Tuesday, August 30, 2016

Setahun Sudah

Assalammualaikum,

Valid lagi kah nak bercerita pasai wedding yang dah pun menyambut anniversary yang pertama pada 15 August 2016 yang lepas? Hewhehw gelak perli disitu!

Sejujurnya entry pasai wedding Aniz dah pun di-draftkan sejurus selepas wedding habis. Sepatutnya entry wedding ni di update selepas
entry : Aniz's Bachelorette Night tapi selepas ku belek-belek camera harommmm gambar suka-suka bridemaids je lebih gambar dengan pengantin seketui dua enam begitu saja. Maka entry yang di-draftkan dibiarkan sepi seketika sementara tunggu pengantin pass gambaq dia dari photographer rasmi.

Tunggu punya tunggu, you know menulis entry ni bergantung jugak dengan mood kita. Bila bahan dah dapat kita pulak malas lah, ada kerja lah, on computer kekonon nak update last-last beralih arah main the sims atleast 2 jam (bahahaha!) maka double triple tertunda sehingga satu tahap aku pun berfikir tak valid dah nak update. Terbiar sepi semua draft, totally takde rasa nak update & seriously macam nak pencen dari blog. Di tambah pulak last year ada insiden Instragram & Facebook aku ada orang hack (like gambar tak senonoh, unknown login dekat FB) maka Google team email suggest few things to be done for security purpose.

Recently baru rasa rinduuuu nak berblogging balik. Semangat nak berblogging siap bagi "wajah" baru dekat blog. Update header, background, arrangements layouts bertemakan less is more. HAHAHAHA. Dah siap reconstruct bukak balik draft, realise berlambak draft tak update including cerita wedding Aniz. Adoiiii. Draft cerita yang aku rasa memang totally tak relevan dah memang delete terus.  Bila pandang entry cerita wedding Aniz, terus tingggggg, entry ni akan jadi "special " kalau di update on special day, 1st ANNIVERSARY!

Nak dijadikan cerita, Aniz pun comment dekat FB yang aku tak update pun cerita wedding dia sampai dia dah counting days nak beranak dah pun. BAHAHAHAHA. Dia suka nak dapat "instinct" sama-sama. Macam tau-tau draft yang terrrr-peram bakal di update. Tapi tak mau la habaq kata nak publish masa anniversary depa. Bila baca balik draft entry yang dulu tuh aku macam  eh tak boleh nak continue karang sebab EH PADIA AKU TULIS ni, dah tak relevan untuk setahun kemudian (LOL!) ,terpaksalah delete & upload semula gambar mengikut susunan. Nak upload gambar pun aku ambik masa so tertunda lagi. Tetibaaaa tanpa sedar pappppp dah pun anniversary depa weyhhhh & that time aku ada dekat KL ada majlis merisik/hantar tanda cousin aku. BLERGHHHH, THEN WHEN SHOULD I PUBLISH THIS? Next year? Maka aku buat keputusan update je lah even takde significant special day pun. Hergh, next time bare in mind buat kerja jangan suka bertangguh-tangguh. LOL!

MAJOR THROWBACK: 
15 AUGUST 2015

Malam lepaih celebrate bachelorette night, Aniz & Mira balik rumah tinggal la kami berempat, aku, Tin, Dyra & Fyruz. Paham-paham lah berkurun zaman tak jumpa bohong lah kalau tak bersembang bagai potpet potpet dah tarik selimut still tak berhenti cakap sampai lah almost 3.30 pagi masing-masing tersedar mampuih  kita weyhhhhh kena maki dengan Aniz kalau esok lambat! Ting tong 6.30 pagi baru bangun maka empat ketul umat haruslah bersiap sepantas kilattttttttttt.

READY UNTUK NIKAH!

Kawan baru kita orang, Dr Khai tersangat baik untuk pick up kami semua dekat hotel bawak ke rumah Aniz yang tak jauh mana pun. Bahaha. Sampai-sampai as predicted Aniz dah bising korang bangun lambat eh? Haruslah geleng kepala. BAHAHAHA. Everything dah siap including Aniz yang almost done with her make-up. Kita orang pun agak terpingga-pingga nak tolong apa. Bawak turun semua hantaran, tolong touch up depan pelamin, bentang carpet, susun-susun hantaran dekat depan pelamin tupppp eh sampai sudah rombongan pengantin lelaki.

Time ni tengah get ready nak bawak Aniz ke pelamin. 

Masa ni, Faizal, adik lelaki sulong Aniz tengah memberi keizinan untuk menikahkan Aniz since Aniz takde ayah dah.


Sign all the important documents & alhamdulillah SEKALI LAFAZ bestiesku bertukar status menjadi Puan Hasfaniza :)

Mohon perhatikan Fatin yang kelihatan tersengih di situ seperti diberi petunjuk rupanya dia menyusul pulak selepas Aniz. LOL!

Yang aku pun satu hal, dah tau dilantik sebagai maid of honor boleh pulak la haih lupa bawak tisu nak touch up peluh-peluh dengan airmata lepaih nikah. LOL VNA LOL! Nasib la sempat depa bridemaids lain pass dari tepi. HAHAHA. 


NAMPAK TAK IOLS BERTUGAS TEWWWWW? LOL.


Sebenarnya right after Aniz selamat menikah, Mak Jarah terus menangis. You know perasaan berat hati nak serahkan the only anak perempuan dia plus anak sulong pulak tuh. Aku dah la sejenis manusia hati tisu tak kental gila weyhhhh tengok benda-benda macam ni. Maka aku pun melalak 90% macam Mak Jarah. HAHAHAHAHAHA. Depa semua kata esok masa aku sendiri yang menikah kena pakai make up waterproof double apa. 

Eh Fyruz kau pun hati tisu jugak? HAHAHAHA!

HIGHLIGHT OF THE DAY!

See, nampak tak mata aku merah cemana? Aku pun tak paham perasaan aku macam mana. Rasa happy tapi rasa sedih syahdu jugak. Mixed feeling cam tulah. 



Right after habis nikah, terus majlis resepsi sebelah perempuan. Balik hotel cepat-cepat tukar "uniform" lain untuk reception pulak. Diorang yang lain semuaaaaa after siap terus gerak ke dewan. Tinggal lah aku dengan Aniz dekat rumah temankan dia bersiap untuk bersanding. Seriously ni first time ever jadi maid of honor so macam tak sure apa yang patut buat sebenarnya. HAHAHAHA. End up aku tanya Aniz apa aku patut buat. So aku pun tolong potong hand bouquet dia, kemaskan & remove daun-daun yang macam dah layu, prepare bakul bunga - bunga bridemaids nak tabur kejap lagi & tolong "alter" seluar pengantin lelaki yang labuh gila.  Masa hari kejadian boleh pulak baju Aniz ketaq nauzubillah. Bukan sebab Aniz tetiba naik 10kilo (dia sejak azali melidi sentiasa) tapi construction baju tuh tak betul. Maka baju dia kena tetas dulu pisahkan dengan kain leret-leret then Aniz pakai baju dulu baru jahit balik kain leret tuh.  MAMPOS AKU MAMPOS. Sebabnya aku FAIL BAB JAHIT! Mujur lah pak andam (ehem malu aihhh depa lebih expert) pandai nak menjahit. SETTLE phewwww & we are ready for the reception :)

BRIDESMAIDS yang lain dah ready dekat dewan

UPDATE SELEPAS SETAHUN KEMUDIAN:
DR Khai (soon to be bride), Mira (sama jugak soon to be bride tak lamaaaaa je lagi), Fyruz ( tak lama jugak lagi haaaa), Fatin (selamat dah aihhh jadi isteri orang), Dyra (ehemmmmm biarlahhhhh rahsia! LOL!) & Umi, Cha & Ika hampa pi perabih sekolah dulu baru gatai nak menikah naaaa. HAHAHAHA.

Sepanjang dalam perjalanan ke kereta aku still tak percaya Aniz dah selamat menikah. Hahaha. Rasa macam biasa like normal days dia keluar dengan Dzul. Sepanjang dalam kereta jugak aku keep contact dengan bridemaids yang lain update location kita orang kat mana & suruh diorang get ready. Cik Halim suggest untuk buat adat Johor yang main tol sebelum ke pelamin tuh tapi macam tak sesuai sebab pengantin datang sekali. 

Sampai-sampai dewan, semua bridesmaids dah ready sambut pengantin. 


Aniz pakai heels tinggi gila OMG aku yang seriau. Sepanjang dia berarak dari luar dewan nak masuk ke dalam dewan pengantin  di iringi lagu OST Twilight, Christina Peri- A Thousand Years.  Aniz pesan siap-siap untuk pegangkan baju dia supaya dia tak terpele'ot. Hehehe. 

Sekali lagi aku rasa kekok krikkk krikkk apa nak buat eh ataih pelamin. Sumpah nak sengih tak kena, tak sengih pun tak kena. Lawak kot. Karang senyum over sangat habis kena keji umpat dengan orang-orang kat bawah kata aku over macam aku yang bersanding. Tak sengih kang orang nyumpat jugak kata pasai pa dok masam lagu tuh nya! Gila lawak aku bermonolong dalam hati masa tuh. Padahal bukan ada orang kisah pun aihhh. Nak kipas - kipas macam orang- orang dulu-dulu tuh kipas takde. Endingnya tiap kali orang datang merenjis dan bersalam dengan pengantin aku pun kuis-kuiskan bunga rampai kat tangan & baju Aniz. Thats all. Hahahaha.


Settle bersanding, setlle makan beradab, favourite things BERGAMBAR!!

Pengantin ft bridesmaids ft Qayyum.

Allahuakhbar, Qayyum datang-datang totally different gila macam YB kot. Tapi perangai menganjing dia tetap kekal dari dulu, kini & rasanya selamanya! Ahaks tak lamaaaaaaaa jugak lagi Qayyum pun dah nak jadi suami orang dah. (nampak tak akibat update cerita setahun yang lepas? Status orang dalam gambar semua pun dah berubah jugak!)

Pengantin ft bridesmaids ft Qayyum ft Dee. 

OMG Dee pun sama jugak lama gila tak jumpa. Gila gigih tau Dee drive all the way from Klang ke JB. Nanti masa wedding aku kau kena gigih jugak tau datang. Cuma bila date aku pun tak tau. HAHAHAHAHA!



Alhamdulillah, even though ada lah kalut-kalut sikit masa hari kejadian tapi tetappppppp impian Aniz nak bersanding macam dia impikan alhamdulillah terlaksana jugak. Right after majlis bersanding, semuaaaaaa bridemaids kena perambat ikut shooting outdoor. Sekarang ni nak tanya ANIZ MANA GAMBAQ OUTDOOR MANA? Setahun jugak lah aku tunggu nya. Penat lompat-lompat ke angkasa. HAHAHAHA. 

The only photo outdoor Aniz bagi. Kenalah dengan entry throwback, gambar pun black & white. 
BAHAHAHAHAHA!

p/s: Selamat "meneran" bestieku. Semoga hang & baby selamat semuanya bulan 10 nanti. Tak sabaq nak tengok khalifah kecik tu! Aminnnnnn :)

Much Love, Vna Erman :)

No comments :