Assalammualaikum,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Vna dah berjaya completekan second practical semalam. For your information second practical ni Vna buat dekat travel agencies yang handle umrah & haji iaitu Dakna Travel & Tours Sdn Bhd.
Company yang Vna pilih ni milik Dato' Khalid Nasir yang merupakan bekas exco negeri Perak. Currently salah seorang anak Dato merupakan ADUN dekat kawasan Vna. To those orang Taiping definately tahu. Saja nak cerita Dakna di tubuhkan pada 1988 and this year DAKNA dah berusia 25 tahun. Satu pencapaian hebat buat syarikat milik bumiputera. Bangga dapat merasa menjadi ahli keluarga DAKNA walaupun hanya sementara.
Sejujur-jujurnya Vna sangat seronok internship dekat sini berbanding dengan previous one. Terima kasih Allah sebab makbulkan doakan Vna. Betul lah orang cakap di sebalik kesusahan yang kita hadapi pasti ada hikmah di sebalinya. Kalau practical yang pertama Vna rasa dugaan maha hebat, nagis tak hengat tapi kali ni sangat-sangat berbeza and best 200% kali ganda. Antara perkara best dapat intern dekat DAKNA ialah location office sangat amatlah dekat dengan rumah Vna. Kalau naik kereta/motor dalam 5mins dah sampai. Jalan kaki around 7mins macam tuh. Advantage nya tentu-tentulah lagi 10 mins nak start office hour baru keluar rumah, tak payah bersesak-sesak dengan kenderaan parents yang nak hantar anak ke sekolah (rumah Vna dekat dengan 4buah sekolah tau) & lunch hour tak makan luar uols, I balik rumah makan Mak masak & officemates sekalian jealous di situ. :)
Staff-staff DAKNA semua superb baik seriously. Daripada Abang Long ( anak Dato), Kak Sai (merangkap supervisor Vna), Kak Zai ( yang banyak guide Vna buat kerja-kerja), Abang Fazly ( the only pekerja laki) & lagi 2 orang students intern Ain & Siti. Selain itu, practical kali ni Vna dapat elaun. Hewhewhew :)
Alhamdulillah rezeki lebih (eh, separuh dah licin padahal baru semalam habis intern).
Memandangkan semalam last day Vna so diorang buatlah farewall party untuk kami. Salah seorang intern, Ain habis hari Isnin. Tapi majlis di sekalikan lah. Boleh tak nak cerita yang Vna totally touched?
Berkhidmat hari terakhir. Jawab phone call, update data & etc.
Antara ayat-ayat waktu pick up call:
Assalammualaikum Dakna Travel.
Dengan siapa saya bercakap...Oh saya Vna!
Haaa? Nama penuh apa.....Nur Erviena....
Oh sedap nama....
Terima kasih.
bla bla bla...
Kebanyakkan customer DAKNA majoritinya pakcik-pakcik and makcik-makcik. So paham-pahamlah kekadang dah pencen-pencen depa macam kurang daya pendengaran. Ikutkan suara Vna normally member-member cakap suara deraihhhh macam petir. Tapi cakap dengan customer/ orang tua macam control-control sikit volume. Tapi bila bab depa tak berapa jelas tuh payah sikit Vna nak handle. Nak cakap kuat-kuat mampuih orang fikir staff kurang ajar. So cakap ala-ala tegas sopan manja gituuu. Pernah Vna di assignkan untuk call customer remind diorang regarding date kursus umrah/ departure date ada seorang pakcik ni umur 71 tahun kalau tak silap Vna. Korang tau tak dia pakai caller ringtone. Caller ringtone dia lagu Maroon 5 boleh? Terkejut Vna. Mungkin cucu dia kot yang set. Naughty tau cucu dia. Hyep!
Menu semalam. Ada kuih-muih airtangan Kak Zai. Kalau korang boleh nampak yang ada tuperware ada kuih belang kuning cokelat tuh nak habaq hampa sedap amat sangat boleh?
Kai Sai datang-datang office terus ambik papan pemotong dengan pisau cincang bawang, gaul sardin hancurkan telur prepare sandwhich. Abang Fadzly & Kak Zai pergi beli KFC dengan buah-buahan.
and seriously kenyang yang amat sangat.
Buerrrk, alhamdulillah :)
Kami yang diraikan semalam. Dia lah Ain. Actually dia muda daripada Vna. Baru 21 tahun. Tapi dia senior kat situ sebab dia masuk 3 bulan awal drpd Vna. Tapi Vna yang habis dulu drpd dia. Hehe.
Btw, dia dah bertunang. Sila patah seribu :)
Pengarah Urusan, Dato' Khalid Nasir.
Agak-agak korang berapa umur dia sekarang?
Hurm?
Dapat buah tangan dari Dato from Tanah Suci.
Dato bawak jemaah pakej 13 Feb yang lepas. Thank you Dato :)
Nak di jadikan cerita semalam pagi-pagi before pergi office dapat whatsapp drpd lecturer Vna cakap nak visit. Pheww, nasib baik dapat Madam Intan. Madam sampai lagi 10 mins nak habis office hours.
so habis jer office hours semalam ktorg overtime buat kegiatan ni.......
Gigih tak nak tunjukkan kegembiraan habis internship?
Dari kiri Abang Fadzly. Orang pegang kertas dia pon sebuk nak pegang jugak. Tulisan kurang nampak sikit sebab gambar ni mengalami gegaran 3.2 skala ritcher. Dia tulis "hmmmmmm...still here"
Sebelah Vna supervisor Vna, Kai Sai follow by Ain & Kak Zai.
Abang Fadzly terkenal dengan percakapan/gaya propa & overnya! Memang tak mampu tahan gelak.
Every meet has a goodbye. Dear Kak Sai, Kak Zai, Abg Fadzly, Ain & Siti thank you so much for priceless knowledge, experience & memories. Halalkan semua ilmu yang Vna dapat sepanjang Vna intern dekat DAKNA. Mintak ampun salah silap tergurau terkurang terlebih. Till we meet again Insyaallah.
Hari Isnin start lah balik sesi kuliah SEMESTER AKHIR!
once again, FINAL YEAR!
harap-harap Vna dapat face semester akhir ini dengan jayanya & takde sangkut-sangkut tang pokok mana-mana tersadung dekat akar kayu ka tak mahu tak mahu tak mahu & tak mahu.
Korang doa-doakan jugak eh. Selamat kembali ke kampus juniors/seniors.
take care!
much love,vna erman :)
No comments :
Post a Comment