Sunday, February 17, 2013

Kak Lia's Solemization.

Assalammualaikum,

Bertempat di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras berlangsungnya majlis akad nikah Kak Lia & Abg Nazrul.
Supposely Vna di lantik sebagai pengapit kepada Kak Lia and yes Vna exciteddddd  untuk job tersebut :)
Tetapi atas sebab musabab seperti practical yang mungkin akan menyebabakan daku harus berkerja pada tarikh majlis itu berlgsg, tak sempat nak pergi tempah baju dek kerana last minute plus tailor favorite banyak tempahan menjelangya chinese new year maka dengan itu Vna pun melepaskan jawatan yang dilantik kepada my dearest cousin Lisa which is adik kepada si pengantin.

Keadaan makin gentir bila mana nak apply extra cuti for CNY. well, company dah bagi cuti sampai hari Selasa which is follow public holiday lah kan. Majlis pulak hari Selasa. Abah Vna decided nak balik the next day nya sebab takut penat plus nak elak heavy traffic due to CNY. Vna punya serabut pikir macam mana nak apply extra cuti. Dah lah internship sekejap jer, plus baru 2 minggu jer start kerja. well Mak Vna cakap kita tak baik nak menipu kononya sakit pergi apply MC. Just tell the truth. so dengan keberanian yang ku kumpul isi borang cuti and cakap terus terang dengan my supervisor & alhamdulillah cuti di luluskan. 

On that day, since dah tak jadi pengapit pengantin so Vna di tugaskan as dulang girls. eh bridemaids jugak lah kan? boleh tak nak cop mende yang paling senang nak bawak? Ada aku kisah? well, benda paling senang nak bawak yang tak berat, yang tak payah risau if jalan nak tergolek-golek kedudukan asal ialah coklat. senang kerja :) Ni antara hantaran daripada side ktorg untuk pihak lelaki. ktorg kasi 11 dulang berbalas 9 daripada side diorg. tapi yang side lelaki Vna tak sempat nak pergi snap sebab dah kalut buat mende lain. habis lupa. tssk :(










my dearest sister, Kak Lia before lafaz. Kak Lia cakap Vna makin kurus. kurus lagiiiiiii. maybe sebab kerja kot kak. 

Saat-saat untuk diijabkabulkan. Imam Muda tengah bacakan khutbah nikah.
Iman Muda bukan yang masuk rancangan reality tuh tapi imam ni usianya masih belia. Handsome boleh tahan tapi sayangnya dah kahwin anak dua. Takpelah imam sila lah jalankan upacara akad nikah Abg Nazrul dgn Kak Lia. saya cari orang lain. LOL :)

Kak Lia dinikahkan sendiri oleh Pak Long Vna. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah Kak Lia milik Abg Nazrul selamanya. Yeayyyyy!

 Abah sebagai salah seorang saksi. Steady lah Abah! Eh!Eh!


Upacara membatalkan air sembahyang.


To my beloved sister Kak Lia, selamat pengantin baru. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Semoga Kak Lia menjadi isteri solehah & terbaik buat Abang Nazrul. Untuk Abg Nazrul please take care Kak Lia sebaik mungkin. Semoga korang berdua kekal bahagia dunia akhirat, dapat baby cepat-cepat yang comel lagi soleh & solehah. happy for both of you :)

stay tuned for next updated!
the reception :)
take care uolsss & thank you for reading this entry!

much love, vna erman :)




No comments :