Thursday, July 30, 2015

Klasik Raya 2015.

Assalammualaikum,

Macam biasa kelewatan meng-update entry memang biasa berlaku kat blog sendu ni. Teheeee ;)
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir & Batin semuaaaa. (mujur still relevance masih di bulan Syawal!).
Tahun ni berapa pasang baju we ollss? Of course mula-mula 2 helai pastu last minutes jadi 3 helai. 
Masa first raya pakai baju favorite designer kami walaupun  mampu beli RTW JER!. It's from Rizalman for Zalora 
Koleksi kali ni mengunakan material neoprene di mana rata-rata pereka tempatan yang lain pun pilih material ni untuk koleksi raya mereka antaranya seperti Fizi Woo dan Linda Rahim. Apa yang best pasal fabrik neoprene ni ialah iron-friendly! (Ada ke wujud terms tuh?) Maksudnya tak remuk dendam menyakitkan hati nak iron. Kalau lewat bangun pagi raya lupa nak iron baju takde hal. Macam mana fabrik neoprene ni? Haaaa dia macam cushion gitewww. Haha. Tak reti nak describe tapi dia tebal, tak panas dan tak sejuk jugak. Rasa dia lebih kurang macam ala-ala iron board cover. Haaa cam gitu. Fabrik ni cantik kalau nak buat ropol-ropol sebab memang dia akan cantik terbentuk. Unfortunately design yang kami pakai ni dah sold out! You might check another awesome design kat Zalora ok?

Tahun ni family ku takdak warna tema. Temanya ialah warna warni di Aidilfitri. Ikut engko la nak pakai warna apa. Biasanya memang tak suka pun pakai corak warna sama anak beranak. (no heart feeling pada yang suka sedondon mondon its our preferences) tapi mesti macam cari warna yang "boleh masuk". Means cantik la bila bergambar. Tapi tahun ni memang pelangi gilaaaa ahh. Since tak bertema, makanya sendiri decide untuk tampil klasik di hari raya. Berbekalkan baju kurung Pahang berperincian bunga tabur + dokoh brooch terhasilnya klasik raya interpretasiku! Ewah.










OOTD Featured Items:
Kurung Pahang: Rizalman for Zalora
Dokoh Brooch: Unbranded
Bags: Charles & Keith

Much Love, Vna Erman :)

1 comment :

Zaida Nor said...

Salam..sis nk tnye kain neoprene ni senang ke nk jaga..means, cara nk basuh tu mcm mana? kain die senang berbulu ke?