Friday, May 19, 2017

Rizalman for Zalora 2017 Fashion Show

Assalammualaikum,

REMINDER: POST INI MENGANDUNGI PULUHAN GAMBAR!

Macam mimpi. Yes tak percaya satu pagi tetiba dapat DM dari Dato' Rizalman Ibrahim iaitu invitation terpilih untuk menyaksikan fashion show gilang gemilang yang di impikan semua orang. Like seriously aku terpilih? HARUSLAH MELOMPAT LEBIH TINGGI! 
Alhamdulillah. 

Bertempat di Galeri Ilham Kuala Lumpur, Rizalman melancarkan koleksi Rizalman for ZaloraLa Vie en Rose bersempena dengan #rizalman25yearsilverjubilee .Koleksi kali ni direka oleh Rizalman bagi memberi penghormatan kepada pereka-pereka antarabangsa antaranya termasuklah Valetino Christian Dior, YSL, Emilio Pucci, Dolce and Gabanna dan Coco Chanel serta ramai lagi yang selama ini menjadi guru serta figura ikon buat beliau. Maka lahirlah koleksi yang di inspirasikan dari pereka-pereka tersebut yang diberi sentuhan moden yang diolah kepada baju kurung,kebaya dan jubah bertempatan dengan budaya masyrakat Malaysia.

Sesungguhnya Vna terasa bagai itik dari kampung bila masuk ke hall fashion show tuh. Dah lah no plus one so nak tak nak takde option lain melainkan datang sorang. Mujurlah Rizalman ada create group untuk semua lucky followers yang terpilih so from group tu keep in touch dengan followers lain pasal event ni. Tapiiiiii tetaplah segan sebab semua orang strangers and tak kenal sangat. Bila sampai dekat galeri tuh terus pandang kiri kanan apo semua orang lelawa so in trend so makeup on point so vogue de vass so meletops and aku so so so sedihhhhhhhhhhhhh. Nak lari masuk sorok dalam tandas rasa tak mau keluar. Tapi dah kemain jauh mai dari Tepeng takkan lah tak mau masuk. So be confident je lah. Bismillah.

Honestly suka tengok cara RI team handle semua guest dari orang biasa-biasa ni sampailah ke artis-artis dan VIP. Sangat professional dan teratur.



Koleksi kali ni " lebih mahal " kalau dibandingkan dengan koleksi-koleksi sebelum ini yang dijual di Zalora. Tapi bila dah tengok real depan mata baru lah tahu kenapa harga koleksi kali ini lebih mahal dari biasa. Khas untuk readers sekalian selamat menatap gambar-gambar yang diambil dalam keadaan mana mata sibuk nak menelek baju lalu lalang mana tangan sibuk nak adjust camera zoom in zoom out demi mendapatkan shoot yang cantik dikala model bergerak di runway. Sepanjang model-model molek ni cat walk ada band yang mengiringi diorang dengan memainkan lagu-lagu rancak dari filem-filem P.Ramlee. Terasa macam pesta muda mudi pak maun dekat kelab-kelab malam zaman dulu-dulu. Energetic habis!

Selamat berfantasi anda berada di sana. 


























Dan antara berpuluh-puluh helai baju yang ada dalam koleksi ini DESIGN ni yang paling menambat hati tertusuk terus masuk dalam jantung. SUMPAH jatuh cinta tahap parah takde vaksin yang mampu mencengah.




Melha Kebaya Nyonya, RM 1,325.00. 
Saiz S dah sold out kat Zalora. 

Semestinyaaaaaaa STAR OF THE DAY tak lain dan tak bukan mastermind nya, 
Dato Rizalman Ibrahim.
Dia memang berada di class tersendiri. CONGRATULATION SHOUTS DATO! Kami suka lah baju-baju hampaaaaaa dari dulu, kini dan selamanya. 



Penampilan istimewa hari tu ialah persembahan nyanyian dari forever favourite singer, Dayang Nurfaizah sambil di iringi persembahan tarian yang diketuai RIZALMAN sendiri & the team. WEYH FASHION SHOW MANA YANG HAMPA ATTEND DESIGNER DIA SENDIRI YANG PERFORM UNTUK GUEST YANG MAI?
One word, IMPRESS!
Oh ya, Aali Nail pun buat special appearance jalan dekat runway tau. Unfortunately gegaq pulak gambarnya nak upload. 

Ending show semua tetamu dijemput berkumpul ke tengah stage menari sesama dan dapat tengok lebih dekat koleksi yang dipakai oleh model-model. 




Perghatiiiii betoi-betoi tang tangan Rizalman Swasroski uols. Meletops! Tak cukup buh kat baju dia buh tang tangan. Tak cukup tang tangan dia tabur habissss dekat cake biaq semua orang nampak kejayaan dia kecapi dah 25 tahun dalam industri. 


Kami tak makan, jangan tanya tercekik batu swarovski dak. BAHAHAHAHA! *joking*

Lepas settle semua persembahan dan sesi bergambar dengan model-model, Rizalman jemput sesiapa yang nak bergambar dengan dia. Pakat semua orang serbu lah ceritanya. Kiri kanan buat barisan. Yang bagusnya Rizalman layan semua guest secara adil dan saksama. Selang seli barisan kiri then barisan kanan. Bila sampai turn macam ketaq tak terkeluar nak cakap apa hatta words congratulation pun. Cuma mampu cakap Assalammualaikum Dato........... pappp tengok camera sengih. LOL betul. 


Kalau tadi dengan Rizalman dah terketaq hat ni jumpa VVIP papppp depan mata lagi lah bertambah ketaq tapi teringin nak bergambaq jugak sebab bukan senang dapat mingle around dengan the royal walaupun punya ketaq nak tekan button snap. Serious nak senyum macam tak tersenyum. 


Terimalah SEKEPING selfie senyum-tak-tersenyum hamba dengan Tunku Azizah Pahang. Ampun tuanku.
Honestly dia sangat-sangat cantik weyh. Effortless beauty. Bila tengok gambar apa kebenda ntah aku buat muka lagu tuh. Nak request eh eh sekali lah, tak berani dah. Ada jugak bodyguard belakang tuh angkut aku keluar dari majlis walaupun  Tuanku sangat friendly dengan kami-kami orang biasa-biasa ni. Terima kasih Tuanku. 

Finally jumpa jugak akhirnya penyanyi favourite kita semenjak zaman Seandainya Masih Ada Cinta sampai ke era Lelaki Terangung. OMG excited tak tau nak cerita. Kecik molek je orangnya, kurus slim makan apa pun tak tau, skin complexion yang wowwwww. The one and only, Dayang Nurfaizah!


Sempat jugak menyapa Fafau. Tak besaq mana pun weyh tak paham lah aku yang dia kena bahan dekat TV  peha gems gems lah apa. LOL. Siap Fafau tanya dah ok tak gambar, lighthing ok? HAHAHAHA.
Sure dia dah terbiasa fans eh eh satu lagi gambar tak ok, eh eh apa senyum macam ni lagi sekali boleh, so dia tanya siap-siap. 


Meet the lady behind Innai Red, Izrin. 

 Bila nak bagi Vna invitation attend fashion show Innai Red? Hehehe. Raya collection diorang tahun ni pun sangat-sangat menawan. Check it out dekat official instagram diorang.

Lastly, dengan si kurus tinggi and friendly Marsha. 
Katiknya aku aihhh. 

Overall, 100% enjoy and to me ini ialah highlight of the year! Selalu mampu verangannnnnn tengok Project Runway or mana-mana fashion show dekat TV or via IG itu pun gambar je. Kalau Rizalman tak jemput memang tak merasa lah seorang rakyat marhaen ni menikmat fashion show live depan mata. Thank you so so so much Dato. Tahun depan panggil lah kami lagi naaaaaa :)
Kepada sesiapa yang berpoket tebal kunjungilah website Zalora dan grab lah mana-mana design yang menambat kalbu. Oh semalam ada few designs discount tau! Lekaihhhhhhhhh.......

Much Love, Vna Erman  :)

1 comment :

Dear Nina Chan, said...

hai Vna :)
awak ada tak Fb Mia lagi?
atau number phone atau emel dia?

kalau ada, boleh tak awak tolong bagi kat akak?
cakap kat dia Kak Skenah tengah cari dia
akak ni kakak angkat dia masa sekolah SMT Sepang dulu

please Vna. kalau awak ada pape contact dia, boleh tolong bagi kat akak tak?
thank you so much awak tulis pasal dia kat blog
https://vnazone.blogspot.my/2011/03/sape-ckp-species-dugong-dah-pupus.html

akak dah lama gila cari dia tapi tak jumpa pun
ni link Fb akak https://www.facebook.com/voltanviolet
ni emel akak pulak minnsakinah@yahoo.com

thank you so much Vna
btw, best baca blog awak ni. keep it up :)