Wednesday, August 19, 2015

Aniz's Bachelorette Night!


Assalammualaikum,

Terima kasih untuk pencipta apps Whatsapp sebab semua perancangan bachelorette night ini dilakukan 100% dalam Whatsapp. Bermula dari terdetiknya idea, berkembang ke plan majlis dengan my PA, Dyra, pakatan subahat dengan Fatin and Fyruz, pemilihan cupcakes, tempahan belon dengan selempang dan segala benda hanya melalui dunia whatsapp. Cuma bila jejak JB baru la buat plan pakatan secara lisan dengan Mira, cousin si Aniz merangkap floor manager untuk #dzulaniz wedding.

Payah, seriously payah tahap nak give up nak throw bachelorette night ni. Sebab sorang dekat Perak, dekat Kedah, dekat Klang, dekat KL dekat JB kau bayangkan macam mana nak setting segala benda,date and masa yang semua boleh available? Pening habaq hang. The only time yang free ialah malam Jumaat, which is sehari sebelum majlis nikah. Selalunya orang buat bachelorette party 2-3minggu sebelum majlis, tapi kita orang apa ada hal. Janji ada small surprise gittewww!

Masa sebelum datang JB, memang hari-hari takda kerja lain whatsapp dari pagi buta sampai malam buta dengan si Dyra. Cari sapa boleh buat cakes, cari kedai party, survey itu, survey ini. Last sekali bab cupcakes campak kat Fatin suruh handle. Sebab dia yang paling last akan jejak JB, so dia paling sesuai untuk angkut cupcakes Wondermilk from KL. Settle! 

Seterusnya bab decoration party. Banner and poster print siap-siap dekat rumah. Settle! For ballons, kita orang memang dah booked dengan satu kedai party dekat JB ni,One Clown Party. Tapi paham tak feel pilih barang melalui whatsapp dengan pilih depan mata. So apa kita orang buat? Kebetulan kerjaku selain sebagai maid of honor, kena buat decoration untuk candy buffet jugak. So kekononnya si Dyra kelentong kata dia kekononnya tau ada satu kedai ni jual barang-barang untuk decoration. Ajaklah Aniz pergi situ cari barang. Dalam pada pilih itu pilih ini, SEMPAT OKEY aku jeling hang, hang jeling aku, bagi tau dengan si Dyra apa patut pilih untuk malam nanti. Hahaha. Hebat tak kita orang niz? *big applause* 

Settle bab-bab perkara merepek semua tu. Sekarang masalahnya ialah macam mana nak bawak bride to be naik masuk bilik hotel. Sebabnya pengantin duduk rumah. Dengan masalah besar yang menganggu setiap plan A, plan B C dan semuanya ialah PENGANTIN SIBUK SAMPAI TENGAH MALAM! Paham tak selalunya orang nak kahwin, malam yang nak kahwin tuh duduk rumah diam-diam, tidoq cukup-cukup tapi bride to be sekor ni tak reti bahasa sampai pukul 12 malam pun sibuk lagi nak uruskan hal dewan untuk majlis resepsi. Mampos! Hergh! Hergh! Hergh!

Mujurlah Allah permudahkan jalan, tetiba dapat idea buat alasan nak bekas untuk nak letak hand bouquet pengantin. Sebab bunga-bungaan semua letak dekat hotel. Phewww, masa tu mujurlah PA's ku sekalian (Dyra,Fatin & Fyruz) dah memang ready deco, makanan semua. So dari hotel balik rumah pengantin ambik bekas hantar ke hotel. Yes, yes, yes almost berjaya. Bila dah sampai bawah, sekali lagi atas bantuan whatsapp cakap suruh diorang get ready. And alhamdulillah every went smooth!! 

Aniz terkejut. Yeayyyyy!
MISSION ACCOMPLISHED! :) 

Memandangkan dah lewat sangat pun masa tuh, esok pagi-nya pengantin pun kena bangun awal pagi nak make up semua so kita orang cuma ambik gambar kenang-kenangan dengan melantak cupcakes and KFC! Dah print dah quiz kekononya jawab soalan mengenai bride lah, tapi tak payah tak sempat. We need our beauty sleep too. Haha.










Sadis sangat tau selalunya orang buat bachelorette party pakai molek-molek dress up lawa-lawa tapi kitaorang memang bapak gila selekeh nak mampos. Masing-masing dengan tudung dah senget muka berlemuih tapi sayang kawan punya pasal #redha.
Sebab kalau pakai cantik-cantik nanti Aniz dapat hidu plan, lepas tu dah asyik ke hulur ke hilir exact masa nak bawak bride to be ke hotel pun tak boleh decide bila. Haaaa sekali ada peluang terus jalan. Sebab tulah kami kelihatan selekeh sekali di bachelorette night. 

 Dear Aniz, 
Hopefully kau suka dan akan ingat sampai bila-bila hatta sampai ke tua kerepot small surprise kita orang ni. Well, tak mewah macam orang-orang lain buat untuk special girlfriend diorang, sorry hanya ni yang sempat dan mampu kita orang buat.
Kau tahu betapa aku sayang sangat dengan kau babe! 

Untuk Dyra, 
TERIMA KASIH SELAMBAK ALAM sebab hang memang banyak gila sangat tolong Kak Vna dalam bab ni. Terima kasih untuk semua pengorbaan dan kesabaran hang melayan permintaan k.vna yang satu ni. Wallahi, Kak Vna tak mampu nak balas, tapi Kak Vna percaya Allah akan balas setiap butir kebaikan yang hang dah buat untuk Kak Vna. 
thanks! Sayang hang sangat!

Fatin,Fyruz & Mira
Terima kasih sebab jadi rakan subahat paling awesome! Setiap idea dan usaha korang teramat dihargai. Mekasih mekasih mekasih!

Upcoming entry, solemnization & reception story!
stay tuned...

Much Love, 
Vna Erman.