Thursday, April 16, 2020

Kenangan Attend Fashion Show Rizalman for Zalora 2019

Assalammualaikum,

Kah kah kah cerita 2019 tapi 2020 baru nak update.Yup dek kerana buntu PKP di sambung ke fasa 3 jadi kita kena pastikan otak tak tepu so kena lebih creative mencari idea apooo lagi nak buat sepanjang kuarantine ni haaa so ayuh la kita berblogging semula sejak sekian lama di lupakan.

Tahun lepas aku dapat  invitation ke fashion show fashion designer tersohor Malaysia Dato Rizalman Ibrahim. Macam mana boleh dapat invitation sedangkan anda berstatus rakyat marhaen bukan dalam kalangan T20 yang saban tahun menempah busana mewah dengan Rizalman? Begini ceritanya.....

Dato Rizalman ada bukak peluang untuk followers dekat personal Instagram beliau untuk attend fashion show beliau. Kalau tak salah lah dia cuma tanya kenapa anda mahu ke fashion show Rizalman for Zalora? So kita pun kena bagi sebab kena nak sangatttttttt attend. Tapi tak boleh bagi jawapan yang typical lah kena creative se-creative level pemikiran Rizalman. Bukan kena tulis slogan tidak melebihi 20 patah perkataan macam tu. Bebas je nak buat macam mana untuk tarik perhatian Dato untuk select kita.Alhamdulillah ada satu hari tu tetiba ada DM masuk from Faizul orang kuat Rizalman kata aku dapat attend fashion show tu.

So lets throwback!

Bertempat di Chin Woo Stadium Hall Kuala Lumpur,  hari Rabu bersamaan 27 Mac 2019 berlangsungnya fashion show Rizalman for Zalora 2019 yang bertemakan Royal Ascot. Semua tetamu yang di jemput kena berada dekat situ by 3pm sebelum ketibaan tetamu diraja iaitu KDYMM Raja Permaisuri Agong. So on that day memang aku sampai around 2pm dekat situ sebab tak pernah tahu tempat tu kat mana risau jalan sesak ka apa so biar awal dari lambat.

Bila sampai kita kena ke registration counter jumpa staff yang bertugas then diorang akan bagi sticker dengan seating number kita as security purpose. Dato buat macam tu untuk elakkan kejadian tahun lepas tetiba ada jugak tetamu yang tak undang dapat jugak menyelinap masuk so tahun ni ada sticker sebelum masuk dewan kena tunjuk baru security guard tu bagi masuk. 

Sticker ni still aku simpan dok ada sampai lani tempek ke hp sayang punya pasal!

Masuk-masuk je dalam hall tu sumpah kau macam seolah-olah masuk "dunia" lain. 
Mewah. Dari dewan biasa bertukar jadi luar biasa. Demi korang gagahku google sebelum dan selepas ok nak bagi hampa sama-sama rasa terpegun ternagaga meremang bersama-sama. LOL


So tetamu-tetamu yang dah sampai boleh masuk terlebih dahulu ambik tempat masing-masing. Masa tu kau boleh la cuci mata tengok selebriti-selebriti datang, orang-orang kenamaan, orang-orang industri fashion, editor magazine yang selama harini semua orang-orang tu kau mampu tengok dekat televison dan social media je. Antara semua selebriti yang ada kalau tak salah Ziana Zain paling awal ada dalam dewan. Yang lelain tu bukan la sampai lewat cuma nak dekat-dekat start majlis baru nampak mereka-mereka. 

Kalau selama harini kita tengok red carpet dekat TV hari tu merasa tengok depan mata lain la feel dia. Rasa nak menyorok pun ada sebab segan kita pakai level marhaen depa yang mai memang vogue habis weyh!Oh btw, sebelum ni aku dah pernah jugak dapat invitation attend fashion show Rizalman for Zalora tahun 2017. To be compare memang totally different sangat experience nya! Incase ada yang nak baca pasal tahun 2017 boleh klik sini : ( Rizalman for Zalora 2017 )



Masa ni KDYMM Raja Permaisuri Agong dan semua tetamu VVIP dah sampai so terus start majlis.


Spot The Royal families!
 Masa arituh seating aku bebetul dapat menghadap depan Tuanku memang pulas lens camera sampai habis untuk shoot wajah Tuanku.
 Daulat Tuanku. 

Masa majlis nak start tu ada permainan lampu chadelier bergerak seiring pergerakkan masuk King Riz watak Dato Rizalman untuk campaign tahun itu. Dato masuk serious muka kerek menjiwai gila watak King weyh. Masa tu aku nampak Tuanku Permaisuri tepuk tangan bersungguh-sungguh macam kagum karakter yang Dato bawak. Dato berarak masuk jalan menuju ke singahsana.



Lepas dah selamat tiba dekat singahsana King Riz pun berkenan menganugerahkan pinggat kebesaran kepada rakyat jelata a.k.a model-model yang berarak masuk memakai koleksi-koleksi pakaian Rizalaman for Zalora 2019.



Pada aku memang lain la concept dengan fashion show yang selama harini ada. Kudos Dato! (walaupun setahun dah berlalu haha!)

Dalam pada karakter serious kerek yang Dato bawak arituh, boleh pulak lepas dah settle upacara penganugerahan pinggat tu tetiba dia makan KFC weyh. Ya ampun memang satu dewan pakat gelak la ceritanya.  




Lepas dah selesai tuh, King Riz berarak meninggalkan singahsana lepas tu baru lah datang sembah menghadap KDYMM Raja Permaisuri Agong then masa tu baru lah Dato Rizalman kembali ke watak asal. Barulah dia senyum time tuh. 



So selesai lah fashion show tu tak sampai setengah jam pun berlangsungnya tapi set up berhari-hari. Phewww respect dekat semua tenaga kerja yang terlibat. So after that boleh la mingle around dengan semua orang kat situ. Tapi serious cakap lah segan weyh. Aku cecepat pi beratur untuk bergambar dengan Dato. 


Ketaq weyh nak menghadap King Riz. Tapi dan la bagi salam Assalammualikum Dato! Tuh ja mampu cakap. Starstruck padahal ni second time jumpa Dato depan-depan.  

Izara Aisha macam patung weyh. 

Mumy Lara Alana, Scha Alyahya antara yang friendly yang aku tengok dengan semua orang kat majlis tu. Keep it that way Scha!

Shery Ibrahim pun cantik

Marsha Milan. Suka tengok perubahan dia sejak masuk Islam. 

Last but not least, 

:)

Overall dapat peluang macam ni memang rasa bersyukur dan lucky sangat. Tambah-tambahan tahun ni Dato Rizalman announce beliau akan bersara sebagai fashion designer. Sedih sangat masa dapat tau. Takdan nak kahwin pakai baju Rizalman buat😭

Apa pun selamat bersara Dato! Terima kasih sebab berkolaborasi dengan Zalora jadi merasa lah jugak kami orang-orang biasa ni pakai karya Dato. Semoga empayar Rizalman yang akan di teruskan oleh anak didik Dato, Faizul akan terus berjaya!

Ok la itu je nak cerita nak share dengan hampa. Jaga diri, jaga kebersihan dan sama-sama kita doa semoga Covid 19 berambus cepat dari muka bumi. 

Much Love, Vna Erman :)

Thursday, April 02, 2020

1 April Tanpa Tokwan


Akak, Tokwan dah takde
.............................................................

5 Ogos 2019

2 minggu berulang alik tiap-tiap hari dari Taiping - Ipoh datang tengok Tokwan since the day kami semua received news Tokwan terjatuh tergelicir sebab terlepas botol air yang dia nak minum. Bila detect Tokwan ada komplikasi darah beku jadi kesihatan tokwan day by day makin merosot atas faktor usia dan juga penyakit-penyakit lain (kencing manis). Pergi kerja tapi hati tak senang asyik teringat. Tiap-tiap kali nak balik rasa bersalah sangat tapi terpaksa.

 Tapi pagi itu  5 Ogos 2019 waktu dekat perhimpunan hp aku bunyi dan nama Erleen yang appear dekat screen aku dapat rasakan bad news.......Akak,tokwan dah takde......


Sepanjang 2 minggu Tokwan tak sedarkan diri ada beberapa waktu dia sedar sekejap tapi tak bukak mata. Aku ingat lagi hari kedua lepas sekolah terus gerak sampai Ipoh tinggal 10 mins je lagi masa nak melawat. Kebetulan masa tu Tokwan sedar tapi tak bukak mata terus cepat-cepat datang tepi telinga bisik "Tokwan sorry ena lambat datang jumpa Tokwan sebab ena sekolah tak dapat nak mai awal....." dan Tokwan cuma response haaaaa haaaa dan tangan dia gerak pelan macam try to gengam tangan aku macam tu tapi tak pun sebab sebelah badan tokwan dah tak boleh bergerak dah.
Itu lah last Tokwan bercakap dengan aku after that dia terlantar je.

WHUARGHHHH SEDIH LA BILA TERINGAT BALIK!  
Sedihnya. 
Rindunya.
Ayaq mata tak tau nak cakap la berapa banyak dok meleleh sepanjang nak taip entry ni. 

Semalam birthday Tokwan. 1 April tiap-tiap tahun kami mesti sambut. Ada kenduri kesyukuran, doa selamat, bacaan yasin, suruh Tokwan siap handsome-handsome nak potong kek lepas tu kena ada gambar ramai-ramai dengan cucu-cucu dia. Tapi tahun ni masing-masing terkenang mampu update gambar lama je. Tokwan dah takde.  Musim Covid19 pulak nak berkumpul pun tak buleh. 

1 April yang suram.
1 April semua diam terkenang tokwan kita dah berlainan alam.
1 April Tokwan tetap mekar dalam hati semua orang.

Actually nak post this entry masa 1 April tapi ambik masa lamaaaaaaa sangat nak menulis sebab tengok gambar nages, teringat balik nages lagi . Rasa semua anak cucu rasa benda yang sama. Semalam Erleen nak post gambar Tokwan dekat IG as memory 1 April. Tapi tengah-tengah dia tengok-tengok gambar Tokwan yang ada tetiba lagu dekat playlist keluar lagu Noh Hujan tepat terkena dekat lirik : 
Angin kencang membawa kau jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
.......................................

Erleen
Aku
PAKAT MENANGIS LAGI
...............................

Dah la rasa tak boleh nak taip lagi dah walaupun sebenarnya nak tulis kenangan-kenangan manis dengan Tokwan. Lama Tokwan ada dengan kami. Umur dia sampai 89 tahun. Lama dia hidup dengan kami semua so just bayangkan sakitnya berpisah tu macam mana. Kami semua redha cuma rindu je. Tengok la masa merdeka nanti mungkin akan ada entry pasal tokwan. Sebab Tokwan askar zaman sebelum merdeka lagi so ada la few cerita Tokwan sempat cerita dekat kami anak cucu. Maybe that time ok kot nak cerita banyak-banyak pasal kesayangan kami ni.




Tokwan suka minum teh tarik. Masa ni dia baru lepas operation buang selaput dekat mata so kena lah berkaca mata hitam.


Gambar ni masa dekat Melaka. Kebetulan Erleen masuk matrikulasi kat sana pastu lalu kat sini kami yang suruh Tokwan buat peace sebab dulu dia pernah berkhidmat dekat kem tu. 


Ini gambar last kami celebrate birthday Tokwan. Genap 89 tahun. Kami siap cari topi special bagi dia pakai. Cucu buat lah apa pun Tokwan ikut je walaupun kena "buli" sikit. 
Time ni memang nampak dah tokwan uzur sangat. Nampak sangat dia dah tak larat. Biasanya kalau anak cucu balik ramai-ramai dia happy tapi hari tu aku tanya dekat dia

"Tokwan are you happy"

"No...."

"Why?"

"My body not strong............"
(Disclaimer : Tokwan askar melayu zaman British dulu so dia boleh cakap dan faham simple English so dia suka nak cakap omputih kadang-kadang)

Mungkin dia dah tahu itu kali terakhir dia di raikan.

Sampai kita berjumpa semula Tokwan
Alfatihah Osman bin Mohamed
Hadiah yang takkan pernah kami lupa kirimkan

Much Love,
Vna Erman :(