Monday, December 29, 2014

Shikin Berdua Bersatu.

Assalammualaikum,

Hai, sebelum bercerita aktiviti weekend ku, jom sama-sama kita doakan negara tercinta, Malaysia kembali pulih dari segala musibah dan dugaan yang menimpa. Kuat Malaysian kuat! Semoga Allah lindungi semua. Amin.

Sabtu lepas, ex-dormmate kami kahwin. Wehuuuu! Kalau korang memang macam pernah lah singgah sekali sekala dekat blog suam-suam kuku ini haaa, tau lah dulu yang Vna pernah stay sat kat hostel. Yang kahwin ni, classmates merangkap dormmate masa dekat SMK Bainun. Sampai ke hari, seriously tak pernah sangka yang relationship kita orang still rapat sampai ke saat ni.  Thank you technology sebab membantu. Sebab kalau dalam group whatsapp, memang group "BAINUNians" yang paling tak pernah sunyi di hantui notification almost everyday. Mula-mula cakap pasal topic serious, lepaihhh tu boleh melalut-melalut ke laut. Kalau karangan SPM memang penuh dengan skrip book tuh okey! Eh aku pun dah melalut di entry ni.

Dari Taiping, berkonvoi dua buah kereta. Macam biasa, memang menumpang kereta Zalik, lepas tu lagi sebuah kereta the Selama girls (Husna the driver, Fairus merangkap ketua rombongan, Ayu dan Norli). Cewahhh, memasing semangat okey shoot pukul 10 pagi padahal nak pergi Ipoh je pun. Come on, satu jam je duration kemain awal gerak. Lepas tuh semangat berikrar dalam group whatsapp yang kekenonnya around 1.30-2pm macam tu nak gerak balik Taiping dah memandangkan cuaca sekarang kan hujan memanjang, lepas tu nak lalu bukit-bukit kat highway tu lagi so set PERGI AWAL BALIK AWAL katanya.

Dari Taiping singgah R&R Sg.Perak, jumpa the only boys dalam class dulu, Nazri da class monitor & Najmi the official photographer! Dah kat situ pun almost setengah jam, macam biasa kalau dah reramai mula lah terkeluar semua cerita. Yeah, betul dah decision untuk gerak awal dari Taiping tuh. Masa dekat situ, plan nak jugak singgah Ipoh Oldtown Street Art memandangkan alhamdulillah cuaca pagi tu tak hujan dan tak panas sangat. Sedang elok. Ok, set up WAZE!

Walaupun ada Waze tetap sesat segala nak jumpa street art tu haa. Tapi, dipendekkan story jumpa lah jugak akhirnya. Tapi, dah pulak kena lebih gagah perkasa sikit sebab kena jalan dari satu lorong ke satu lorong. Mak aihhh, jenuh! Last-last kita orang cuma bergambar dekat seketul dua lukisan ja sebab nak hambat nak pi kenduri lagi kan.




Nak dijadikan cerita jugak hari tuh boleh pulak haaa pakai baju colour sama dengan Zalik. Masa dia sampai depan rumah terus jerit padiaaaanya pakai baju sama. Lawok okeyh! Ikutkan nak pakai tudung cream jugak tau, dah siap iron semua malam sebelumnya, tapi last minutes tukar lah pakai bawal warna biru. Kalau tak memang sama tudung, baju, warna kain. Seriously tak bincang, tak whatsapp tup-tup tersama.  Tak cukup sama tang baju, boleh pulak tu masa bergambar, memang tak sengaja terpose sama. HARI SAMA SEDUNIA.


Memang jadi bahan kena nganjing ahh arituh. 

"Hampa beli baju buy one free baju ka?"

"Hampa kerja half day kat BSN hari ni eh!"

KURANG ASAM SUNGGUH KORANG!

Bestfriend instict I guess. 


Sampai-sampai kat kenduri, setelah SESAT sekali lagi  masa nak cari dewan wedding Shikin all the way from street art tu, (selain hari sama sedunia, hari tu jugak hari sesat sedunia I guess), boleh pulak warna alas meja nak sedondon mondon dengan kita orang. Well, duta BSN unofficially. Hergh!



Masa kitaorang sampai tuh nak dekat pukul 2 dah pun, nasib baik Shikin belum sampai lagi. So, dah sesat lama sangat memang tuju teruihhh dekat makanan. Masa tengah mencekik, Shikin pun sampai di iringi pasukan kompang yang sangat-sangat berbaloi di hired on that day. Memang bersemangat sunguh diorang main kompang weyyyy! Sekali die ketuk gedang, memang nak tercekik makanan kot sebab terkejut (hai bainun gengz, mesti korang tengah terngiang-ngiang & terbayang-bayang kan).

Dah seperti biasalah, kalau dah berkumpul beramai-ramai, sesi bergambar tak pernah sekali kami lupa. Maafkan kita orang Shikin sebab merosakkan makan beradab hang dan suami. Hahaha. Sesungguhnya kami bukan pengantin, lagi lah bertambah tak beradab. Bahahahahaha! 


Majlis hari tuh diadakan serentak dengan majlis bertandang Abang Shikin. So ada dua pengantin.


 Normal day dah memang cantik, special day lagi lah cantik. 
Hai Shikin, hang memang cantik sejak kecik ke? Pm crown please!


Selamat berdua bersatu Shikin dan suami. Semoga sentiasa bersefahaman, dijauhkan menyimpang terus dari hasutan-hasutan syaitooonnnn nyah-kau-teruih dari hidup korang, dapat banyak-banyak banyak-banyak babies yang sudah tentu molek-molek paras rupa dan akhlaknya lagu hampa. Together until Jannah korang!



Katanya nak balik awal kan kan kan? Tak payah menipu. Pukul 3 lebih baru sudah huhahuha bergambar lah apa, lepas tu dah keluar highway, konon nak singgah Mydin Meru tumpang solat sebab surau diorang besar plus nak hambat waktu Zohor, dah pulak kereta Selama girls sesat masuk balik Ipoh teruihhh berpecah dari konvoi *tepuk dahi*

Tapi alhamdulillah, semua baik-baik hari tu, masing-masing selamat sampai rumah sendiri. Semua pun senang hati, semua pun happy. Reunion kali ni almost lengkap compare masa majlis pertunangan Azida yang mana pakat semua ingat Azid yang kahwin dulu among gengz, tup-tup Shikin takde ribut takde angin tapppp dapat kad. Itulah kuasa Allah. Jodoh rahsia dia. Jumpa lagi Bainun gengz, insya Allah paling dekat wedding Nazri pulak nanti kan? Oh ya, congratulation Akma sebab dah bertunang tapi sorokkan gambar! Hyepppp! Nak kena niiiii.......

OOTD Featured Item:
Tudung Bawal from Aidijuma
Elsa Kebaya in Off White from Inhanna Shop
Mariam Kurung bottom from Rizalman for Zalora
Shoes from Vincci
Sofina 2.1 handbag from Sometime via Fashion Valet

Much Love, Vna Erman ;)

Wednesday, December 24, 2014

merah mak ngah.

Assalammualaikum,

Hai, awak anak ke berapa? Kami anak nombor dua. Tapi esok lusa tulat tungging kalau abang kami kahwin lepaih tu kami dapat anak menakan dua tiga atau sepasukan Harimau Malaya pun, kami tak mau lah depa bahasakan kami mak ngah. Kami bukan berlagak ka apa, lupa asal usul kami orang Melayu, tapi kami nak la depa panggil kami Acik Ena. Gitewww! Sebab kami tiga orang beradik, abang dengan adik kami tinggi melangut ibarat pakai galah, kami pakai high heels tetap cemetot. So "acik" tu ala-ala makcik kecik lah. Bahahaha. Ntah hape-hape! Konon nak depa panggil kami lagu tulah, tapi bahasakan Aunt Vna dekat 2 orang anak saudara yang sedia ada. (Hampa toksah confuse naaa, anak saudara yang dimaksudkan di sini anak abang sepupu kami, kami menumpang untuk mencurahkan kasih sayang!).

Tapi kami ada persoalan lain pasai isu mak ngah. Awat orang selalu cakap orang pakai warna merah lagu mak ngah hah? Awat mak long tak boleh ka pakai merah pastu orang kata hamboiiiii merah mak long! Kenapa harus mak ngah saja dipersalahkan bila pakai merah terang benderang. Ewaah, marah pulak. Kahkah. Saja kami melawak ja. Tapi tulah kan kesian kami anak-anak tengah terpaksa redha dengan gelaran itewww. Udah alang-alang tertepek gelaran merah mak ngah, kami pun pulun gagah perkasa pakai tema merah minggu lepaih masa pi ambik adik kami nak bawak balik Tepen (Taiping, saja buh loghat kat situ). Ambik hang kami tenyeh lipstick merah sekali. Adik kami tengok dok complain apaaaa dia akak oiittt, huduh aihhhh nampak berlemuihh lipstick ko!









Dalam gambaq ni kami pakai Duckscarves new basic premium, Peachskin Scarf in Black Orchid. Currently colour ni dah sold out dekat Fashion Valet. Tapi still ada colour lain untuk material peachskin ni. Kalau hampa tanya kami review pasal material peachskin yang di gunakan oleh duck scarves untuk koleksi kali ni, kain dia lebih lembut daripada mixed crepe.Mixed crepe lebih tebal dari Peachskin. Macam berkilat/shinny, hakikatnya tidak. Jangan risau kalau rasa ragu-ragu nampak berkilat. Mula-mula nak beli colour merah (Peachskin Scarf in Poppy Red) sebab takdak lagi plain shawl warna merah (mak ngah sangat!) tapi takut sebab tak pasti macam mana material peachskin ni, so risau kalau berkilat plus merah hamboiiiii, nak mengudang kena ligan dengan lembu ka? Itu yang decided try dulu colour selamat. So, esok lusa kalau ada segedebuk duit lagi boleh beli warna lain. Haha. 

OOTD Featured Item:
Shawl: Peachskin Scarf in Black Orchid from dUCk Scarves
Shirt from B.U.M Equipment
Bag from H&M
Shoes from Summit

Much Love, Vna Erman :)


Thursday, December 11, 2014

happy birthday to me!

Assalammualaikum,


11. Disember.2014,
Alhamdulillah, a year older, I'm officially 24 years old today! 
Terima kasih Allah, untuk setiap nafas, degup jantung, badan yang sihat ( tak berstamina sebab diri sendiri tak suka bersukan, bahahaha!) untuk makanan yang sedap-sedap, pakaian yang dimiliki, kasih sayang dari keluarga dan sahabat tersayang di sekeliling. 

Dan seharusnya di hari istimewa ini, Nur Erviena Erman nak mengucapkan terima kasih tak terhingga, terima kasih untuk setiap kesenangan dan kebahagian selama 24 tahun untuk Abah dan Mak tercinta, Encik Erman & Puan Noridah. Without you, I am nothing! Terima kasih kerana merasakan Ena istimewa, bangga sentiasa walau Ena bukan sapa-sapa pada mata dunia, tak berpangkat mahupun gaji berangka-angka. 


I love them so much, I pray for their happiness in this life and the hereafter. Jannah for them please Ya Allah?

much love, vna erman:)

Wednesday, December 03, 2014

Styling My #staybeautiful dUCk scarves.

 Assalammualaikum,

"Everyone is perfect in their own imperfect ways!"




Have a nice day everyone! 

OOTD Featured Item:
Crop top from Zalia brand via Zalora
Belle Skirt from ARNADIA BY GAYA
Shoes from Vincci
Photo Editor: VSCOCAM

much love, vna erman :)