Assalammualaikum,
Lately ni cuaca ya ampun panaiiihhh kemain. Dari Puncak Alam sampai ke Taiping sameeee jer rasa panaiihh. sempat merasa sejuk sat sampai macam nak selsema waktu dalam bus otw balik Taiping last Thursday. Itu pon sebab naik bus malam. Bila cuaca panaihhh kita pon jadi malas, bila jadi malas memang tak berusik buku/assignment/research maka semua pon terbiar tak perlu kata apa-apa. Demi nak menaikkan semangat untuk berjinak-jinak dengan itu semua, so kita mulakan dengan update blog dulu. kasi mesra jari jemari dengan keypad lappy yehaaaaa. (kononnya!)
well, actually Vna nak cerita something yang currently Vna obses to which is The Loaf. Masa semester dua lecturer subject Jepun Vna selalu cakap yang dia tak suka makan roti yang di jual kat Malaysia except The Loaf. Dia cakap roti dekat The Loaf superb best. kalau sekali korang makan sure korang takkan makan roti lain lagi. oh,okey really?
so baru-baru ni nak mencuba ahhh makan. sebelum-sebelum ni bukan tak pernah nak try tapi perception ingatkan The Loaf ni mahal & sesuai untuk mereka-mereka yang banyak fulussssnya. Tapi kali ni persetankan tentang harga not matter what nak jugak rasa. Dekat The Loaf ni yang specialnya diorang sediakan sample each roti/pastry yang diorang jual so senang ahh nak tahu sedap ke tak, best ke tak and kena tak dengan selera tekak masing-masing. good marketing strategies.
Dan terbukti kata-kata lecturer Jepun Vna yang roti The Loaf superb best. harga pon affordable dengan quality & rasa pastry tuh sendiri. sangat highly recommended dekat korang-korang sekalian please try once & sure you will definitely fall in love with it and terus nak nyanyi lagu CT, Falling In Love!
sekarang pantang cakap nak pergi Subang dalam pala otak tak pikiaq mende lain dah :
THE LOAF!
THE LOAF! &
THE LOAF!
The Loaf dekat Empire Gallery, Subang. Outlet yang selalu Vna & kawan2 pi.
This is my FAVORITE!
Cranberry Cheese.
sekali masuk mulut nikmatnyaaaaaaa..........*pejammata*
wajib beli atleast 2 biji ke atas. teheee :)
lagi satu favorite, Sausage Cheese Oyaki.
yang ini suka nak habis cepat. ikut nasib ahh kalau bernasib baik datang ada kira lucky ahh, kalau datang tup-tup tengok dekat display dah takde kecewa pendam sorang-sorang ahh :(
since mende alah ni suka nak habis cepat sangat so sekali datang wajiblah beli sebegini banyak :
:) :) :)
Mende alah ni nama dia Uhuhu. nampak sedap, nama pon comel. kalau orang tanya makan apa: Uhuhu!
teheee :)
Vna tak pernah try lagi. maybe akan datang .
Other dishes offered by The Loaf:
actually Vna pon baru tau menu dia berbeza dekat a few outlet. Ada lima tempat yang berbeza menunya iaitu The Loaf dekat Bangsar Village II, Empire Subang, IOI Boulevard Puchong, Langkawi & Pavilion.
korang boleh check it out Official Website The Loaf menu apa yang diorang offer siap dengan price sekali. so dekat rumah boleh siap-siap budget :)
During official launch 9th oulet at Paradigm Mall.
nampak tak siapa yang istimewa kat situ?
Of course foundernya, Tun Dr. Mahathir Mohamed :)
My idol.
This is why The Loaf sangat dekat di hati.
entry ni seriously takde kaitan langsung dengan PRU13 eh. Cuma nak selitkan Vna really really really adore and respect Dr.Mahathir sejak dulu. Selepas Rasulullah S.A.W follow by parents Vna the next person yang Vna sanjungi ialah Dr.Mahathir lah. Seriously teramat-amat kagum dengan pemikiran dia ( how I wish boleh pinjam otak dia) , cara kepimpinan dia, cara dia berdebat & segala-galanya tentang BELIAU Vna KAGUM!
Bila dah segala-galanya tentang Tun Vna suka itu termasuklah sekali dengan The Loaf Bakery & Bistro :)
Kalau before this Vna pernah tulis pasal cikgu favorite Vna waktu sekolah rendah, then one day nak di jadikan cerita anak cikgu Vna tuh add Vna dekat FB then PM cakap yang cikgu Vna baca entry yang Vna tulis pasal dia tuh & dia still ingat dekat Vna until today even Vna dah tinggal zaman sekolah dah beberapa tahun.
Kalau before this Vna pernah tulis pasal Hatta Dolmat, then suddenly one day Hatta terjumpa entry yang Vna tulis and baca blog Vna lepas tuh terus tweet entry Vna dekat twitter dia.
So mana nak tahu one fine day tiba-tiba Dr.Mahathir TERBACA pula entry ni (since Tun pon one of blogger) Vna cuma nak Tun tahu yang Vna suka sangat pastry The Loaf. hope The Loaf akan buka other outlet dekat negeri-negeri yang lain
( since Vna dekat Perak, so after habis degree ni memang payah ahh kalau nak makan The Loaf kan)
last but not least, one of my wishlist is to meet Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Seriously if ada opportunity (privately lagi best) I just wanna to say thank you for what he had done to Malaysia.
Insyaallah one fine day :)
Amin.
thank you for reading this entry
take care & good nite.
much love, vna erman :)