Thursday, July 30, 2015

Giant Bubble with Bestfriend.

Assalammualaikum,

Satu petang bestfriend whatsapp ajak jalan-jalan makan aiskrim pusing Taiping. Kami berdua dah kawan lama since sekolah rendah lagi. Masing-masing tak jumpa lagi bakal imam yang bakal membimbing ke Jannah maka kalau nak berteman takda choice lain selain keluar bersama kedua ibubapa, maka girlfriend merangkap bestfriend lah mangsanya. LOL!

Since dah graduated, masing-masing pun busy dengan life sendiri. Seorang stay Kelana Jaya sorang lagi masih kekal di kampung kelahiran sendiri dek kerana abahnya tidak mengizinkan penghijrahan jauh dari keluarga #redha.
Maka waktu-waktu yang ada kita orang manfaat untuk keluar chit chat perihal kerjaya dan dunia seharian atau sebenarnya lebih kepada shot OOTD untuk dipost di Instagram sendiri. LOL lagi!





Memandangkan Taiping begitu sinonim dengan keindahan Taman Tasik nya yang begitu lagenda, maka haruslah kita try tarikan barunya iaitu Giant Bubble. Padahal aku sebenarnya yang kuno, baru nak memcuba. LOL lagi. 





MUDAH TERHIBUR bak kata co-founder Village People kita ya!

Penghayatan!


Terima kasih bestfriend sebab ambik dari rumah (walaupun daku berlesen tapi pengecut atas jalanan.LOL lagi), bawak jalan-jalan main bubble giant!Looking foward for our next OOTD shot okey!

Much Love, Vna Erman.




No comments :