Sunday, February 17, 2013

Kak Lia's Reception (Part 1)

Assalammualaikum,

Selepas berlangsungnya majlis akad nikah ayuh kita berangkat ke International Youth Centre menyumbangkan tenaga dan kederat yang ada bagi menjayakan majlis resepsi Kak Lia. Reception ni diadakan keesokkan harinya selepas nikah.

Tema wedding Kak Lia arituh ialah colour mocha for family members. Jenuh habaq hang nak cari baju colour mocha. Nasib ahhh dapat ala-ala brown pon bulehhh lah. 

Ayuh main renjis-renjis! Readyyyyy...1,2,3...

Pelamin, tempat bersanding ohhh pengantin tersipu malu.......ewahhhh!




Bunga telur untuk perenjis-perenjis pengantin. Wujud ke dalam kamus perenjis? Adik-adik jangan guna dalam karangan eh. Kena potong markah akak tak tauuuu...
Oh ya, siapakah yang bertugas menyampaikan bunga cantik ni? *angkat-angkat kening*


sister seibu sebapa.

with Aunt Has, Ijai & my lovely Mak :)


heart & soul :)

One in a million, my babe Dzulaiqa Yasril. Cousin suka duka tawa riang canda benci juga rindu semua tumbuh jadi satu. Eh tak pernah benci-benci. Masa kecik sama-sama makan ayam goreng atuk masak then duduk atas buaian berangan-angan. LOL!
sama-sama belajar dekat UiTM berlainan course berlainan semester tetapi mempunyai hajat yang sama iaitu mencari pilot yang berwibawa. Eh! Eh!

 with Nuha pangkat adik sedara walaupun dia lebih tinggi di situ ye, Aunt Ma & my sister :)

Dearest cousin NurLisa, at last we meet up after couple of years!
payah nak gather bila cuti semester pakat tak sama.

Baiklah cukup-cukup sesi memperkenalkan ahli keluarga walaupun gambar actually lebih banyak lagi. karang tak seiringan dengan tajuk entry.Untuk resepsi ni Kak Lia decide nak pakai baju colour silver. actually bila pengantin datang Vna ikut sekali mengiringi Kak Lia so memang tak sempat nak usung sekali camera. ni pon main rembat dekat facebook. terima kasih lah siapa owner gambar sebab snapkan moment-moment penting. 

Persandingan dimulakan dengan bacaan doa. Dalam mana dok gembira jangan lupa dekat-Nya ya!

Dekat meja santapan. Well, I tak di ajak pon so I pergi makan dekat meja sentap-sentapan. LOL!
eh memain jer padahal time ni tengah busy!

 Acara kemuncak which is sama jer kat mana-mana wedding iaitu cake cutting ceremony.
seperti yang diilustrasikan di atas aku harus bersaing menyempit mencari ruang dan peluang nak snap gambar tapi di sebabkan hanya berbekalkan camera nikon biasa di tangan kanan dan camera hp di tangan kiri maka aku beralah lah ke tepi memberi laluan kepada official photographer dan mereka-mereka yang lain. sila,sila,sila..........


Sesi bergambar bersama ahli keluarga. This is my family.
jangan tanya kenapa mata pandang ke lain sebab banyak sangat camera kat depan. Nak gambar dari angle yang tepat haruslah tunggu dari official photographer kak Lia. 
teheeeee :)

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Bunyi macam ayat standardkan kan tapi that is the truth. Once again, tahniah Kak Lia & Abg Nazrul. Oh lupa nak cakap welcome to our big family Abg Nazrul.
next week 23rd Feb resepsi sebelah Abg Nazrul. well, Kak Lia dah siap-siap cakap dengan Vna kalau boleh cubalah attend. whuarghhhhh memanglah nak attend tapi arituh Vna kerja.
tsssk :(
but who knows kalau-kalau ada miracle kan suddenly dpt attend?
doa.

take care readers! 
selamat ke sekolah adik-adik sekalian & selamat berkerja awak-awak yg berkerjaya!
good nite & sleep tight :)

much love,vna erman :)


Kak Lia's Solemization.

Assalammualaikum,

Bertempat di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras berlangsungnya majlis akad nikah Kak Lia & Abg Nazrul.
Supposely Vna di lantik sebagai pengapit kepada Kak Lia and yes Vna exciteddddd  untuk job tersebut :)
Tetapi atas sebab musabab seperti practical yang mungkin akan menyebabakan daku harus berkerja pada tarikh majlis itu berlgsg, tak sempat nak pergi tempah baju dek kerana last minute plus tailor favorite banyak tempahan menjelangya chinese new year maka dengan itu Vna pun melepaskan jawatan yang dilantik kepada my dearest cousin Lisa which is adik kepada si pengantin.

Keadaan makin gentir bila mana nak apply extra cuti for CNY. well, company dah bagi cuti sampai hari Selasa which is follow public holiday lah kan. Majlis pulak hari Selasa. Abah Vna decided nak balik the next day nya sebab takut penat plus nak elak heavy traffic due to CNY. Vna punya serabut pikir macam mana nak apply extra cuti. Dah lah internship sekejap jer, plus baru 2 minggu jer start kerja. well Mak Vna cakap kita tak baik nak menipu kononya sakit pergi apply MC. Just tell the truth. so dengan keberanian yang ku kumpul isi borang cuti and cakap terus terang dengan my supervisor & alhamdulillah cuti di luluskan. 

On that day, since dah tak jadi pengapit pengantin so Vna di tugaskan as dulang girls. eh bridemaids jugak lah kan? boleh tak nak cop mende yang paling senang nak bawak? Ada aku kisah? well, benda paling senang nak bawak yang tak berat, yang tak payah risau if jalan nak tergolek-golek kedudukan asal ialah coklat. senang kerja :) Ni antara hantaran daripada side ktorg untuk pihak lelaki. ktorg kasi 11 dulang berbalas 9 daripada side diorg. tapi yang side lelaki Vna tak sempat nak pergi snap sebab dah kalut buat mende lain. habis lupa. tssk :(










my dearest sister, Kak Lia before lafaz. Kak Lia cakap Vna makin kurus. kurus lagiiiiiii. maybe sebab kerja kot kak. 

Saat-saat untuk diijabkabulkan. Imam Muda tengah bacakan khutbah nikah.
Iman Muda bukan yang masuk rancangan reality tuh tapi imam ni usianya masih belia. Handsome boleh tahan tapi sayangnya dah kahwin anak dua. Takpelah imam sila lah jalankan upacara akad nikah Abg Nazrul dgn Kak Lia. saya cari orang lain. LOL :)

Kak Lia dinikahkan sendiri oleh Pak Long Vna. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah Kak Lia milik Abg Nazrul selamanya. Yeayyyyy!

 Abah sebagai salah seorang saksi. Steady lah Abah! Eh!Eh!


Upacara membatalkan air sembahyang.


To my beloved sister Kak Lia, selamat pengantin baru. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Semoga Kak Lia menjadi isteri solehah & terbaik buat Abang Nazrul. Untuk Abg Nazrul please take care Kak Lia sebaik mungkin. Semoga korang berdua kekal bahagia dunia akhirat, dapat baby cepat-cepat yang comel lagi soleh & solehah. happy for both of you :)

stay tuned for next updated!
the reception :)
take care uolsss & thank you for reading this entry!

much love, vna erman :)