Saturday, February 07, 2015

Sesalan Sofina 3

Assalammualaikum,

Hai, sudah semestinya anda-anda yang membaca blog picisan ini rata-rata sudah tahu betapa obsesnya penulis blog ini dengan handbag Sofina. Dah untuk peminat/pengumpul Sofina series seyakinnya ku pasti hampa mesti dah tau yang Sofina dah buat comeback dengan Sofina 3. 

Masa dapat tau memang nak beli, tapi lepas pikiaq-pikiaq, tekan calculator la apa eh tak cukup budget lah, membazir lah sebab ada beli 3 buah dah kot from previous collection. Tapi ada sipi-sipi dalam hati ni cakap alaaaaa nak jugak. So pepagi bangun stand by depan laptop tapi still berbelah bahagi nak beli ke tak nak beli tak sampai lah pukol 10, waktu launch.

As usual memang dapatlah nak beli Sofina nya, so dah pilih nak warna merah, pastu ada coupun discount, dapat potongan lagi. Then decided nak buat payment guna CIMB Cliks sebab ada promotion anything yang di bayar menggunakan CIMB Clicks dapat 20% discount lagi. End up handbag tu dari RM179 tinggal RM114. OH MY GILA TAK NAK BELI. Memang tekad BELI! BELI! BELI!

Malangnyaaaa, masa tuh jugak lah CIMB nak upgrate system la apa, so under maintenance maka tak boleh proceed bayar guna cimb cliks, so harga bag jadi RM143 (lebih kurang tak ingat actually amount). Lepas tu termenung depan PC nak beli tak, nak beli tak. Last-last tekad tak payah lah, bagi lah chance dekat orang lain yang nak Sofina ni ambik my order ni. So teruihhh dail up FV team, "Hai, I nak cancel my order". As usually service FV memang tip top, sekelip mata cancel sudah order ku. Masa tuh memang tak rasa menyesal, tak rasa terkilan. 

TAPI.....

Selepas asyik scroll-scroll IG hashtag #sofina3 (tak tau pasai gatai,sendiri cari penyakit) pulak dah menyesalnya tak beli SOFINA 3 WEYH!
KENAPA AKU CANCEL ORDER ARITUH?
Moral of the story, once you become Sofina lovers, forever you are addicted to it!
SOMETIMES PLEASE RESTOCK!
I promise I will grab this time. 
:(


Semoga kita akan berjodohan kembali :(

Much Love, Vna Erman.

1 comment :

pipie azati aziz said...

sofina dah restock .. pergi lah grab cecepat ...