar belakangkan playground sambil di temani angin sepoi-sepoi bahasa maka inilah #ootd ku di hari konvokesyen ku :)




tudung memang "sengaja" nak beralun gituuuuu kan...... (herghh!)
so inilah baju JM yang Vna purchase from Zalora tuh. Like I told you before, baju pilihan ni biasa je cume extranya ade "wings" ala-ala superman kat belakang. Hahaha.
the reason why I choose this outfit, besides budget yang diberikan (still alhamdulillah lah kan ada gak org nak sponsor baju JM dekatku) ialah Vna nak something simple but yet there is something different dengan baju-baju Vna yang sedia ada. So end up nya selepas 2 jam memilih dengan Mak Vna depan laptop so inilah pilihan ku. Apa kata korang? Stailista or Opsss?

so that all, 
Maybe pasni kalau Vna pakai lagi baju JM ni insyallah akan ambik gambar proper sikit.
Version molek sikit. Hat ni version berlemuihhh buat malu kat hampa jaaaaa.....
maka dengan itu,
CERITA KONVO........TAMAT :)

much love,vna erman :)

Cerita Konvo (Part 2)

Assalammualaikum,

Setelah mengempamkan entry ni seketika, kalau entry ialah sejenis buah seharusnya dia dah jadi jeruk sekarang maka ini lah harinya kita sambung cerita konvo semula...........

Lepas keluar daripada DATC ( dewan di mana berlangsungnya majlis konvokesyen) terus pegang tangan kawan-kawan rapat sebab memasing berpusu nak keluar lepas tuh takut nanti terpisah dah susah nak bergambar sesama. Bila keluar daripada dewan of course lah memasing cari parents nak peluk cium bergambar horeyyy terima kasih  daddy mummy mak abah ibu ayah mama papa semua dulu.

Pendukung sejak bertatih, berjalan, berlari jatuh tersungkur merangkak bangkit kembali
my dear family :)
Ya Allah, jagakan mereka sehingga syurga. Amin

Sidang ke 4, 11 November 2013 :)

Besties since hari pertama jejak kaki dekat UiTM,
Merbok-Shah Alam- Puncak Alam
my dear Hasfaniza & Fatin ( dia sidang petang lepas ktorg, btw dia ambik law)

It is an honour to share this moment together with you babe!
Insyaallah besties Vna ni akan fly ke UK this coming January.
doakan yang terbaik buat dia okeyh :)

Mommy & daughter :)

My classmate tiga tahun berturut-turut. Masa ni kamera banyak sesangat dah macam star of the day so mata situ sini ntah ke mana-mana lah. 



my housemate my classmates, Qila

seterusnya layankan saja gambar-gambar sepanjang 11 November 2013 ini yeee.... ni pon mana yang sempat terserempak sebab masa hari konvo tuh tak payah ceritalah berapa sesaknya orang pastu semua berjubah memang mana dan jumpa lah yang sempat ajak bergambar.

who is the next colgate optic white ambassador?
vote your favorite :) LOL!

hello girls, meet Izhar our class representative for 6 semester. hahaha
tak pernah tukar dah dengan orang lain. gila kuasa ko eh Iz?
nope, actually ktorg prefer Iz menyandang jawatan ni sampai lah bila-bila walaupon dia nak letak jawatan tapi semua orang buat derk tak layan. besar jasa kau Iz. terima kasih lah untuk semuanyaaaaaaa :)





and the typical pose begin now...........


We had received the ticket to change the world, 
We are ready to spread our wings & fly!




bersopan-sopan dahulu & kemudian.....yehaaaaaaaa........




congratulation shouts best friend classmates batch mates we did it :)
good luck for our future undertakings.
:)

much love, vna erman :)