Friday, August 05, 2016

Fatin Dah Kahwin!

Assalammualaikum,

Antara ramai-ramai kawan yang kenal dan rapat masa zaman universiti Fatin ni di antara yang paling cool dan sempoi tak berapa nak sakit kepala nak melayan. Tshirt + jeans + sneakers + bawal/plain shawl siap jalannnnnn. Itulah Fatin. Tapiiiii macam dah lama kawan dengan Aniz & aku, dia macam ada lah TERPAKAI heels ( kami ingat lagi heels summit kot yang warna hitam hang punya tuh tin) BAHAHAHA! Pastu tetiba terbeli dress bunga kat thai fair untuk prelaw night. Kami still simpannnnnn okey tapi tiap-tiap kali tengok nak tergelak besaqqqqqqqqq. BAHAHAHAHAHAHAHA.

Masa zaman universiti pun Tin ni dah "berpunya". Tapi kisah dulu-dulu tak payah reveal berjela kat sini lah cukuplah buat bahan menganjing dalam group whatsapp. Private & confidential. The last time jumpa dengan Fatin masa jadi bridesmaids wedding si Aniz. Seperti kebiasaan bila salah seorang kawan kita kahwin, next kita akan main teka-teka or point out nextnya siapa. Masa kat bilik hotel, Tin kata dia lambat lagi la bla bla bla calon takdak bla bla bla bla. 

HAMPIR SETAHUN KEMUDIAN, 

Satu hari tengah-tengah nak text sapa ntah aku sendiri pun dah lupa aih,tetiba macam dok scroll TERPERASAN LAH kelainan DP whatsapp si tin ni. Menguatkan kemusykilan dia upload gambar dia dengan dua orang wanita  bercaption "Mom & Mummy" disusuli gambar sebentuk cincin. Aihhh tak boleh jadi terusssss kena terjah bertubi-tubi dekat whatsapp . Maka dengan itu officially lah reveal Tin dah bertunang (senyap-senyap hew hew).

Honestly, suka storyline kisah cinta (FINALE) si Tin ni. Sweet tahap nak tekup muka dengan bantal sampai lemas. Dia kawan dengan si Afiq ni few months & that guy straight ajak Tin kahwin lepaih discover Tin takdak boypren. Mak aihhhhhh so serious 100 points kami restu hang pilih dia Tin. 

Maka, tanggal 17 July 2016, tarikh keramat Tin pilih untuk berdua bersatu. Seperti biasa, Dyra lah jadi peneman (or to be specific mangsa terpaksa rela ) tiap-tiap kali nak travel (hai Dyra I love you girl!) jauh-jauh untuk temankan. That day jugak sepatutnya jadi reunion dengan Aniz ( soon mummy to be).  

Tapi makin hampir dengan date Tin nak kahwin semua perancangan jadi tunggang terbalik. Tiap saat celik mata sampai tutup mata whatsapp non stop dengan Dyra. Tetiba lah hari tuh nak kena jawab ujian bertulis untuk interview lah. Nak mengeluh tak baik sebab itu rezeki tapi mujurlah kena jawab examnya dekat Shah Alam. Weddingnya dekat Klang. Lain pulak kisahnya dengan si Aniz. Yang ni memang tak dapat dielakkan lah, nenek mertua dia meninggal dunia. So that day memang tepat lah frasa ayat kita merancang Allah yang tentukan.#redha #keepmoving

Masa hari kejadian kita orang sampai lambat gila. Settle exam, sesat cari tempat, redah jammed pappppp pukul 3.00 petang baru terpacak dekat majlis. Sampai-sampai memang mata melilau cari Fatin. OMG SO CANTIK.  But first makan dulu. Lepas dah makan kita orang ada masa yang sangatttttt suntuk sebab nak rush balik Taiping & Kulim malam tuh jugak. Sempat lah snap few photos.




Nak sembang joyah-joyah pun macam tak sempat plus Tin pun busy bergambar & layan guest-guest yang lain. Tapi sempatlah aku dengan Dyra gelak besaq mem-bahan hang Tin sambil mengunyah nasi sambil gelak tengok hang senyum kekok dan malu alah ataih pelamin. HAHAHAHAHAHA! Dyra kata kalau dia yang kat atas tu dia sengih besaq dah. Nanti kita tengok time hang bersanding naaaaaa. Siap sedia nak kena menganjing dari bawah. BAHAHAHAHAHA!




Dear Tin, 
Selamat menjalani frasa bergelar isteri. Nak bagi nasihat kami pun takdak pengalaman lagi (LOL!), tapi boleh lah mintak tips dekat Aniz sebab dia dah mendahului. BAHAHA!
Semoga cepatttttt dapat anak ATLEAST 10 orang k, 
kami doakan hang & Afiq berdua bersatu sampai lah ke syurga! Amin.

Much Love, Vna Erman


No comments :