Sunday, March 31, 2013

Vna Situ Sana Sini.

Assalammualaikum,

Memandangkan internet kat Puncak Alam ni macam ntah pape, masa nak update blog pon macam limited, so kali ni Vna update bedebak berapa-berapa cerita sekali gus. 

Kita mulakan cerita ketika minggu pertama semester terakhirku. Ktorg dapat invitation daripada the most senior dalam class untuk datang bawak perut makan-makan. Siapa lagi kalau bukan Kak Syu. Bukan saja senior dari segi umur malahan senior daripada segi status. Hewhew. Kak Syu buat jamuan makan-makan. So inilah first time nak jumpa dengan menantu Vna. eh menantu gituuu.....actually anak kak syu. Masa kak Syu pregnant lagi Vna dok cakap dekat kak Syu Vna cop anak dia nak buat menantu. Hewhew. Masa kak syu bersalin time tuh tengah study week so tak dapat visit gak menantuku ini. So this is the time nak jumpa baby :)

Vna pergi dengan Aniz & Qila merangkap classmates/housemates. Memandangkan masing-masing buta jalan nak ke Wangsa Maju maka haruslah ucapkan terima kasih dekat si Izhar Aloha sebab tumpangkan daripada Kelana Jaya ke Wangsa Maju dengan selamatnya. 

Kenalkan menantu saya Nur Auni Alisha.
:)

Actually Vna takut nak pegang baby yang baru berapa-berapa bulan ni sebab diorang cam lembut-lembut lagi. Tapi Kak Syu cakap Auni dah keras so Vna pon cam memberanikan diri pegang dia. Ewahh :)

Malam tuh Kak Syu terus update gambar  Auni dengan Zirafah Katiknya (bak kata Kak Syu).
 Mujur dia suka. I know my daughter in law well :)

Next activities ialah pergi Matta Fair dekat PWTC. Actually nak temankan besties pergi Karnival Mara yang kebetulan date and tempatnya sama dengan Matta Fair.

Seriously ini first time pergi Matta Fair. Macam malu nak mengaku tourism students sedangkan Matta Fair pon tak pernah sampai kan. Dah semester akhir baru nak terhengeh-hengeh jenguk kan. Surprisingly tak sangka RAMAI NAK MAMPUS UMAT MANUSIA!
Buktinya:

Nak turun/naik jejantas kene beratur boleh? Sesak dengan lautan manusia. 

Takpelah tak jadi masuk ahh. Cukuplah bergambar bukti pernah sampai Matta Fair.

Antara creativity dalam mempromosikan product masing-masing. Siap pasang katil ada model pakai baju tidur peluk bantal & tidur gituuu....

Phewww!

Ktorg directly naik ke Karnival Mara dekat dewan yang lain. Barulah boleh bernafas dengan lega. Actually ktorg pergi bertiga. Sorang lagi ex roomates Vna masa dekat Kedah, Dyra. Tengah-tengah tanya itu tanya ini dekat wakil Mara tup-tup RTM nak buat lintas lgsg berita jam 3 petang. semangat tau terus msg dekat adik suruh tune to TV1 tengok berita. Padahal berapa saat lah pon nak masuk TV. Kecoh macam kan apa. 
Sesi consultation sambil LIVE dkt TV1 :)

Selebihnya activity sampingan Vna ialah pergi makan-makan, dan makan dan makan lagi. standard gambar makan-makan di update dekat instagram lah. Nak di jadikan cerita masa nak pergi makan meatballs dekat IKEA singgah IKANO eh terserempak dengan pelakon kecik moleh longlaq tak hengat dunia NoorKhiriah. 
Alahai keciknya dia ya ampun. Btw, dia lagi lawa drpd muka sendiri. Natural sangat takda make up.

Superb longlaq. kalau korang ada rezeki terserempak dengan dia tegur-tegurlah dia sebab serious dia kelakar.

Hari yang sama lokasi yang berbeza terserempak pulak dengan heroin Sehangat Asmara, Rita Rudaini.
Rita ni kalau jumpa depan-depan sebijik macam lagu ST12: putih-putih melati merah-merah jelita.
Tak paham kenapa Aidil tak bersyukur pernah dapat bini lawa macam ni eh?
Ini namanya jodoh itu kerja Allah. 

Setelah diperah-perah otak ada lagi tak story/events/activity best lagi nak share dengan korang rasanya dah takdak dah kot. sampai ketemu the next entry. take care & thank you for reading this entry.
have a nice weekend.

much love, vna erman :)

Thursday, March 07, 2013

final year final semester.

Assalammualaikum,

Dah habis internship tak dan nak mengeliat tegang-tegang urat berehat-rehat bermanja-manja mengada-ngada dekat rumah kesayangan dah kena masuk kuliah semula. Blergh! Ni yang membara nak bagi habis cepat-cepat sem niyh. yehaaaa......
Sadis tengok tapi okeylah daripada takde kan?

Maka bermulalah semula rutin-rutin seperti berjalan kaki dari padang masyar ( kawasan parking lot students yang tidak bertar & terik yang amat), sesi berebut-rebut parking, sesi menyelit tersepit dekat lift, sesi tersenguk-senguk menguap nak terkoyak mulut dalam kelas, sesi berebut-rebut cop topic untuk assignment, sesi serabut nak siapkan final project, sesi nak menangis tengok numbers untuk financial subject, sesi homesick senantiasa, sesi nak menyiapkan independent study yang mengerunkan itu & sesi-sesi yang lain ahhh. hampa senaraikan lah sendiri. 
Morning shouts!
p/s: sapa rasa-rasa tak cukup Vitamin C meh sini meh kat Puncak Alam.

Dan semester ni jugak semester terakhir nak merasa bantuan pelajaran dari kerajaan.
Thank you PM :)

classmates semester satu sampai semester enam. Dok tengok muka depa ja....

Second day class dah terlepas sampai ke Shah Alam. First time singgah dekat butik sincerely by us.


Actually datang sini tak shopping pon. Sedang cuba nak berjimat cermat. Buat simpanan untuk masa depan. Ewahhhh. Tapi betul tak beli apa-apa.

Si kaya sekoq ni ja shopping. Cheq tengok-tengok jer. Actually Vna yang ajak Aniz datang sini sebab dia tengah cari buku puisi "Seksi Ovari" yang tengah hot diperkatakan sekarang. so korang yang tercari-cari dekat mana nak dapatkan buku selain online korang boleh datang dekat butik ni. Price RM 20. Location dekat sec 16 menghala ke padang jawa.

ok lah awak-awak semua nanti cerita lagi,
take care!

much love,
vna erman :)


Saturday, March 02, 2013

Every Meet Has A Goodbye

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Vna dah berjaya completekan second practical semalam. For your information second practical ni Vna buat dekat travel agencies yang handle umrah & haji iaitu Dakna Travel & Tours Sdn Bhd.


Company yang Vna pilih ni milik Dato' Khalid Nasir yang merupakan bekas exco negeri Perak. Currently salah seorang anak Dato merupakan ADUN dekat kawasan Vna. To those orang Taiping definately tahu. Saja nak cerita Dakna di tubuhkan pada 1988 and this year DAKNA dah berusia 25 tahun. Satu pencapaian hebat buat syarikat milik bumiputera. Bangga dapat merasa menjadi ahli keluarga DAKNA walaupun hanya sementara. 

Sejujur-jujurnya Vna sangat seronok internship dekat sini berbanding dengan previous one. Terima kasih Allah sebab makbulkan doakan Vna. Betul lah orang cakap di sebalik kesusahan yang kita hadapi pasti ada hikmah di sebalinya. Kalau practical yang pertama Vna rasa dugaan maha hebat, nagis tak hengat tapi kali ni sangat-sangat berbeza and best 200% kali ganda. Antara perkara best dapat intern dekat DAKNA ialah location office sangat amatlah dekat dengan rumah Vna. Kalau naik kereta/motor dalam 5mins dah sampai. Jalan kaki around 7mins macam tuh. Advantage nya tentu-tentulah lagi 10 mins nak start office hour baru keluar rumah, tak payah bersesak-sesak dengan kenderaan parents yang nak hantar anak ke sekolah (rumah Vna dekat dengan 4buah sekolah tau) & lunch hour tak makan luar uols, I balik rumah makan Mak masak & officemates sekalian jealous di situ. :)

Staff-staff DAKNA semua superb baik seriously. Daripada Abang Long ( anak Dato), Kak Sai (merangkap supervisor Vna), Kak Zai ( yang banyak guide Vna buat kerja-kerja), Abang Fazly ( the only pekerja laki) & lagi 2 orang students intern Ain & Siti. Selain itu, practical kali ni Vna dapat elaun. Hewhewhew :)
Alhamdulillah rezeki lebih (eh, separuh dah licin padahal baru semalam habis intern).

Memandangkan semalam last day Vna so diorang buatlah farewall party untuk kami. Salah seorang intern, Ain habis hari Isnin. Tapi majlis di sekalikan lah. Boleh tak nak cerita yang Vna totally touched?

Berkhidmat hari terakhir. Jawab phone call, update data & etc.
Antara ayat-ayat waktu pick up call:
Assalammualaikum Dakna Travel.
Dengan siapa saya bercakap...Oh saya Vna!
Haaa? Nama penuh apa.....Nur Erviena....
Oh sedap nama....
Terima kasih.
bla bla bla...

Kebanyakkan customer DAKNA majoritinya pakcik-pakcik and makcik-makcik. So paham-pahamlah kekadang dah pencen-pencen depa macam kurang daya pendengaran. Ikutkan suara Vna normally member-member cakap suara deraihhhh macam petir. Tapi cakap dengan customer/ orang tua macam control-control sikit volume. Tapi bila bab depa tak berapa jelas tuh payah sikit Vna nak handle. Nak cakap kuat-kuat mampuih orang fikir staff kurang ajar. So cakap ala-ala tegas sopan manja gituuu. Pernah Vna di assignkan untuk call customer remind diorang regarding date kursus umrah/ departure date ada seorang pakcik ni umur 71 tahun kalau tak silap Vna. Korang tau tak dia pakai caller ringtone. Caller ringtone dia lagu Maroon 5 boleh? Terkejut Vna. Mungkin cucu dia kot yang set. Naughty tau cucu dia. Hyep!

Menu semalam. Ada kuih-muih airtangan Kak Zai. Kalau korang boleh nampak yang ada tuperware ada kuih belang kuning cokelat tuh nak habaq hampa sedap amat sangat boleh? 
Kai Sai datang-datang office terus ambik papan pemotong dengan pisau cincang bawang, gaul sardin hancurkan telur prepare sandwhich. Abang Fadzly & Kak Zai pergi beli KFC dengan buah-buahan.
and seriously kenyang yang amat sangat.
Buerrrk, alhamdulillah :)

Kami yang diraikan semalam. Dia lah Ain. Actually dia muda daripada Vna. Baru 21 tahun. Tapi dia senior kat situ sebab dia masuk 3 bulan awal drpd Vna. Tapi Vna yang habis dulu drpd dia. Hehe.
Btw, dia dah bertunang. Sila patah seribu :)

Pengarah Urusan, Dato' Khalid Nasir.
Agak-agak korang berapa umur dia sekarang?
Hurm?

Dapat buah tangan dari Dato from Tanah Suci. 
Dato bawak jemaah pakej 13 Feb yang lepas. Thank you Dato :)

Nak di jadikan cerita semalam pagi-pagi before pergi office dapat whatsapp drpd lecturer Vna cakap nak visit. Pheww, nasib baik dapat Madam Intan. Madam sampai lagi 10 mins nak habis office hours.
so habis jer office hours semalam ktorg overtime buat kegiatan ni.......

Gigih tak nak tunjukkan kegembiraan habis internship?

Dari kiri Abang Fadzly. Orang pegang kertas dia pon sebuk nak pegang jugak. Tulisan kurang nampak sikit sebab gambar ni mengalami gegaran 3.2 skala ritcher. Dia tulis "hmmmmmm...still here"
Sebelah Vna supervisor Vna, Kai Sai follow by Ain & Kak Zai. 

 Abang Fadzly terkenal dengan percakapan/gaya propa & overnya! Memang tak mampu tahan gelak.

Every meet has a goodbye. Dear Kak Sai, Kak Zai, Abg Fadzly, Ain & Siti thank you so much for priceless knowledge, experience & memories. Halalkan semua ilmu yang Vna dapat sepanjang Vna intern dekat DAKNA. Mintak ampun salah silap tergurau terkurang terlebih. Till we meet again Insyaallah.

Hari Isnin start lah balik sesi kuliah SEMESTER AKHIR!
once again, FINAL YEAR! 
harap-harap Vna dapat face semester akhir ini dengan jayanya & takde sangkut-sangkut tang pokok mana-mana tersadung dekat akar kayu ka tak mahu tak mahu tak mahu & tak mahu.
Korang doa-doakan jugak eh. Selamat kembali ke kampus juniors/seniors.

take care!

much love,vna erman :)