Friday, March 28, 2014

21 Hari Tanpa Khabar.

Assalammualaikum,

8 March 2014. 
Hari yang DUNIA takkan lupakan, hari menyayat hati, hari bermulanya Malaysia di uji oleh yang hakiki. 
Well, rasanya tak terlambat untuk Vna menulis apa yang Vna rasa tentang KEHILANGAN MH370.
Vna follow setiap cerita/berita/updates pasal MH370 ini dari hari pertama sampai ke 21 misteri kemana MH370 kini.(sewaktu entry ni dikarang) 

Alllahuakhbar, meski pun tak kenal seorang pun hamba Allah yang ada dalam flight tuh, tapi Vna menagis tiap kali dengar perkhabaran tentang MH370 ini. Sehinggalah ke detiknya PM kita Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (this is our current Prime Minister my dear world, please take note & don't simply write the wrong fact) umumkan yang MH370 BERAKHIR di Lautan Hindi. Allahuakhbar hibanyaa! :(

Macam yang Vna cakap Vna memang follow 100% pasal isu MH370 dari awal. Termasuklah dengan berita bukan-bukan orang mengata dekat Twitter sesedap mulut, macam takde perikemanusiaan, dengan yang sakan post gambar selfie, food porn & promote business dekat IG guna hashtag PrayForMH370, buat Vna wondering apa dalam diri memasing memang sifat PENTING DIRI menebal begitu sekali kah?

Dah sampai ke hari 21 ni, ada lagi yang masih tak puas hati bila orang post kata-kata semangat/kirimam doa dekat social media, alternative pihak-pihak tertentu mewujudkan WALL OF HOPE dekat public places untuk orang ramai sampaikan simpati dan doa itu PUN DIJADIKAN ISU? 

Barangkali mereka lupa, ALLAH MAHA MENDENGAR, MAHA MENGETAHUI setiap perkara? Kalau kita tulis doa dimana pun Allah tahu niat kita & dia tahu bila selayaknya untuk dimakbulkan setiap permintaan. Dan untuk tiap coretan di dinding-dinding harapan mungkin dibaca oleh keluarga dan kenalan,setidaknya mereka tahu bukan mereka seorang saja yang mengharap bahkan yang lain juga.

Jangan melulu kata masyrakat doa di sosial media sahaja, 
Apa kau nampak setiap kali dia tadah tangan selepas solat?
Apa kau bersama setiap solat hajat di panjatkan?
Apa kau dengar setiap rintihan di hadapkan pada yang hakiki di atas?

Apa kau terlau hebat untuk mempertikaikan setiap pengorbanan yang dibuat?
Mereka cari dekat lautan bergelora yang terbentang luas,
Itulah orang bagi ilmu Geographi, Pengetahuan Am tak mahu kuasai,
Bahasa Melayu terabur apatah Bahasa Inggeris lagi hancur,
Kosa kata atau grammar yang paling kau terror, itulah semua kata makian sahaja.

Stop blaming MALAYSIA my dear world
Stop blaming ISLAM as terrorist.

MH370,
Malaysia dicerca, pemimpin di lontarkan segala nista,
Islam ditindas oleh anasir luar,
Muncullah, buktikan pada dunia negaramu ini bukan begitu,
Agamamu sebenarnya benar bukan yang dicanang kejam melulu.

MH 370,
Keluargamu,
Kenalanmu, 
Negaramu,
Agamamu,
Bangsamu,
Saudaramu,
bahkan kami yang tiada pertalian dengan kamu 
Semuanya rindu.

p/s: Gambar yang di ambil 2 minggu lepas






Kami redha andai ini takdir kamu yang telah tertulis beratus tahun dulu.
Allah Maha Besar!

much love, vna erman :)

Friday, February 28, 2014

Visit Malaysia 2014: Old House Museum, Taiping

Assalammualaikum,

 Here I am :)

Kat sini gengz: OLD HOUSE MUSEUM, TAIPING.


Actually tempat baru sangat menjengah orang-orang Taiping waktu raya cina baru-baru. So masih baru fresh & tak ramai yang discover pasal museum ini. To make it clear, as a degree in tourism management holder, this "museum" should not be called as "museum". It is because a museum must have a CURATOR. Correct me if this fact is wrong?
ok, jangan di panjangkan lagi isu :)
let's explore this place.

Museum ni terletak berhampiran dengan Pasar Taiping yang ada clock tower tuh. Another landmark ialah opposite Ipoh Bakery. Charge yang di kenakan ialah RM5.00 setiap seorang. Waktu operasi setiap hari tapi masanya Vna terlupa tapi kalau tak silap sampai pukol 6 petang ( salah info mintak maaf korang!)

Ada apa kat sini? Yes, sudah ku hidu persoalan di minda korang. Actually kat sini tersangatlah banyak barang-barang antik yang sangat RARE dijumpai. Bangunan ini sendiri merupakan bangunan asal tempat tinggal dinasti-dinasti China terdahulu yang datang ke Taiping. Bangunan ini sekarang diwarisi oleh generasi ketiga daripada keturunan dinasti (lupa nama dia) yang kini menetap di luar negara. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap barang-barang antik, Mr Tan (owner semua barang-barang kat situ) membuat keputusan untuk menyewa rumah ini dan dijadikan museum. 

Memandangkan tempat ni masih baru, susun atur dalam rumah ini masih tak tetap. Mungkin waktu korang berkesempatan datang, susunan dia dah berbeza dengan masa Vna datang. Ok, korang masuk-masuk je inilah korang akan jumpa. Bangunan museum ini sendiri ialah museum so ruangan ini kira nya macam ruang tamu la.


Ruangan ini, buat masa sekarang lah ada segala infomation tentang asal usul pemilik rumah ini. Ada jugak kerusi-kerusi, perabut-perabut zaman dahulu yang original yang diletakkan di ruang tamu.

Ke ruangan seterusnya korang boleh jumpa.....


buku-buku lama sekolah-sekolah premier dekat Taiping.


Museum ini ada dua tingkat. Dekat tingkat atas ada beberapa bilik. Setiap bilik berbeza tema. Contonhya, ada bilik untuk barang-barang elektronik dulu-dulu contohnya mesin jahit, camera, kipas angin dan lain-lain.
Ada bilik khusus menempatkan seni jahitan, bilik mainan kanak-kanak, bilik tidur dinasti terdahulu dan beberapa bilik-bilik lain.





Ini ialah CAMERA kawan-kawan. Camera ni jenis Large Format Studio Camera Mounted on Wood Frame manufactured in Japan. More information korang boleh baca dekat museum ini nanti k. 
Camera ni antara yang intresting lah pada Vna. Because Iols memang suka bab-bab gambar ini, tapi tak pandai ambik gambar. LOL.

Ini ialah Old Cabinet Gramophone 1940s.

Pernah tengok cerita P.Ramlee yang kes motor terbang sampai ke bumbung tuh? Haaaa kat sini ada basikal tergantung kat atas. Apa special sangat pasal basikal? Untuk pengetahuan korang basikal ini ialah basikal yang digunakan masa zaman peperangan kedua. Specialnya lagi basikal ni boleh dilipat. Curlasss!

Antara fabrik & seni jahitan zaman dulu-dulu. korang akan rasa amazing gila bila tengok dekat-dekat kehalusan pembuatan kasut tu. serious.



Poster-poster filem "Dolu-dolu" yang sangat "LUCHU" bila korang baca. 




Bangunan ini bangunan lama so memang keadaan dalam rumah dia sebijik macam zaman dulu.
yes, new ootd spot discover!


last but not least, new film release soon........


Abang Kasim & Sabariah 2014.
LOL!

Actually banyak sangat benda kat dalam tuh yang unik-unik. Ada set bilik tidur yang kat dalam tuh korang boleh tengok Qing Dinasty Chinese Wooden Carving Bed. Korang boleh gak discover macam mana rupa 1900's Edwardian Era Bed,  Straits Settlements Notes & Early Cones used in Malaya, Century Altar table. Ada jugak ruangan dapur style orang dulu. Segala macam periuk belanga, tempat memasak, pinggan mangkuk & macam-macam. Kalau semua gambar Vna share tak surprise ahh bila pi nanti.

Discover our country, Appreciate our heritage & culture,
#VisitMalaysia2014.

much love, vna erman :)