Thursday, September 12, 2013

Meet & Greet Celebrities

Assalammualaikum,

Hello korang! Entry kali ni boleh di katakan kesinambungan kisah RINDU ZAMAN BELAJAR! Kalau previous entry Vna cerita dekat korang pasal summary last semester last moment as UiTM student, sekarang Vna nak cerita antara salah satu activity 'sampingan' yang Vna buat sepanjang jadi student iaitu "JUMPA RETIS". Teheee :)

Vna ada gengz merangkap housemates jugak di mana ktorg memang suka nak attend event/roadshow/tv programs dan yang sama waktu dengannya. Antara yang ktorg pergi ABPBH roadtour, Muzik-Muzik separuh akhir and banyak ahhh sampai tak teringat. Kalau korang memang ada baca blog Vna yang lepas-lepas sure korang tau ahhh sebab Vna memang selalu update cerita-cerita macam ni. so untuk kali ni Vna nak share dengan readers sekalian few celebrities yang vna KEBETULAN terserempak dan tegur diorang and yang Vna jumpa masa rakaman untuk satu rancangan hiburan yang disiarkan waktu raya yang lepas.

#Throwback.
Masa ni Vna dengan dua orang teammates tengah menampak dekat BB nak approach international tourist untuk jawab survey for research ktorg. Ktorg duduk dekat area-area H&M - Zara kat tepi-tepi tuh. Tengah-tengah macam menahan malu setebal 60 inchi sebab approach international tourist kebanyakkan buat derk jer yang besar kemungkinan diorang ingat ktorg nak menjual gamaknya, tiba-tiba Aniz terperasan someone from Dubai. cer teka sapa? Orang yang di maksudkan ialah ANNE HOTFM. sebelum ni Vna pernah jumpa dengan Anne ni masa zaman dia jadi penyampai hotfm. so pertemuan kali ni yang bezanya Anne dah bertudung.


Seterusnya ada satu hari Vna pergi H&M Setia City Mall. tengah belek-belek barang-barang superb awesome kat situ all of sudden Vna terpandang someone dekat kaunter yang macam familiar. Dalam hati dah berdetik rasanyaaaa dia ni. Tapi sebab takut silap orang bila dia lalu panggil pelan-pelan "Meeraaaaaaa...."
Tup dia toleh and senyum. Haaaaa betul lah AMEERA ZAINI. terus cakap boleh tak nak ambik gambar. Gila pale muka masa ni. Muka merayap lepas kelas. LOL!


untuk yang tak familiar siapakah gerangan Ameera Zaini ni dia ialah model muslimah kalau tak silap Vna pemenang pencarian gadis majalah dara.com and sekarang nama dia sedang meningkat naik sebagai seorang pengacara TV9 untuk rancangan HIJAB STAILISTA and jugak baru-baru ni untuk rancangan Saffiya yang kedua-dua rancangan ni ditayangkan every weekend. Thank you meera sebab friendly. Keep it up!

Waktu gap final exam baru-baru ni, I repeat FINAL EXAM FOR FINAL SEMESTER FINAL YEAR, sempat lagi Vna dengan bestiesku Aniz pergi join rakaman sebuah rancangan terbitan TV3 tajuknya "Kecoh Pengacara Beraya" yang disiarkan aritu masa raya kedua jam 6petang. Vna masa tuh baru terlelap sebab penat dengan open house dari pagi masak sampai petang melayan sedara mara tiba-tiba menderu call masuk/twitter bunyik member-member menganjing nampak muka Vna & Aniz dalam rancangan tuh. LOL!
Rakaman ni dibuat dekat Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Dekat dengan area Shah Alam lepas tuh masa ni tengah frust and tension dengan paper QMT yang memang kelaut so tekad lah pergi nak release tension. 

Antara artis-artis yang terlibat ialah  Scha Alyahya, Awal Ashaari, Zizan, Fafau, FBI, Kamal Adli, Amyza Adnan & Neelofa which is diorang ni semuanya pengacara lah. Secara keseluruhannya best jugak penggalaman attend recording rancangan TV nak-nak yang bukan berscript punya sebab artis-artis ni akan jadi spontan & lawak jugak lah. Nah, beberapa photos nak share dengan korang semua. 




Untuk pengetahuan korang Kamal Adli memanglah tersangat loklaq to the max & superb friendly. Arituh dia paling active gilaaaaa sepanjang program & all the games. Tak sia-sia lambai-lambai Kamal dari atas stage nak ajak bergambar. Thank you Kamal Adli for your friendliness. Till we meet again :)


Awal Ashaari ni salah satu makhluk yang teramat-amat sempurna ciptaan Allah. Suami orang yang handsome to the max. Serious Awal handsome sangat-sangat kalau korang jumpa depan-depan. Masa Awal naik stage waktu program nak start teruihhh Vna dengan Aniz cakap weyh awat handsome sangat Awal ni? 
Bertuah gila Scha. Diorang berdua pon superb sweet waktu rakaman program ni. 



Akhirnya program ni menemukan juga Vna dengan salah satu artis yang tersenarai dalam wishlist iaitu Scha Alyahya. To be honest kalau kita tengok Scha dalam TV nampak macam biasa-biasa tapi please percayalah cakap Vna yang Scha ni beautiful beyond words. Besties Vna pon mengaku Scha cantik sangat tengok depan-depan. Ni pon rezeki last mins dah snap pictures dengan Scha. Waktu ni program dah habis diorang-diorang semua macam dah rush nak balik since agak lewat gak rakaman habis. Vna cepat-cepat menyelit atas stage pergi tepi Scha. :)


I love you Dania,
I love you Olly,
I love you Cikgu Timah,
I love SCHA ALYAHYA!

so inilah antara selebriti yang Vna jumpa di hujung-hujung kehidupanku di Shah Alam. Memang duduk area sana senang sangat ahh kalau nak terserempak dengan diorang. some tips yang vna boleh share dengan readers sekalian kalau nak jumpa mereka-mereka ni korang pergilah dekat area-area Damansara sana seperti The Curve, IKEA, One Utama. Itu port paling paling senang korang nak jumpa artis. Nak-nak kalau weekdays. Kebanyakkannya Vna jumpa kat sana lah waktu pergi jalan-jalan area situ-situ. Dekat Karangkraf, Shah Alam lagi ahh rasanya tiap-tiap hari ada artis. Waktu semester 3 Vna selalu pergi Karangkraf untuk urusan event ktorg dengan majalah REMAJA so masa tuh memang selalu sangat ahh jumpa retis-retis ni. Kat Shah Alam tuh pon senang gak nak terserempak. 

Tips paling penting sekali korang haruslah CELIK MATA sebab kekadang artis ni diorang lalu tapi kita tak perasan & kenalah tak reti malu sikit nak approach diorang!
good luck!

much love, vna erman :)

Monday, September 09, 2013

sums up part 6 stories.

Assalammualaikum,

Haiii korang! Hari ni 9 September 2013 juniors ku sekalian dah start semula class. Ohoiiii nak tau satu mende tak? Aihhh, Vna rindunyaaaaaaaaaa nak pergi class. Tulah dulu asal message bunyi nak-nak kalau time tengah nak siap-siap pergi class pastu dapat berita gembira CLASS CANCEL! Time tuh happy bukan kepalang. Lepas tuh kepala otak mula nak mereka-reka nak merayap pergi situ sini bukan reti nak duduk rumah baca buku. LOL! Betul lah dulu cikgu-cikgu dekat sekolah cerita zaman belajar zaman paling best sepanjang hidup. Yes, I do miss my uni life.


Rindu nak termengah-mengah mendaki 240 stairs dek tak sanggup terpenyek merempuh lift. Students UiTM Puncak Alam definitely tahu this situation before kempen beratur di applykan. Tiba-tiba terpikir adakah new semester this system still di practicekan? Juniors, please roger bagi tau how's your first day dekat FSK 6?eh yeke FSK 6? Lupaaaaaa......


#Throwback last class dengan Sir Hazmal yang suka sangat-sangat nak bagi assessment dekat iLearn yang semua orang akan buat cepat-cepat supaya issues yang nak buat orang lain tak buat dulu. Lepas tuh, kalau soalan test tak kisah lah buat online test pon soalan kemain susah kot.. selak ahhh buku sampai tercabut tak dapat jugak full mark.
 Phewww, good luck juniors for Strategic Management papers! 


#Throwback last class dengan Sir Aziz. Lecturer yang paling banyak experience pergi travel serata dunia, jadi judges macam-macam events and festival and dia paling suka bercerita dekat ktorg experience yang dia ada. Adatlah kalau dapat lecturer superb baikkk macam ni mula ahh nak berlagak pandai masing-masing layan gadget masing-masing. Ampun sir! Betuiii lah rules tak allow budak sekolah bawak handphone pergi sekolah. takde maknanya nak call parents, for emergency & bla bla sah-sah online memanjang jer korang nanti.  


#Throwback last class dengan Miss Flora lecturer TIGA SEMESTER BERTURUT  start of dengan service menagement move to club management & last sekali financial management. Fyi, Miss Flora bukan orang Malaysia. Dia asal dari Taiwan. Masa first time masuk class dia, loghat omputih dia lain macam sungguh. Paling-paling ktorg ingat sekali dia sebut "Apple". HM2216a sure tau macam mana. Tapi dia memang lecturer paling baik hati. Dia pon suka bercerita & kekadang lawak dengar cerita dia tinggal kat Malaysia. We started to missing you Miss Flora!


#Throwback last class dengan Madam Sabariah untuk subject Tourism Quality Management. Class yang paling paling paling terpaling Vna attend tapi tak paham apa-apa. Sorry Madam! Lepas tuh azab bertambah lagi bila soalan final exam memang bagi semua orang kelaut lemas terkapai-kapai habag hang. Serious apa diaaaaa dia tanya ni weyh? Jawapan Vna bagi pon kelaut jugak tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH LULUS! Memang mimpi ahhh dapat A kan, tapi masa result keluar 3 August lepas benda pertama Vna tengok TQM lulus tak? Thank you Madam sebab tak buatkan saya back to UiTM as part 7 student. Thank you Madam. Thank you, thank you.
Juniors, good luck untuk memahami subject TQM okey?



This picture was taken on 20 June 2013. Last day, last class untuk degree. 



#Throwback iftar dengan classmates hari last day paper final. Tak semua yang join malam tuh. ktorang berbuka puasa style potluck. 


#Throwback right after presentation Independent Study. Subject yang paling-paling menguji kesabaran, memerlukan pengorbanan paling besar dari semua aspect. korban masa tidur, korban perasaan malu nak approach respondents jawab survey, korban pokok-pokok kat Malaysia sebab guna kertas print out journals, korban duit untuk printing survey, report yang berapa juta kali kene edit, aduhh memang perit gila lah. ktorg ingat lagi (Vna, Aniz & Qila) pernah tak tidur nak siapkan mende alah ni. Tidur pon sejam jer itu pon bergilir-gilir supaya kerja terus berjalan. Nasib baik dapat A. Alhamdulillah. 

Since memang akan tinggalkan bumi Shah Alam & kawasan yang sama waktu dengannya habis final tuh ktorg memang balik lewat beberapa hari right after viva. Kekononnya pergi tempat-tempat lepak kings supaya nanti tak rindu once balik negeri masing-masing. Antaranya ktorg pergi Bukit Ampang kekononnya nak jerit-jerit dah habis azab semua tapi tak jadi sebab ramai orang. Actually ni first time Vna sampai situ. housemate bawakkan supaya tak kempunan. haha. mujur sempat merasa naik atas tuh sebab dengar ceritanya kawasan tuh sekarang dah ditutup sebab nak dibangunakan kawasan perumahan. 



Endingnya ambik gambar angkat tangan kekononnya menampak bayangan yang mengambarkan perasaan yeayyyyyy ktorg.
nak snap gambar gelap sangat. dslr tak bawak malam tuh sebab ni unplanned trip. 


Pergi membazir duit pergi the most most most favorite outlet, H&M Setia City Mall. memang susah nak cakap NO dekat H&M. tiap kali pergi mesti punyalah nak beli something walaupon asalnya nak cari benda lain tapi benda yang dicarinya takde tapi pergi beli benda lain. nak jugak kena membazir. rasanya adalah 1 or dua kali jer pergi H&M tak beli apa-apa. Aihhh, rindu H&M sekarang. Selain H&M, satu lagi kedai yang memang susah gilaaaaaaaaa nak cakap NO!NO!NO! ialah Sincerely By Us shawls (SBU) dekat Padang Jawa. Ini memang kedai berhantu punya. Pergi memang sah-sah akan membazir nak beli shawls terutamanya sebab design SBU ni memang lawa nak mampus & tak sama macam butik-butik lain. harga pon murah compare butik-butik lain & design dia memang only available dekat situ takde jual kat tempat lain. Sebelum balik arituh sempat singgah, membazir & say goodbye to SBU :(


Time habis final dah start puasa. Berpuasa tak bermakna ktorg tak pergi menikmati makanan best-best sepanjang duduk dekat Shah Alam. Dalam within final exam tuh almost manfaatkan mencekik benda-benda yang susah nak dapat bila balik kampung nanti macam Pakli section 7, Shah Alam, The Loaf dekat Sunway tapi rasanya the best The Loaf dekat Empire Subang tapi since arituh pergi Sunway tuh yang beli kat situ jer, Tako Tao, HR Steak House, Kampung Baru, Seoul Garden Setia City Mall, gerai "Mak Cik Setan" yang satu-satunya kedai makan yang ktorg paling setia sepanjang duduk dekat Puncak Alam. Kedai dia dekat kawasan fasa 2 belakang Petronas. Nama kedai dia kalau tak silap Kak Siti Selera Pantai Timur. ktorg panggil kedai tuh kedai cik setan sebab makanan kat situ PEDAS nak mampuih. cili padi memang seladang dia bagi dekat hang. kalau order lupa nak cakap tak nak pedas lepas tuh tahan lah azab pukoq hang ulang-alik jamban. Tapi seriously masakan dia semua sedap, banyak & murah. actually makcik tuh, husband and anak dia memang dah kenal sangat dengan ktorg sebab ktorg akan makan kat situ jer walaupun kiri kanan ada kedai lain. last day before balik pergi IKEA tapau meatballs untuk berbuka. Banyak lagi tempat tak sempat jejak actually :( 
rasanya Vna dengan Aniz lebih banyak MAKAN dari BELAJAR sebenarnya. LOL!



Last day pijak UiTM as a student pergi submit final report IS dekat office. Lepas tuh pergi ambik gambar depan bangunan canseleri yang grad nanti akan ambik lagi sekali gambar dekat situ. 

Secara jujurnya terima kasih UiTM untuk semua ilmu since UiTM Merbok, Kedah - UiTM Shah Alam- UiTM Puncak Alam. banyak gila experince manis pahit ketawa teriak melalak semua cukup dah rasa dekat UiTM. Proud lahir sebagai graduan UiTM.

UiTM DiHatiku. 
sentiasa.
Rindu aihhhh :(

much love, vna erman :)